Saturday, November 29, 2008

SENARAI MAKANAN, KESIHATAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM

1) Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan
tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan.

Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

2) Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk
dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

3) Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

4) Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

5) Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

6) Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

7) Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

8) Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

9) Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

10) Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

11) Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

12) Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda) Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala berfirman menunjukkan
bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

13) Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah
daging ayam betina yang tidak bertelur.

14) Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

15) Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj).
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan
dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

16) Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

17) Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

18) Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang
tidak diingini.

19) Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

20) Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

21) Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

22) Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan
Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

23) Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan
manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

24) Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman
dan memanaskan badan.

25) Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan
menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

26) Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit.
Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong.

Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

27) Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan
menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

28) Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga
melemahkan penglihatan.

29) Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak
akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing
jantan yang berumur satu hingga dua tahun.

Adapun daging babi haramdimakan.

Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa.

Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa
yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Daging kuda:
Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.

wallahualam.

Rahsia disebalik K9999A

"Repost drp friendster blog."
March 14th, 2008 by k9999a

Assalamulaikum..

Ramai sahabat2 bertanya ape k9999a tu?
Saya biasanya senyum jer, malas nak jawap..

Tapi hari ni tergerak gak nak berkongsi apa maksud di sebalik k9999a dan mcm mana dapat.

k9999a ni dah lame saya pakai sbg id iaitu sejak thn 2000 kalau tak salah.

K9999k9999 sebenarnya adalah satu watak komik dalam komik King of Fighter. k9999 ni adalah klon drp watak kyo kusanagi. Kyo ini adalah hero yg handal jadi penjahat telah klon kyo ni utk menghasilkan manusia klon yg diberi kod ‘k’. Jadi k9999 ni adalah satu drp klon2 tersebut. k9999 ni sebenarnya adalah klon yg dianggap ‘gagal’. Tetapi disebalik kegagalannya k9999 telah evolve menjadi satu pejuang yg sangat kuat dan digeruni. hehe.. Jadi saya suka watak k9999 ni sbb dia masih dapat berubah jadi hebat wlaupun ‘penciptaannya’ cacat.

k dlm k9999a juga adalah drp abjad pertama nama saya. K boleh membawa erti yg pelbagai. Ke….. ape2 la..

a dlm k9999a diambil drp abjad pertama dlm perkatan kedua nama saya. A boleh menyatakan kesempurnaan, biasanya kalau sesua tu itu baik maka org akan bagi gred A. A juga adalah Alif dalam arab. Alif itu adalah A****.

9999 - juga menyatakan perihal kegagalan. Ceritanya diambil dr kesah seorg saintis yg mencipta lampu cendaliar, saya tak ingat siapa namanya. Saintis ini telah mencipta lampu cendaliar berulang2 kali tetapi masih gagal sehingga lah ke percubaan ke 9999 kali. Apabila disoal kenapa beliau masih terus berusaha mencipta lampu tersebut walaupun telah gagal sebanyak 9998 kali? Maka dijawabnya pada percubaan yg 9998 itu saya TIDAK gagal, cuma saya BELUM BERJAYA. Jadi saya perlu terus mencuba sehinggalah berjaya pd percubaan ke 9999 kali.

9999 juga adalah 99 + 99
99 adalah nama Allah.
99 apabila ditambah dgn 1 jawapannya adalah 100. Jadi apabila wujud 1 maka yg lain akan jadi kosong.
begitu juga 9999 + 1 = 10000 . menyatakan Yang Wujud hanya Allah. yan satu itulah Allah dan yg kosong itu adalah makhluk.

99 dipecahkan dgn kaedah numerilogi 9 + 9 = 18 , 1 + 8 = 9.
9 ditambah kembali dgn satu maka jwpnya ialah 10. mak yg wujud adalah 1.

begitu juga 9999 dipecahkan secara numerilogi 9999 = 9+9+9+9= 36, 3+6=9
9+1=10. jadi yg wujud tetap 1.

Jadi secara keseluruhan k9999a menyatakan kehebatan, kebaikan, dsb walau 9999 kali pun yg tertinggal hanyalah A.

