Saturday, November 29, 2008

Berkata benar

Berkata-kata memang mudah namun untuk berkata benar adalah susah.

Rasulullah bersifat SIDDIQ iaitu benar, sifat inilah yang dizahirkan melalui setiap perbuatan baginda SAW. Segala perkataan baginda adalah kebenaran semata-mata tanpa bercampur dengan dusta baik ketika serius atau pun bergurau. Tiada yang sia-sia dan tiada yang dusta dalam kehidupan baginda.

Namun kita manusia akhir zaman kerap sekali berkata dusta dan bermain kata-kata baik melalui penulisan ataupun atau perkataan biasa. Kadang-kadang terasa pelik kenapa seorang yang alim, rajin ibadat, selalu ke masjid namun bila datang bab berkata, berjanji dan seangkatannya berbuat dusta. Bukankah solat itu encegah perkara keji dan mungkar? Bukankah solat itu dapat mendidik diri dan jiwa?

Berkata benar amatlah sukar andai tidak dilatih dengan bersungguh-sungguh dan andai tanpa keyakinan yang padu. Berkata benarlah walaupun pahit dan perit. Yakinlah apabila kita berkata benar Allah akan bantu walaupun dengan berkata benar itu kita mngkin dimarahi, dibenci dan sebagainya.

Adakah ketika bergurau kita perlu berbohong?

Pada saya tidak. Contohi Rasulullah SAW, dalam satu kisah yang agak terkenal baginda didatangi seorang perempuan tua bertanya samaada beliau boleh masuk syurga maka dijawab oleh baginda "orang tua tak boleh masuk syurga". Maka menangislah orang tua tersebut, lalu dijawab lagi oleh baginda "dalam syurga tak ada orang tua, semuanya jadi muda".

Berkata benar dan berlaku benar memang susah andai tidak dilatih dari awal, jadi samalah kita melatih diri untuk berkata benar walaupun dengan berkata benar boleh memudaratkan diri.

No comments:

Search Engine

Google
BM4