Wednesday, July 28, 2010

Pesanan, Peringatan dan Persediaan

Pagi hari ini saya menerima panggilan telefon dari sahabat di kampung. Sahabat ini menyampaikan suatu amanat Pesanan dan Peringatan.

Firman Allah Taala, maksudnya:
Dan sediakan lah untuk mereka segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap dan sedia untuk mengerunkan musuh-musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahui sedang Allah mengetahuinya, dan apa-apa yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianaiaya.
Surah Al-Anfal ayat 60

Inilah ayat AQ yang mampu menjelaskan intisari pesanan dan peringatan daripada sahabat tersebut. Amanat buat semua umat Melayu.

Pelbagai peristiwa telah berlaku dalam dan luar negara. Konflik negara, politik, agama dan masyarakat budaya. Antara konfliknya boleh dilihat melalui post saya sebelum ini yang merangkumi pelbagai konflik agama dan masyarakat. Konflik sebegini mungkin boleh dianggap remeh oleh sesetengah pihak. Tapi percayalah konflik sebeginilah yang boleh mengakibatkan konflik yang lebih parah.

Persoalan akidah, kalimah, syahadah dan pelbagai ajaran menyeleweng adalah sebahagian perancangan musuh-musuh Allah yang sentiasa memusuhi agama Allah ini.
Saya bukanlah pakar dalam bab ini jadi silakan ke http://suarajagat.wordpress.com/ untuk mengikuti isu-isu berkenaan.

Pada pandangan saya perkara terpenting pd ketika ini adalah PERSEDIAAN sepertimana ayat AQ di atas.

Antara PERSEDIAAN yang seharusnya dilakukan oleh kita penganut agama ALlah seperti yang diamanatkan ialah

1. Persiapkan diri dengan ilmu tauhid sebenar2nya
2. Tingkatkan amalan dan sentiasa mengingati Allah
3. Persiapkan kelengkapan keselamatan diri secukupnya

Persediaan di atas hanyalah sebahagian yang mampu diingati ketika ini. yang sebenarnya banyak lagi yang perlu dilakukan.

Dalam pesanan yang disampaikan juga diperingatkan kita umat Melayu Islam dan Mukmin
agar mengurangkan berhibur dan sibuk dengan pelbagai perkara membuang masa seperti akademi fantasia, mentor, dan sebagainya

Ringkasnya elakkan perkara-perkara duniawi yang melekakan kita umat Melayu. Ini adalah sebahagian senjata musuh2 Allah.

Sama-samalah kita mengambil peringatan atas perkara ini dan sama-sama bersedia sekuasa-kuasa bagi kita mengikut kemampuan masing-masing.


P.S : Malam ini saya menerima panggilan telafon daripada 'yang memberi amanat' pula. Walaupun tiada apa-apa perkara penting disampaikan tetapi saya faham bahawa ini suatu petanda 'kritikal' kerana inilah kali pertama saya mendapat panggilan daripada beliau dan sama ada kebetulan atau disengajakan selepas menerima pesanan paginya.

Saturday, May 15, 2010

Assalamualaikum

Setelah lama tiada posting terbaru dan dibiarkan terbengkalai, baru hari ini tergerak untuk menulis.

Semuanya kerana kesibukan dan kekurangan idea menulis. Kesibukan dengan pekerjaan dan bisnes yang menuntut pengorbanan masa dan tenaga untuk kejayaan.

Semoga kita semua berada dalam kesejahteraan dan perlindungan Allah SWT. Tahun 2010 diberitakan penuh dengan cabaran dan dugaan, bak kata seorang sahabat 'perit untuk dilalui, pahit untuk dikenang'. Sejauh mana kebenarannya tergantung pada masing-masing.


Baru-baru ini saya search keyword jamadil akhir kerana mencari erti bulan ini dan menjumpai maksudnya dari wikipedia melayu;
"Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi kedapatan di sana-sini. "


Sebenarnya maksud jamadil akhir di atas tidak lah membawa apa-apa yang istimewa melainkan saya hanya cuba mengajak para pembaca berfikir tentang keadaan cuaca dunia yang semakin panas. Diberitakan oleh para saintis dan pengkaji bahawa ais di kutub semakin mencair yang mana boleh membawa kepada pelbagai malapetaka seperti banjir besar, tsunami dan gempa bumi. Semuanya akibat daripada pemanasan suhu global telah memungkinkan peristiwa seperti yang digambarkan dalam filem 2012 berlaku.