Sekian. Harap menjawap kemuskilan tuan-tuan.

BULAN ZULHIJJAH

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :


Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah


Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.


Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah


Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.


Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur


Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat

Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya


Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah


Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).


Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.



Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :

  • Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
  • Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha
  • Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
  • Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
  • Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)


Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.

Berkata benar

Berkata-kata memang mudah namun untuk berkata benar adalah susah.

Rasulullah bersifat SIDDIQ iaitu benar, sifat inilah yang dizahirkan melalui setiap perbuatan baginda SAW. Segala perkataan baginda adalah kebenaran semata-mata tanpa bercampur dengan dusta baik ketika serius atau pun bergurau. Tiada yang sia-sia dan tiada yang dusta dalam kehidupan baginda.

Namun kita manusia akhir zaman kerap sekali berkata dusta dan bermain kata-kata baik melalui penulisan ataupun atau perkataan biasa. Kadang-kadang terasa pelik kenapa seorang yang alim, rajin ibadat, selalu ke masjid namun bila datang bab berkata, berjanji dan seangkatannya berbuat dusta. Bukankah solat itu encegah perkara keji dan mungkar? Bukankah solat itu dapat mendidik diri dan jiwa?

Berkata benar amatlah sukar andai tidak dilatih dengan bersungguh-sungguh dan andai tanpa keyakinan yang padu. Berkata benarlah walaupun pahit dan perit. Yakinlah apabila kita berkata benar Allah akan bantu walaupun dengan berkata benar itu kita mngkin dimarahi, dibenci dan sebagainya.

Adakah ketika bergurau kita perlu berbohong?

Pada saya tidak. Contohi Rasulullah SAW, dalam satu kisah yang agak terkenal baginda didatangi seorang perempuan tua bertanya samaada beliau boleh masuk syurga maka dijawab oleh baginda "orang tua tak boleh masuk syurga". Maka menangislah orang tua tersebut, lalu dijawab lagi oleh baginda "dalam syurga tak ada orang tua, semuanya jadi muda".

Berkata benar dan berlaku benar memang susah andai tidak dilatih dari awal, jadi samalah kita melatih diri untuk berkata benar walaupun dengan berkata benar boleh memudaratkan diri.

Tuesday, November 25, 2008

Gelisah

Dalam sehari dua ni, hati rasa sedikit gelisah dengan kehidupan, dengan apa yang berlaku. Banyak rancangan atau perancangan seolah-olah tidak mencapai matlamat. Perancangan gagal atau terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Tidur agak terganggu dan tidak sempurna atas sebab-sebab yang tak dapat dipastikan. Seolah-olah kehilangan sesuatu yang aku sendiri pun tak pasti.

Namun hari ini aku sedar rupanya gelisah juga ada nikmatnya. Maka hari ini aku menikmati kegelisahan dan keresahan ini dan bersyukur atas apa yang berlaku. Rupanya dalam 'gelisah' tersembunyi 'tenang'. Tenang akan hadir apabila gelisah difahami dan dihayati. Akhirnya wujudlah kesyukuran dan keredhaan. Bahagia dengan apa yang terjadi kerana ternyata perancangan kita tak dapat mengatasi takdir. Usaha kita juga tak dapat mengatasi takdir. Apa yang dapat dilakukan hanyalah berdoa, berusaha dan akhirnya menyerah bertawakal semata.

Setelah itu tetap redha dan sentiasa bersyukur dan bersangka baik atas apa sahaja yang berlaku kerana Allah sentiasa mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA.

Saturday, November 22, 2008

Nama Beta Sultan Alauddin

Review Novel: Nama Beta Sultan Alauddin

Karangan Faisal Tehrani.
Bab - Sultan Alauddin belajar tasawuf

MENURUT cerita orang, seorang guru tasawuf dari negeri China barutiba di Melaka, menawarkan ilmunya untuk mengajar ilmu kalam dan ilmutasawuf.

