Thursday, August 02, 2012

Perbezaan Puasa orang Syari'at & Hakikat

 dari Sheikh Muhyiddin Abdul Kadir Jalani.

Puasa syariat adalah menahan diri dari makanan, minuman dan bersetubuh di waktu siang. Puasa Hakikat adalah menahan seluruh anggota tubuh dari segala perbuatan yang diharamkan dan dilarang juga menjauhi sifat-sifat tercela, seperti ujud, riak, takbur dan sebagainya lahir dan bathin, sian
g mahupun malam. Bila melakukan hal-hal tersebut tadi, maka batallah puasa Hakikatnya. Puasa syariat mempunyai waktu tertentu tadi manakala puasa Hakikat adalah seumur hidupnya.

Nabi bersabda : "Banyak orang yang berpuasa hasilnya hanyalah lapar dan dahaga". Dalam Hadiths yang lain Nabi bersabda : "Banyak yang berpuasa, tapi berbuka. Banyak yang berbuka, tapi berpuasa", iaitu orang yang perutnya tidak berpuasa, tapi ia menjaga anggota tubuhnya dan perbuatan terlarang dan menyakita orang lain.

Firman Allah dalam hadiths Qudsi :
"Puasa itu untukKU dan Akulah yang akan membalasnya:.

Hadiths Rasul :
"Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kebahagiaan. Pertama, iaitu ketika berbuka. Kedua, ketika melihat Allah. Semoga kita mendapatkannya".

Pengertian Hadiths tadi menurut syari'at ialah kebahagiaan yang pertama ketika berbuka dengan memakan makanan di waktu maghrib. Kedua, ketika melihat bulan di malam lebaran petanda selesainya tugas puasa Ramadhan.

Adapun pengertian menurut Hakikat ialah kebahagiaan yang pertama ketika masuk syurga menikmati kenikmatan syurga. Kedua, ru'yat. Yang dimaksudkan dengan ru'yat ialah melihat Allah pada hari kiamat dengan rasa secara nyata. Semoga kita mendapatkannya.

Puasa Hakikat ialah menjaga Hati dari selain Allah.
Hadiths Qudsi :
"Manusia adalah rahasiaku dan Aku rahasiaNya". Sir itu dari Nur Allah, maka orang yang ditingkat ini tidak akan cenderung kepada selain Allah. Tidak ada yang dicintai, diingini dan dicari selain Allah di dunia mahupun di akhirat. Bila hati terjatuh pada mencintai selain Allah, maka batallah puasa Hakikatnya dan ia harus melakukan qadha dengan kembali mencintai Allah dan menemuinya di dunia dan di akhirat. Sesuai dengan firman Allah : "Puasa itu bagiku dan Akulah yang akan membalasnya".

Search Engine

Google
Loading...