Monday, July 27, 2009

Jangan Bernikah!!!

1. Jangan menikah kerana harta

Tidak ada gunanya hidup bergelumang harta tanpa cinta.
Harta dapat datang dan pergi setiap saat. "Cinta" yang sesat dan sesaat dapat diperoleh setiap saat, tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta.

2. Jangan menikah kerana perasaan asmara

Rasa tertarik, simpati, naksir, yang merupakan asmara yang sering disalah ertikan sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara dapat cepat berubah oleh rupa, harta, tempat dan keadaan. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan uji. Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.

3. Jangan menikah kerana rupa saja

Kecantikan yang diluar memang indah, tapi dapat luntur termakan umur.
Utamakanlah kecantikan yang di dalam.

4. Jangan menikah kerana iba

lba (rasa kasihan) memang baik dan harus ada dalam hidup kita, tapi tidak boleh menjadi dasar pemikahan. Kasihan dapat habis, tapi kasih tidak berkesudahan. Dasar pernikahan adalah kasih, bukan kasihan

5. Jangan menikah untuk kepuasan sex saja

Memang sex suci dan penting dalam hubungan suami-isteri, namun tidak boleh menjadi tujuan utama dari pemikahan. Sex hanyalah salah satu bahagian dari pernikahan. Orang yang hanya mengejar kenikmatan sex akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri.

6. Jangan menikah kerana paksaan keluarga

Seorang anak harus berbakti kepada keluarga, namun tidak boleh menyerah dalam hal nikah, kalau mereka memang salah dan anda benar.
Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka, jangan dengan kekerasan.

7. Jangan menikah kerana desakan usia

Bila usia sudah menjelang senja dan rakan-rakan sudah berpasangan, orang akan mulai gelisah (terutama pada wanita). Banyak orang akhimya "asal tabrak dan sikat." Hindarilah tindakan
Sabarlah dan yakinilah bahwa Tuhan sudah menyediakan yang terbaik untuk anda. Jangan takut kehabisan jatah dan kadaluarsa.

8. Jangan menikah untuk membalas jasa

Orang yang telah berbuat baik perlu dibalas, tapi jangan dengan pernikahan. Salah satu hal lain yang tidak boleh dilupakan, dan merupakan yang terpenting adalah jangan menikah tanpa pengertian dan persiapan dengan tindakan yang nyata. - Menikahlah menurut pola rencana Tuhan - Daripada salah dan mengundang derita, lebih baik tidak menikah. Jika tidak diteguhkan oleh Tuhan. Kerana Tuhanlah yang menciptakan manusia sepasang-sepasang.
Tanpa persetujuan Tuhan, tidak mungkin manusia dapat bersatu !

 

 

Thursday, July 16, 2009

Sepasang Suami Isteri dan Pengemis


Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA

Wednesday, July 15, 2009

Perkasakan umat Melayu, Islam - Mufti

Perkasakan umat Melayu, Islam - Mufti

IPOH 15 Julai - Umat Melayu dan Islam perlu terus diperkasakan bagi memastikan kedua-duanya kekal menjadi tunjang kepada pembangunan negara seiring dengan perkembangan semasa.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perkara itu perlu menjadi keutamaan umat Melayu dan Islam pada masa ini sekali gus membentuk perpaduan Islam yang kukuh seperti satu ketika dahulu.

''Melayu satu ketika dahulu dibangunkan oleh Islam, mereka bersatu padu kerana Islam, bangkit daripada kegelapan kerana Islam dan menentang penjajah juga kerana Islam.

''Bagaimanapun, keadaan sekarang sudah berbeza dan tidak menentu kerana ada perbalahan politik serta ditambah lagi dengan masalah sosial. Jadi amat perlu dan penting kita semua kembali membentuk perpaduan Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas resolusi Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 hari ini.

Muzakarah yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang ke-81 itu disertai seramai 200 peserta terdiri daripada kalangan cendekiawan Islam termasuk wakil dari Singapura.

Harussani berkata, semua peserta juga bersetuju bahawa institusi kesultanan Melayu selaku ketua agama Islam menggunakan segala ruang dan kuasa yang ada untuk memperkasakan Islam.