Nuh Ha Mim, guru agama berbangsa Cina itu menetap di Hujung Medini.Sekarang ini di Melaka pekan ini dinamakan Ujong Tanah. Tidak jelasbagaimana tok guru Nuh Ha Mim ini boleh datang dari negeri China danmenginap di Melaka. Apa yang jelas, tok guru itu tidak datang bersamarombongan Hang Li Poh.

Menurut orang setempat tok guru tersebut berhijrah dari Chinabersama anak perempuannya setelah dakwahnya diganggu pemerintah danpenjahat. Nuh Ha Mim telah berhijrah ke Maguindanao dan mengislamkanramai masyarakat di sana. Sekarang ini Maguindanao adalah wilayah didalam negara Filipina.

Ketika itu Kerajaan Islam Maguindanao belum ada lagi. Tok gurutersebut juga banyak mengislamkan orang di Manila. Memang waktu ituKesultanan Islam Manila belum kukuh. Tetapi ramai juga yang berjayadiislamkan oleh Nuh Ha Mim. Kemudiannya nanti kerajaan Islam di Manilaini jatuh di tangan penjajah Sepanyol dalam tahun 1571 dan ramaipenduduk Manila yang sebenarnya Melayu, murtad menjadi penganutKristian. Setelah beberapa lama di Sulu, Nuh Ha Mim berpindah ke PuloUpih.

Sekarang ini Pulo Upih ialah Pulau Upih di perairan negeri Melakayang kurang dipedulikan orang. Madrasah di Pulo Upih memang tersohorwaktu itu dalam menawarkan pengajian tasawuf. Nu Ha Mim menjadi salahseorang guru di sana. Antara muridnya termasuklah Sunan Kalijaga danSyeikh Sutabris. Apabila muridnya makin ramai, Nuh Ha Mim berpindah ketanah besar iaitu di Hujung Medini dan membuka pengajian di rumahnya.

Tatkala itu Sultan Alauddin belum bergelar sultan lagi. Bagindahanya dikenali sebagai Raja Husain. Baginda yang memang sukakan ilmuamat berminat untuk berguru dengan Nuh Ha Mim tetapi tidaklah semudahitu.

Pada mulanya memang sedikit sukar Raja Husain meyakinkan Nuh Ha Mimbahawa baginda memang benar-benar berniat dan mahu belajar tasawuf.Berulang-alik Raja Husain ke Hujung Medini. Berulang kali Raja Husainmeyakinkan Nuh Ha Mim bahawa baginda tidak mahu menjawat takhta menjadiSultan Melaka. Baginda tahu ada orang alim yang memang kurang gemarbergaul dengan pembesar-pembesar dan keturunan raja-raja.

“Tak hendak kita menjadi sultan. Apatah lagi kekanda Raja Ahmadlebih layak menjadi pemerintah mengikut turutan. Tidak ada sebab tokguru mahu menolak kita dari menjadi murid. Dinding emas perak lidahkita, bahawa tak terlintas di hati mahu menjadi raja. Kerja menjadiraja itu banyak tanggungjawabnya. Tak terpikul kita.

“Kalau ada seekor lembu patah kaki kerana jalan di Melaka ini rosakberlubang, nanti akan ditanya Allah di hari akhirat mengapa sultantidak memperbaiki jalan. Kita bukan jenis yang mampu memikul kerjasebesar itu. Biarlah kita mengaji agama saja daripada tok guru.”

Tok Guru Nuh Ha Mim masih belum mahu menerima dengan mudah Raja Husain menjadi muridnya. Tok guru itu meletakkan syarat pula.

“Datangkan kepada kita tujuh jenis benda yang bukan ada hargamelainkan kita meletakkan harga padanya, ia bermula ejanya dengan hurufsin.”

Berpeluh Raja Husain, “Tok guru berilah kita petanda satu demi satu agar dapat dipuaskan hati seorang guru.”

“Benda pertama bermula ejanya dari huruf sin itu duduknya di bawah punggung kita.”

Bergegaslah Raja Husain ke Pasar Melaka mendapatkan safra untuk Nuh Ha Mim.