Seandainya anda peminat peristiwa akhir zaman atau soal future fenomena silakan berkunjung ke blog sahabat saya http://nusanaga.blogspot.com atau blog lamanya http://futurefenomenon.wordpress.com. Sahabat forum FAB yang telah pun terkubur. Sebagai kenangan masih boleh melihat perkumpulan FAB di facebook http://www.facebook.com/profile.php?id=100000295966573&ref=profile#!/group.php?gid=402146410630 dan blog boss FAB di http://necromancer-melayu.blogspot.com.

FAB telah lama ditinggalkan lama sebelum dikuburkan kerana merasa terlalu banyak pertentangan dan perselisihan ilmu dan persoalan yang tiada berpenghujung. Namun mengenangkan saat pertemuan dan permulaan FAB agak istimewa bagi orang-orang terawal. Siapa yang ikhlas bersahabat tetap dan kekal meneruskan apa yang terniat awalnya. Bagi saya ianya hanyalah satu episod dalam hidup. Tiap sesuatu itu punya nilai tersendiri dan kekal dihargai bagi mereka yang tahu menghargai. Apapun FAB hanyalah penghubung bagi 'mereka'2 yang sememangnya ada 'perhubungan'. Tiada suatu perkara pun yang berlaku secara kebetulan melainkan atas ketentuan, kehendak dan izinNya jua. La tataharraku zurriatan biiznillah.

Apa yang berlalu biarkan berlalu sebagai teladan dan pengajaran buat diri sendiri. Hayati dan fahami erti.

Beberapa hari yang lalu berbincang dengan seorang kenalan YM mengenai suatu isu perselisihan dan pergolakan. Saya jarang mengatakan apa yang sebenar tidak benar. Terus terang. Cumanya siapa berani tanya. Mungkin sampai masa dan ketika. Yang benar tetap benar. Wallahuaklam. Sendiri tahu kalau benar dalam perjuangan dan perjalanan. Andai sumbang tujuan pasti tersesat dipertengahan.

Episod baru dalam 2 minggu. Ramai yang masih tidak tahu. Inilah perubahan kehidupan saya. Bertukar status. 29 Mei 2010 insyaallah bakal bergelar suami. Menanggung amanah baru. Diharapkan segalanya berjalan lancar dan sempurna. Para sahabat SC, FAB dan juga para pengunjung blog dijemput ke majlis perkahwinan yang bakal berlangsung pada 12 Jun 2010 di  Pulau Pinang. Pada para forumner FAB saya akan mewakilkan boss FAB menjemput anda.

Sebenarnya tujuan penulisan ini pada awalnya hanyalah ingin memaklumkan berkenaan majlis Perkahwinan. tak sangka terpaksa lalu jalan jauh dan terpaksa membebel bukan-bukan dulu. Jadi saya mempersilakan pengunjung setia blog dapat hadir ke Majlis tersebut sekiranya ada kelapangan dan tiada bebanan apa-apa. Sekiranya ingin kad/alamat sila emel atau sms saya.

Sebelum mengundur diri, ingin saya promosikan Coralite water, produk terbaru keluaran bumiputera muslim.  Mari kita menyokong produk keluaran Muslim. Saya bersama rakan kongsi saya menjadi Water Centre bagi negeri Selangor. Insyaallah diharap projek ini berjaya dan mendapat sambutan. Mungkin sebagai rezeki perkahwinan. Sekiranya berminat boleh lihat blog http://aircoralite.blogspot.com/ dan boleh hibungi saya untuk maklumat lanjut.

Sunday, January 17, 2010

‘Umat Islam sokong keputusan Mahkamah Tinggi adalah kufur’

'Umat Islam sokong keputusan Mahkamah Tinggi adalah kufur'

BANGI: Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menegaskan, mana-mana umat Islam yang menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Tokoh ulama itu berkata, melalui kaedah yang dipakai dalam ilmu akidah, tindakan bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh agama Kristian itu membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai tuhan sebagai Triniti iaitu terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.

