Tuesday, March 17, 2009

Taat dan Kasihkan ibu bapa

Setelah selesai tulisan taat kepada guru, ada pulak yang komen, patutnya taat kepada ibu bapa.

Biasanya saya menulis adalah berdasarkan sesuatu isu yang saya jumpa. Jadi isu yang saya jumpa baru-baru ini adalah berkaitan dengan guru, maka penulisannya pun berkaitan dengan gurulah.

Namun sebagai menjawap persoalan tersebut, saya cuba juga ulas bab ibu bapa dan perbezaannya dengan guru.

Taat kepada Ibu Bapa
Ibu bapa sangat mulia tarafnya kepada seorang anak. Wajib bagi kita mentaati ibu bapa selagi tidak bertentangan dengan syariat. Bahkan wajib bagi kita menghormati dan menjaga hati keduanya walaupun berlainan agama atau pun ibu bapa kita orang yang engkar.

Dalam sejarah perjuangan Rasulullah kita dapati ramai kalangan sahabat yang kedua ibubapa mereka enggan mengikut ajaran Islam yang dibawa Rasulullah. Namun Rasulullah tetap menasihatkan pengikutnya menghormati kedua ibubapa walau berlainan kepercayaan.

Sekiranya seorang mualaf yang baru memeluk Islam pun kita dapati perhubungan ibu bapa dan anak tidak sesekali terputus walaupun ibubapanya masih lagi kafir. Bahkan segala tanggungjawap sebagai seorang anak kepada ibu bapa masih perlu dijalankan.

Rasulullah pernah ditanya oleh seorang pengikut kepada siapa harus kita berbuat baik. Maka baginda menjawap... ibumu... Ditanya lagi siapa. Dijawap lagi ibumu. Yang ketiga kalinya barulah bapa. Ini menunjukkan betapa mulianya seorang ibu berbanding bapa. Syurga dibawah telapak kaki ibu. Namun jangan lupa ibu pula tertakluk kepada bapa. Di mana syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami. memang tiada hadis menyebutkan begitu. Ianya sekadar perumpamaan sahaja.

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
Besar jasanya kepada kita
Jika menderhaka bahaya menimpa
Akhirat kita masuk neraka

Ketaatan kepada ibu bapa adalah tertakluk kepada segala perkara selagi tidak melanggar syariat dan suruhan Allah dan Rasul. Sekiranya berlawanan maka mestilah kita jauhi. Bukannya membantah atau menghina mereka. tolaklah dengan sebaik mungkin dengan tidak melukakan hati mereka. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.


Beza ketaatan kepada Guru dan Ibu bapa

Inilah perkara yang ramai kurang memahami dan kadangkala salah bertindak.

Kedua-duanya adalah wajib bagi kita mematuhi dan mentaati. Namun masalah timbul bila terjadi perselisihan atau pertindihan amtara keduanya. Pada ketika inilah kita perlu bijak menilai dan memilih mana satu tindakan terbaik.

Dalam kitab Ihya Ullumiddin karangan Imam Al-Ghazali mengatakan;
"Guru adalah bapa yang sebenarnya, kerana guru membawa kepada penghidupan yang kekal abadi sedangkan ibubapa hanyalah di dunia yang sementara ini".

Maksudnya, seorang guru yang sebenar-benarnya lah yang akan mendidik dan mengasuh kita menemui Tuhan kita. Sedangkan ibubapa hanyalah mengandung, mendidik dan membesarkan kita. Bertuahlah kita andai ibubapa kita juga adalah guru kita tadi.

Bukan niat untuk meletak tahap atau pmeletak siapa rendah atau tinggi. Tetapi fahamilah sendiri istilah guru dan ibu bapa. Siapa mereka sebenarnya.

Keduanya amat istimewa. Pangkat mereka adalah kurnia Allah sendiri. Mereka juga Allah sendiri yang muliakan.

Cuma ingatlah dalam perkara ini Allah dan Rasul adalah yang utama. Siapa yang membawa kepada Allah dan Rasul itulah yang perlu kita ikuti dan taati lebih lagi.

Guru adalah pewaris Nabi. Pembawa syiar Muhammad.

Ibubapa adalah orang yang mengandungkan kita dan membesarkan kita.

Andai terjadi konflik kepentingan antara keduanya amat-amat sukar membuat keputusan.

Kalau zaman dahulu, ibubapa sendiri menyerahkan anak-anak mereka kepada tuan guru untuk ditunjuk ajar dan dididik. Bahkan diizinkan menghukum dan memukul anak mereka. Ibu bapa sendiri juga amat menghormati guru tersebut dan menuruti segala kata guru berkenaan anak mereka. Jadi tidak timbul konflik pada ketika itu.

Zaman sekarang, ibu bapa sekarang kategori rock... Guru dah tak kenal. Kalau anaknya kena pukul di sekolah siap hantar surat saman. Siap lapor polis. Apa yang boleh dilakukan? Ibubapa itu sendiri tak pernah berguru. Jadi mereka sendiri tak tahu ketinggian taraf seorang guru.

Kalau diperhatikan semula di sini dapat menunjukkan betapa mulia seorang guru. Gurulah yang menunjukkan kepada anak-anak nilai-nilai kehidupan dan keagamaan seperti mentaati ibubapa. Tanpa guru menunjukkan kita tidak akan tahu. Maka sebab itulah dalam ihya ulumiddin mengatakan guru adalah bapa sebenar.


Bagaimana menunjukkan kasih dan taat kepada ibubapa?

Ada orang kata bila kita dah bekerja jangan lupa berikan duit belanja, buatkan rumah besar dan sebagainya.

Berapa ramai yang sanggup memberikan duit belanja berterusan tiap-tiap bulan. Baru-baru bekerja bolahlah. Bila lama-lama, dah beli kereta, dah beli rumah, dah kawen, ada anak semuanya buat-buat lupa. Alasannya sendiri pun cukup-cukup makan.

Memang zaman sekarang kita yang bujang pun kadang tak mampu bagi lebih. Apatah lagi yang dah berkeluarga.

Jadi bagaimana cara kita buktikan kasih kita kepada ibubapa?

Pada saya ibubapa tak pernah mengarapkan wang ringgit daripada kita walaupun kita telah berjaya dan mampu hidup mewah. Mereka hanya mengharapkan ingatan dan kasih sayang daripada kita. Maka berikanlah kasih sayang dan perhatian secukupnya.

Yang sebenar-benarnya bukti kita kasihkan kedua ibubapa adalah dengan mentaati Allah dan RAsul. Inilah sahaja yang dapat membantu mereka kelak. Bukan wang ringgit dan kemewahan yang kita berikan. Yang dapat membantu mereka kelak adalah anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya. Jadi kita perlulah cuba menjadi anak soleh demi cinta dan kasih kita kepada mereka. Nak tahu macam mana nak jadi anak soleh carilah guru carilah ustaz.

Taat olehmu akan Allah dan Taat olehmu akan Rasul...

Bukti kita mentaati Allah dan rasul adalah mentaati ibubapa, guru dsb...

Samalah juga siapa yang mengaku mencintai dan mengenal Allah dan rasul tetapi tidak mempunyai kasih sayang dan tidak mengenal alam dan makhluk maka sebenarnya adalah pendusta belaka.

Segalanya berkaitan dan bertindihan antara satu sama lain.

No comments:

Search Engine

Google
BM4