“Inilah kain alas, duduknya di bawah punggung tok guru. Bukanlah ia benda berharga jika tidak dihargai begitu.”

“Datangkan kita sebuah rumah kecil, tidak berpenghuni lagi, tidak ada kekayaan lagi di rumah itu.”

Penuh teka-teki. Tetapi Raja Husain remaja yang pintar. Fikirannyaberjalan kerana banyak menelaah kitab. Bukan seperti kekandanya RajaAhmad yang sepanjang siang berhibur dengan irama-irama, tarimenari danbersuka gembira daripada sekian dayang. Bergegaslah Raja Husain kehutan di sekitar Paya Rumput, mencari pohon yang di puncaknya atau padadahannya tersangkut sarang lebah yang sudah ditinggalkan.

“Inilah sambang. Sarang lebah sudah kosong tiada berisi keranaditinggalkan penghuninya. Memang ia tiada kekayaan lagi kerana madunyasudah habis dipungut orang. Tiadalah ia punya erti apa-apa lagi.”

Nuh Ha Mim tersenyum, masih menduga lagi, “Benda ketiga bermulaejanya dari huruf sin itu hanyalah mengisi air dari hujung jari kita,tidak punya erti apa-apa lagi.”

Raja Husain berlari pulang ke istana, masuk ke dapur dan mencemaskansekian dayang dan tukang masak kerana raja muda menggeledah dapurmencari sangku.

Berlarian

“Inilah tok guru, sangku, bekas basuh tangan, menadah air daripada jari-jemari tok guru yang selesai menjamah hidangan.”

“Benda seterusnya ialah tidak cukup ia menjadi satu, tidak laku iadi Pasar Melaka.” Nuh Ha Mim terus menguji kesabaran bakal anakmuridnya.

Tanpa berlengah Raja Husain berlarian ke Pasar Melaka dan kembalisemula mempersembahkan, “Inilah kita bawakan sekepeng. Tak cukup iamenjadi satu, tak laku ia untuk digunakan membeli apa-apa barangan pundi Pasar Melaka hatta kayu gaharu atau kapur barus sekalipun.”

“Masih belum sempurna permintaan kita. Ayuh carikan segera sesuatuyang jika tidak ada habis rosak kepala Raja Ahmad, jika ada berertilahsedikit kepalanya.”

Di situlah Raja Husain tergendala. Lama juga baginda berfikir apakahsesuatu yang jika tidak ada, habis rosak kepala Raja Ahmad. Benda ituharus bermula dari huruf sin. Pening kepala juga Raja Husainmemikirkannya. Hakikat bahawa benda itu melibatkan Raja Ahmadmenyebabkan Raja Husain bertambah gusar. Hampir-hampir Raja Husainputus asa.

Raja Husain pun bertandang ke rumah Nuh Ha Mim merayu supaya diberi petunjuk yang lain,

Nuh Ha Mim senyum sahaja. “Selangkas betik berbuah masakan tak terduga anakanda apakah ia yang penuh di kepala Raja Ahmad?”

Dengan petanda yang kecil itulah Raja Husain kembali ke istana danbertanyakan inang yang menjaga Raja Ahmad. Setelah mendapat jawapan,bersorak gembira Raja Husain dan diucap-ucapkan alhamdulillah tidakputus-putus. Raja Husain berlari ke Hujung Medini mempersembahkanselisik.

“Inilah ia, penuh kutu di kepala Raja Ahmad, jika tiada selisik maka rosaklah kepala baginda raja mahkota.”

Nuh Ha Mim tersenyum, masih ada dugaan yang belum dipenuhi lagi. “Dapatkan kita benda yang ada lok pun tidak berguna.”

Raja Husain yang bijaksana itu segera mendapatkan sepukal. Dimintanya daripada seorang hulubalang tua.

“Tuk guru inilah sepukal, keris yang sudah haus matanya, lurus keloknya dan tumpul pula.”

“Baiklah, inilah yang terakhir. Dapatkan benda yang tiada harga padaSultan Mansur Syah. Sudah kelabu, jika di akhirat lebih celaka jika takdapat melepasinya.”

