Tuesday, November 25, 2008

Gelisah

Dalam sehari dua ni, hati rasa sedikit gelisah dengan kehidupan, dengan apa yang berlaku. Banyak rancangan atau perancangan seolah-olah tidak mencapai matlamat. Perancangan gagal atau terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Tidur agak terganggu dan tidak sempurna atas sebab-sebab yang tak dapat dipastikan. Seolah-olah kehilangan sesuatu yang aku sendiri pun tak pasti.

Namun hari ini aku sedar rupanya gelisah juga ada nikmatnya. Maka hari ini aku menikmati kegelisahan dan keresahan ini dan bersyukur atas apa yang berlaku. Rupanya dalam 'gelisah' tersembunyi 'tenang'. Tenang akan hadir apabila gelisah difahami dan dihayati. Akhirnya wujudlah kesyukuran dan keredhaan. Bahagia dengan apa yang terjadi kerana ternyata perancangan kita tak dapat mengatasi takdir. Usaha kita juga tak dapat mengatasi takdir. Apa yang dapat dilakukan hanyalah berdoa, berusaha dan akhirnya menyerah bertawakal semata.

Setelah itu tetap redha dan sentiasa bersyukur dan bersangka baik atas apa sahaja yang berlaku kerana Allah sentiasa mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA.

2 comments:

UniSelfDiscovery said...

Gelisah hadir sebagai iklan kehidupan. Benar, dengan pemahaman akan terlihat sesuatu disebalik nya.

Gelisah bukanlah pendamping yang tetap, yang hadir menyelinap untuk mengasah kesedaran terhadap kehidupan, kejadian, kebenaran, dan persekitaran.

Kemudian baharulah terpancar ketenangan, apabila menyedari gelisah bukanlah penyinar utama jiwa.

k9999a said...

Terima kasih.

Search Engine

Google
BM4