Jelas beliau, perkara berkenaan adalah selaras dengan perlembagaan negara dan negeri yang memberi kuasa dan kekuatan kepada raja-raja untuk membangunkan Islam.

Katanya, ia juga sejajar dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, ''Manusia itu mengikut cara hidup rajanya."

''Kalau rajanya kuat agama maka rakyat akan kuat juga agamanya. Jadi golongan raja dan istana perlu mempelopori penghayatan Islam dan kemudian turun ke bawah untuk menyebarkannya.

''Pada masa sama, orang yang di bawah iaitu rakyat perlu bersedia untuk menerimanya kalau tidak ia tidak akan jadi.

''Sebab itu kita katakan bahawa raja itu berdaulat kerana mentaati dan membangunkan Islam," katanya.

Menurut Harussani, kerajaan atau pemerintah tertinggi juga perlu menggarap Islam dan melakukan penghayatan secara sempurna dengan serius serta agresif.

Katanya, langkah berkenaan akan meliputi semua bidang supaya penyatuan umat Melayu dan Islam benar-benar kukuh dan tidak mudah goyah.

''Kalau raja sudah buat (penghayatan Islam) kemudian menerapkannya kepada pentadbiran dan rakyat jelata semuanya menerima maka barulah Melayu boleh menjadi Ummah Wahidah atau umat yang satu sama ada di dunia dan di akhirat.

''Orang mukmin itu adalah bersaudara, orang Islam juga bersaudara kerana kita mempunyai akidah dan kepercayaan yang sama berlandaskan Islam.

''Kita wajib laksanakan perintah agama itu (membentuk perpaduan)," katanya sambil menambah tulisan jawi yang menjadi legasi keharmonian umat Melayu Islam perlu dibudayakan secara serius di semua peringkat.

 

 

Sumber: Utusan Online

JANGAN MENCARI TERLALU "SEMPURNA"


JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”
   

Jika kamu memancing ikan……    
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……    
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……    
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN   ia semula kedalam air begitu sahaja…….    
Kerana ia akan SAKIT   oleh kerana bisanya……    
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA   selagi ia masih hidup……    

Begitulah juga……    

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN   kepada seseorang ……    
Setelah ia mulai MENYAYANGI   kamu……    
Hendaklah kamu MENJAGA   hatinya……    
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA   begitu saja……    
Kerana dia akan TERLUKA   oleh kenangan bersamamu……    
dan mungkin TIDAK   dapat MELUPAKAN   segalanya selagi dia masih mengingati kamu……    

Jika kamu MENADAH   air biarlah berpada……    
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……    
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU   sahaja……    
Kerana apabila ia mulai RETAK  ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……    
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……    

Begitulah  juga……    

Jika kamu sedang memiliki seseorang….  TERIMALAH   dia seadanya……    
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……    
Anggaplah dia manusia biasa……    
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN  …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA   dan MEMBOLEHKAN   hubungan kamu akan TERUS   hingga ke akhir hayat    
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan   MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana  kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya    
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……    


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……    
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……    
Yang MENGENYANGKAN   dan BERKHASIAT  ……    
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……    
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN  ……    
Kelak, nasi itu akan BASI   sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……    
Kamu akan MENYESAL  ……    

Begitulah juga……    

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN  ……    
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……    
MENYAYANGIMU
 ….  MENGASIHIMU  ….dan MENCINTAIMU  ….    
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA   dengan yang lain……    
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN  ……    
Kelak, dia akan BERJAUH HATI   dan kamu akan KEHILANGANNYA   apabila dia menjadi milik orang lain……    
Kamu juga yg akan MENYESAL   dan tidak ada gunanya lagi……    

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN   kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN   yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN   orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA   sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR   dengan apa yang kita sudah MILIKI  …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA   dan terus BAHAGIA  …itu lebih BERMAKNA  !
   