"Dalam Islam, Allah adalah Esa (satu). Kalau ada yang menyekutukan Allah dengan Triniti, maka berlakulah syirik yang membawa kepada kufur. Kalau kita reda dengan yang kufur, kita jatuh kufur sama," katanya pada sidang media di rumahnya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa laman blog termasuk milik pemimpin politik yang menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Jumaat lalu, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Samad melalui blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan mahkamah itu atas alasan Allah bukan Tuhan kepada orang Islam semata-mata tetapi Tuhan kepada seluruh alam semesta, termasuk orang bukan Islam dan Rasulullah tidak pernah menghalang penggunaannya.

Haron berkata, walaupun wujud perbezaan pandangan dalam hal siasah dan politik, namun dalam hal berkaitan agama, semua umat Islam mesti bersatu dan berbalik kepada kaedah agama.



Thursday, January 07, 2010

God in English is OK! But Tuhan in Malay cannot

JAN 7 — Pada hari terakhir tahun 2009 mahkamah tinggi memutuskan bahawa akhbar mingguan gereja Katolik Malaysia iaitu Herald boleh menggunakan perkataan Allah untuk penulisan bahagian Bahasa Melayu. Ini telah menimbulkan banyak ketidak puashatian di kalangan Umat Islam di negara ini termasuk diri saya sendiri. Saya rasa perlu untuk saya menerangkan mengapa saya menanggap keputusan Mahkamah berkenaan dan juga permintaan Herald untuk menggunakan nama Allah sebagai satu isu yang penting. Ianya secara langsung melibatkan nama Tuhan yang saya dan umat Islam di negara ini gunakan sekurang-kurangnya 5 kali sehari.

Walaupun agak terkilan dan terkejut dengan keputusan Mahkamah berkenaan, apatah lagi apabila Islam dianggap sebagai agama rasmi di negara ini adalah lebih mengecewakan bagi saya apabila memikirkan kenapa Herald, akhbar rasmi Gereja Katolik berkeras dan bermatian hendak menggunakan nama Allah dalam menerangkan isu-isu berkenaan agama Kristian dalam penulisan mereka. Apakah dengan menggunakan perkataan Allah dalam penulisan Bahasa Melayu maka terjemahan akan menjadi lebih baik? Adakah kini pemahaman terhadap ajaran dalam Injil adalah lebih mantap di kalangan Umat Kristian Katolik di Malaysia ini kerana sekarang mereka nampak dengan jelas kerana penggunaan perkataan Allah yang menggantikan perkataan Tuhan?

TAKRIFAN DAN TERJEMAHAN

Apabila seseorang itu mengucap dua kalimah Shahadah dalam Bahasa Melayu dia akan menyebut:

“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Persuruh Allah.”

Dari ayat di atas dapat kita lihat bahawa dalam Bahasa Melayu Allah itu bukanlah perkataan ganti bagi Tuhan akan tetapi bermaksud kepada Tuhan bagi orang Islam. Jikalau perkataan “GOD” itu diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu maka perkataan yang digunakan adalah Tuhan, Yang Maha Esa, Pencipta, Dewa atau Maha Kuasa. Kita ambil contoh terjemahan Al Quran dalam Bahasa Melayu — “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.”

Al Fatihah ayat ke 2:

Lihat ayat berkenaan, dari situ kita dapat lihat dari segi terjemahan Bahasa Melayu Allah bukanlah perkataan ganti bagi Tuhan akan tetapi lebih kepada takrifan tuhan kepada orang-orang islam. Sebagaimana kalau dapat kita lihat dengan contoh mudah berkenaan dengan ayat penyata —

“Lord Murugan is a god for the Hindus.”

Manakah terjemahan yang lebih tepat?

“Dewa Murugan adalah Tuhan bagi orang Hindu” atau “Dewa Murugan adalah Allah bagi orang Hindu.”

Jadi dapat kita lihat di sini, kalaulah alasan untuk menggunakan perkataan Allah dalam penulisan Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia bagi mendapatkan terjemahan yang lebih baik ianya tidak tepat.