Sekali lagi Raja Husain terperangkap di situ. Lama baginda menilikmemerhatikan baginda sultan hingga Sultan Mansur Syah ayahandanya, punnaik kehairanan.

“Apa gerangan anakanda berkelakuan aneh sebegini?”

“Tidak ada apa-apa. Cuma anakanda memikirkan apakah yang ada pada ayahanda akan terbelah tujuh di akhirat nanti.”

Sultan Mansur Syah tersenyum. “Pada hemat ayahanda seperti yangayahanda maklumi daripada guru ayahanda Kadhi Yusuf, kalau berbuat amalyang baik maka rambut sehalus dibelah tujuh pun dapat kita seberangi.”

Rambut

Mata Raja Husain bercahaya.

“Ampun tuanku ayahanda, jika tiada keberatan, anakanda mengharapkan sehelai rambut tuanku yang telah beruban putih kelabu itu.”

“Untuk apa?”

“Dibuat kenang-kenangan.”

Sultan Mansur Syah ketawa. “Aneh sungguh anakanda. Baiklah apasalahnya.” Baginda Sultan Mansur menanggalkan destarnya.“Mari, cabutlahuban ayahanda seberapa banyak pun yang anakanda mahu.”

Raja Husain keriangan, tanpa berlengah lagi dimasukkan helai rambut itu ke dalam botol kecil dan dibawa pantas ke Hujung Medini.

“Tuan guru, inilah surai baginda ayahanda Sultan Mansur Syah.Surainya putih beruban dan di akhirat kelak jika berbuat amalan baikwalau dibelah tujuh sehalusnya pun akan dapat diseberangi titian sirat.”

Nuh Ha Mim angguk. Akur. Menepuknepuk bahu Raja Husain. “Safra itutempat alas duduk. Dunia ini begitulah tidak lebih besar dari alasduduk. Kita buat alas sekejap sahaja pada punggung kita. Dunia iniibarat sambang, sarang lebah yang kosong. Madu kekayaannya untuk oranglain. Habis juga nanti. Yang tinggal dunia yang kosong, ternampak dariluar pada kulit sahaja, menampakkan bentuk seperti sebuah sarang yangpunya semua tetapi rupa-rupanya sambang sahaja.

“Sangku itu tempat kita menadah kotoran di tangan atau sisa makanan,itu sahajalah taraf dunia ini, tak lebih dari itu. Janganlah kitamembesarkan sangku kerana ia hanyalah mangkuk menadah air basuhan takpunya apa-apa kelebihan. Sekepeng begitulah dunia ini, tidak ada ertiapa-apa. Apa lakunya sekepeng di Pasar Melaka? Apa lakunya kekayaansekepeng di sisi Tuhan?

“Yang kita bawa menghadapnya, iman dan amal sahaja. Selisik,begitulah dunia, seumpama sikat untuk menanggalkan segala kutu yangmelekat di kepala. Kebendaan yang dicari manusia dan kemasyhuranhanyalah kutu yang perlu kita tanggalkan, kita bersihkan denganselisik. Pada sepukal sedarlah kita yang kehebatan manusia itusementara. Tajam akan menjadi tumpul. Lok akan menjadi haus.

“Tidak ada kehebatan dan keperkasaan melebihi kehebatan dankeperkasaan Tuhan. Surai, marilah anakanda kita bertakwa kerana itusahaja yang akan menjaga kita pada hari kita harus menyeberang titiansehalus surai dibelah tujuh. Rasmilah anakanda menjadi murid kita hariini.”

Raja Husain angguk, mengerti, sebulat hati memahami. Bermulalahpelajaran tasawuf untuk seorang bakal sultan. Sultan Alauddin RiayatSyah, Sultan Melaka yang ketujuh.

Begitulah kisahnya, seperti yang diperikan kemudian dalam SejarahMelayu bagaimana Sultan Alauddin yang alim lagi berani itu membinaperibadinya sejak anak-anak lagi.

——————————

Search Engine

Google
BM4