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”  

 

 

 

Khairil

Khairil Anuar Abdul Halim
Assistant Network & System Administrator

Management Information System (MIS)

Opcom Holdings Berhad

11 Jalan Utas 15/7, 40200 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.
Tel : +603 55195699 Ext:118
Fax : +603 5522 6029

 

Monday, July 06, 2009

Jangan biarkan Hati Terkotori



"sesungguhnya di dalam tubuh itu ada segumpal darah, apabila ia baik maka baik pula seluruh anggota tubuh; dan apabila ia jelek, maka jelek pula seluruh anggota tubuh, ketahuilah; ia adalah hati" ( Hr. Bukhari Muslim )

Saudaraku yang muliakan Allah
Saat seorang bayi terlahir dari rahim ibu, kulit halus penuh kelembutan, mata berbinar nampak kebeningan. Bahkan senyuman yang mengembang terlihat jujur tanpa kemunafikan, dan tangis yang kerap hadir terdengar merdu tanpa kebohongan.

Sungguh, semua yang terlihat dari gerak seorang bayi adalah ketulusan tanpa cela. Bahkan tangisnya terdengar semakin menggoda, tidak ada kebencian ketika pipisnya membasahi pakaian kita, dan tidak ada dendam ketika ia terkadang menjengkelkan kita.

Itulah ketulusan sang bayi, kesucian dan kelembutan dirinya membuat kita selalu ingin memeluk dan menyayanginya. Bahkan karena kesucian yang tampa cela itu membuat Allah menjaminkan surga bagi sang bayi ketika kematian datang menghampirinya.

Bayangkan, jika saja kita seperti bayi., segala gerak kita disenangi, tangis kita diperhatikan, resah kita dikhawatirkan dan salah kita cepat dimaafkan. Tetapi sekarang kita adalah manusia dewasa, tangis kita terkadang diiringi kepura-puraan, tertawa kita terkadang hanya ingin menutupi kesedihan dan semua gerak kita belum tentu disenangi semua orang.

Adakalnya saat kita benar-benar menangis karena kesedihan, orang tidak langsung respek dengan tangis kita sebelum kita menceritakan apa yang sesungguhnya terjadi. Pertanyaannya, kenapa sang bayi begitu cepat diberi perhatian, sedangkan orang dewasa tidak. Lagi-lagi, kerena ketulusan dan kesucian itulah yang menyebabkan semua orang menyenanginya.


Saudaraku yang budiman
Tentu saja kita tidak mungkin lagi mengembalikan posisi kita seperti dulu, seperti kita masih seorang bayi. Tetapi kita dapat melakukan sesuatu yang membuat orang lain selalu senang bersahabat dengan kita atau selalu rindu ketika ia jauh dari kita, bahkan kita menjadi tempat perhatian disetiap keadaan.

Bagaimana caranya, belajarlah dari kehidupan seorang bayi. Ia menangis bukan pura-pura, ia tertawa bukan ingin menutupi kesedihan dan ia bergerak bukan karena ingin mendapat pujian. Tetapi semuanya dilakukan secara reflek dengan penuh keikhlasan. Inilah kuncinya, jika kita ingin mendapat sesuatu yang terbaik dari sikap orang lain kepada kita. Intinya adalah kesucian hati.

Pertama kita lahir, belum tersentuh kotoran (dosa) sedikitpun, ibarat sebuah cermin belum ada setitikpun noda, putih bersih dan bercahaya. Tetapi sejalan dengan waktu, ketika kita mulai disebut balig dan terus merangkak menuju dewasa. Mulailah secara perlahan kesucian hati terkotori, ketulusan tercemari dan kesalahan mulai menyelimuti diri. Cermin hati sudah tidak lagi bening, kotoran (dosa) yang melekat semakin bertambah banyak, hingga pada akhirnya menutupi cermin dan tidak lagi memantulkan gambar. Semuanya disebabkan karena hati mulai banyak keinginan yang terkadang sulit dikendalikan. Apalagi ketika hawa nafsu mulai mendominasi hati.

Catatlah dalam hati kita, apa sesungguhnya penyebab utama kotornya hati!, ia adalah kemaksiatan. Racun yang sangat ampuh mengotori dan mematikan hati. Hingga pengaruhnya dapat memalingkan ketaatan kita kepada Allah. Dan secara umum, kenapa kesucian hati cepat terkotori dan sulit untuk di bersihkan?. Hal itu disebabkan oleh tiga faktor.

Pertama adalah syahwat, yang cenderung lebih mendahulukan hawa nafsu dari pada ketaatan. Karena ia timbul dari jiwa hewani yang sering bertentangan dengan fitrah kebenaran.