Dan ingin saya timbulkan satu persoalan menarik kepada Dr Ng Kam Weng yang mana artikelnya yang berjudul “Allah can’t be substituted with Tuhan in Bible translation.”

Saya ingin bertanya sedikit — “Dr Ng Kam Weng, if Allah can’t be substituted with Tuhan in Bible translation (Malay), why is it Allah can be substituted with the word GOD in the English Bible translation? After all the Bible is written originally in Hebrew.”

PENGGUNAAN ALLAH DI TEMPAT LAIN

Pasti ada yang berkata “Tapi Zaidel, di negara Arab mereka sudah gunakan perkataan Allah dah lama dah.” Betul, tepat sekali pernyataan anda, memang benar di negara Arab mereka menggunakan perkataan Allah sebagai Tuhan. Akan tetapi timbul persoalan di sini ialah, adakah Herald hendak menggunakan perkataan Allah dalam penulisan Bahasa Arab?

Dalam bahasa Arab perkataan “God” diterjemahkan sebagai Allah tetapi dalam bahasa Melayu ianya Tuhan. Pernahkan anda terfikir mengapa perkataan Allah tidak digunakan dalam Bahasa Inggeris? Mengapa mereka menggunakan “God” dan bukan Allah, mari kita lihat apakah definisi bagi Allah dalam kamus mereka —

Merriam Webster:

Etymology: Arabic all?h Date: 1584 GOD used in Islam.

Oxford English Dictionary

Noun the name of God among Muslims (and Arab Christians)

Lihat, dalam Bahasa Inggeris telah dinyatakan dengan jelas mengenai takrifan Allah itu sendiri yang mana ianya adalah Tuhan bagi orang-orang Islam, dan bagi Oxford ianya juga Tuhan bagi orang Islam dan Kristian Arab. Dalam Bahasa Inggeris, Allah tidak digunakan sebagai perkataan ganti bagi GOD kerana seperti Bahasa Melayu, Allah bukanlah perkataan Inggeris akan tetapi datangnya dari bahasa lain iaitu Arab. Ianya tidak akan menjadi isu langsung sekiranya Herald hendak menggunakan perkataan Allah dalam penulisan Arab, akan tetapi kini ianya digunakan dalam Bahasa Kebangsaan, adakah Herald hendak menggunakan perkataan Allah untuk pembaca mereka yang berbangsa Arab di Malaysia yang tidak berapa fasih Bahasa Arab tetapi cekap dalam berbahasa Malaysia yang beragama Kristian Katolik? Tidakah ada perkataan lain yang lebih tepat selain Allah?

TOLAK ANSUR

Memang saya akui bahawa di Indonesia memang mereka ada menggunakan perkataan Allah dalam agama lain. Selain Allah, Jesus/Yesus juga dengan terbuka digunakan secara meluas yang mana Jesus boleh jadi Tuhan dalam agama Kristian atau Nabi bagi agama Islam. Namun pada masa yang sama Indonesia juga merupakan negara yang banyak kejadian letupan di gereja dan rusuhan agama seperti di Ambon. Jadi apa yang membezakan antara Malaysia dan Indonesia ialah kita di sini lebih menekankan sifat tolak ansur dan memahami antara satu sama lain.

Kalau anda membuka buku teks agama Islam di sekolah, dinyatakan dengan jelas iaitu Nabi bagi Bani Israel yang merupakan anak kepada Mariam adalah Nabi Isa dan bukan Nabi Jesus atau Nabi Yesus Kristus. Ini adalah kerana Jesus bukanlah perkataan yang diperkenalkan oleh Bahasa Melayu akan tetapi lebih kepada takrifan dari Greek dan Bahasa Inggeris. Selain dari itu, sebab utama nama Isa lebih suka digunakan ialah untuk menghormati warganegara kita yang beragama Kristian di Malaysia yang berdoa atas nama Jesus Christ dalam gereja mereka. Cuba anda fikirkan apakah perasaan seorang Katolik sekiranya ada dalam buku sekolah di Malaysia ditulis ayat seperti ini

“Jesus Christ anak kepada Mariam merupakan Nabi orang Islam sebelum kedatangan Nabi Muhammad yang cuba menyebarkan ajaran Islam di kalangan orang-orang Bani Israel.”

