March 14th, 2008 by k9999a
Assalamulaikum..
Ramai sahabat2 bertanya ape k9999a tu?
Saya biasanya senyum jer, malas nak jawap..
Tapi hari ni tergerak gak nak berkongsi apa maksud di sebalik k9999a dan mcm mana dapat.
k9999a ni dah lame saya pakai sbg id iaitu sejak thn 2000 kalau tak salah.
k9999 sebenarnya adalah satu watak komik dalam komik King of Fighter. k9999 ni adalah klon drp watak kyo kusanagi. Kyo ini adalah hero yg handal jadi penjahat telah klon kyo ni utk menghasilkan manusia klon yg diberi kod ‘k’. Jadi k9999 ni adalah satu drp klon2 tersebut. k9999 ni sebenarnya adalah klon yg dianggap ‘gagal’. Tetapi disebalik kegagalannya k9999 telah evolve menjadi satu pejuang yg sangat kuat dan digeruni. hehe.. Jadi saya suka watak k9999 ni sbb dia masih dapat berubah jadi hebat wlaupun ‘penciptaannya’ cacat.
k dlm k9999a juga adalah drp abjad pertama nama saya. K boleh membawa erti yg pelbagai. Ke….. ape2 la..
a dlm k9999a diambil drp abjad pertama dlm perkatan kedua nama saya. A boleh menyatakan kesempurnaan, biasanya kalau sesua tu itu baik maka org akan bagi gred A. A juga adalah Alif dalam arab. Alif itu adalah A****.
9999 - juga menyatakan perihal kegagalan. Ceritanya diambil dr kesah seorg saintis yg mencipta lampu cendaliar, saya tak ingat siapa namanya. Saintis ini telah mencipta lampu cendaliar berulang2 kali tetapi masih gagal sehingga lah ke percubaan ke 9999 kali. Apabila disoal kenapa beliau masih terus berusaha mencipta lampu tersebut walaupun telah gagal sebanyak 9998 kali? Maka dijawabnya pada percubaan yg 9998 itu saya TIDAK gagal, cuma saya BELUM BERJAYA. Jadi saya perlu terus mencuba sehinggalah berjaya pd percubaan ke 9999 kali.
9999 juga adalah 99 + 99
99 adalah nama Allah.
99 apabila ditambah dgn 1 jawapannya adalah 100. Jadi apabila wujud 1 maka yg lain akan jadi kosong.
begitu juga 9999 + 1 = 10000 . menyatakan Yang Wujud hanya Allah. yan satu itulah Allah dan yg kosong itu adalah makhluk.
99 dipecahkan dgn kaedah numerilogi 9 + 9 = 18 , 1 + 8 = 9.
9 ditambah kembali dgn satu maka jwpnya ialah 10. mak yg wujud adalah 1.
begitu juga 9999 dipecahkan secara numerilogi 9999 = 9+9+9+9= 36, 3+6=9
9+1=10. jadi yg wujud tetap 1.
Jadi secara keseluruhan k9999a menyatakan kehebatan, kebaikan, dsb walau 9999 kali pun yg tertinggal hanyalah A.
Sekian. Harap menjawap kemuskilan tuan-tuan.
No comments:
Post a Comment