Bukankah lebih elok kalau digunakan nama Isa, sebab itu saya terkilan, marah dan terkejut dengan tindakan Herald. Kita di Malaysia, walaupun jumlah orang Kristian kecil, kurang dari 10 peratus kita tetap putuskan bahawa Hari Natal (Christmas) adalah cuti umum kerana kita mahu orang-orang Kristian di negara ini mempunyai masa untuk bersama-sama dengan keluarga mereka dalam menyambut hari kebesaran mereka. Walaupun jumlahnya kecil dan nampak seperti tidak perlu tapi kita tetap berbuat demikian kerana kita percaya kepada sifat hormat dan tolak ansur, lagipun semua orang memang sukakan hari cuti.

IMAN ORANG ISLAM AKAN GOYANG?

Ada yang mempersoalkan, takkanlah akidah umat Islam lemah sangat sampai dengan hanya penggunaan perkataan Allah boleh menggoyangkan iman mereka. Saya jawab memang betul itu tidak masuk akal, akan tetapi saya juga boleh mempersoalkan adakah akidah orang-orang Katolik di Malaysia lemah sangat sampai satu-satu caranya untuk memperkukuhkan adalah dengan meminjam perkataan Allah? Adakah dengan menggunakan perkataan Tuhan atau Yang Maha Esa menyebabkan mereka tidak dapat menghayati ajaran mereka? Tidak masuk akal bukan?

Ramai yang menjerit perkataan seperti kebebasan beragama, hak bersuara dan hak ini dan itu dan sebagainya apabila ada orang yang mempersoalkan isu ini. Akan tetapi saya mempunyai satu perkara yang saya hendak ketengahkan. Cuba buat satu ketika kita tolak ketepi semua ini dan kita kembali kepada soal pokok.

Mengapa atau atas sebab apakah akhbar Herald berasa keperluan yang teramat sangat (sehingga dibawa ke mahkamah) untuk perkataan Allah digunakan dalam penulisan mereka? Kenapa dan untuk apa?

Kalau hendak mengatakan demi terjemahan telah saya terangkan dengan contoh bahawa ianya tidak masuk akal. Mengapa Allah dan mengapa hanya dalam Bahasa Melayu? Kenapa tidak gunakan Allah dalam semua penulisan tak kira bahasa kalau perkataan Allah itu membawa maksud yang terbaik.

KESIMPULAN

Mahkamah telah memutuskan, buat masa ini yang akhbar Herald boleh menggunakan perkataan Allah. Walaupun tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah, sebagai seorang rakyat Malaysia yang berpegang pada prinsip keluhuran undang-undang maka saya tidak akan mempersoalkan kewibawaan mahkamah ketika mana ianya memberikan keputusan yang tidak disenangi. Tidak seperti sesetengah pihak yang hanya akan memuji dan mengangkat mahkamah ketika ianya menyebelahi mereka dan mengherdik ketika ianya member keputusan tidak serasi tidak serasi. Prinsip bukan suatu benda yang hanya dipegang ketika ianya memudahkan kita.

Namun itu tidak akan membuatkan saya berdiam diri ketika ada segolongan pihak yang kecil merasakan mereka perlu menggunakan nama Allah tanpa sebab atau keperluan yang munasabah. Saya terkilan dan tidak boleh menerima secara mudah alasan yang lemah tentang penggunaan nama yang telah sinonim di negara ini dengan agama Islam. Saya rasa tidak perlu malu atau segan apatah lagi takut kalau ada-ada segelintir akan memanggil saya sempit, ekstrimis agama dan sebagainya kerana apa yang saya persoalkan adalah sesuatu yang memberi kesan terus terhadap diri saya sendiri.

Saya dan ramai umat islam di Malaysia bukan hendak merampas apa-apa hak pihak gereja Katolik atau menyuruh mereka mendiamkan loceng dan sebagainya. Apa yang kami mahu ialah pihak gereja menghormati nama Tuhan yang kami gunakan dalam Islam sebagaimana kami menghormati nama Tuhan mereka.





Search Engine

Google
Loading...