Kedua adalah syubhat; menyebabkan hadirnya keragu-raguan tentang agama Allah, sehingga akhirnya dapat memalingkan keyakinan. Syubhat timbul dari sumber yang bernama kebodohan.

Dan ketiga adalah amarah; ia adalah pintu yang dapat memalingkan tabiat. Kebenaran dalam pandangan orang yang pemarah dapat berubah menajdi kebathilan.

Saudara yang budiman
Ketika kesucian hati sudah terkotori sulit bagi kita menangkap sinyal kebaikan. sebab bagi hati yang kotor kepedulian akan kebenaran sudah terkalahkan dengan kebathilan, karena hawa nafsu sudah menjadi pemimpin hidupnya. Kebodohan adalah supirnya dan kelalaian adalah kendaraan bagi baginya. Diseru untuk melaksanakan taat, justru yang dijalankan adalah maksiat, di perintah untuk segera bertaubat, tetapi kesesatan yang malah diperkuat.

Sebab bagi hati yang sudah kotor, ia sudah tidak lagi merasakan sakitnya bermaksiat. Kemungkaran dianggap kebaikan, bid'ah dianggap sunnah, Dan itu adalah musibah atau fitnah terbesar yang dialami manusia.

Ketahuilah, hati adalah arah pandangan Allah, jangan biarkan ia terkotori. Pelurusan dan pembersihan hati seharusnya lebih mendapat prioritas utama dari hal apapun. Hati adalah "wadah" Allah di bumi ini, wadah yang paling dicintai-Nya adalah wadah yang paling mudah tersentuh, kokoh dan bersih. Karena tidak ada hukuman yang lebih besar bagi seorang hamba dari apapun, melainkan ketika hati terkotori.

Saudaraku, Peran hati terhadap seluruh anggota badan ibarat raja terhadap prajuritnya. Semua bekerja atas dasar perintahnya, semua tunduk padanya. Karena perintah hatilah istiqomah itu ada dan karena perintah hatilah kemaksiatan itu hadir. Semoga Allah memberikan kemampuan kepada kita untuk dapat menjaga diri dari pengaruh-pengaruh yang mengotori hati.

*****
Ketika kesucian hati sudah terkotori
sulit bagi kita menangkap sinyal kebaikan.
ebab bagi hati yang kotor kepedulian akan kebenaran sudah terkalahkan dengan kebathilan, karena hawa nafsu sudah m0enjadi pemimpin hidupnya.Kebodohan adalah supirnya
dan kelalaian adalah kendaraan bagi baginya.

Friday, July 03, 2009

Beza Muslim, kafir di sisi Allah

Beza Muslim, kafir di sisi Allah






ALLAH mengasihi Muslim dan membenci kepada orang kafir. Setiap Muslim percaya kedudukannya lebih tinggi daripada orang kafir.

Muslim akan mendapat keselamatan daripada Allah, sedangkan orang kafir tidak. Muslim akan masuk ke syurga, manakala orang kafir ke neraka.


Ini memberikan suatu gambaran antara Muslim dan orang kafir tidak sama, bahkan ada perbezaan yang besar. Mengapa?

Sepintas lalu, Muslim mahupun bukan Muslim, semuanya daripada satu keturunan - Nabi Adam a.s dan semuanya dikurniakan pancaindera yang sama seperti tangan, kaki, mata dan telinga.

Mereka juga makan dari sumber yang sama, bahkan di negara kita, makanan terjamin halalnya.

Menarik nafas daripada udara yang sama, bahkan menikmati kehidupan di tanah air dan hasil bumi yang sama.

Allah yang menciptakan kita orang Islam adalah Pencipta orang bukan Islam juga, jadi kenapa ada perbezaan di antara kita orang Islam dan orang bukan Islam?

Mengapa pula kita semua kelak akan masuk ke syurga, sedangkan mereka ke neraka?

Tidak mungkin perbezaan itu hanya kerana berbezanya sepatah dua nama dengan seorang bernama Abdullah, manakala seorang lagi bernama John.

Mustahil juga hanya disebabkan seorang Muslim tidak memakan babi, manakala orang kafir memakannya atau seorang Muslim berkhatan dan rakannya yang bukan Muslim tidak berkhatan?

Apakah dengan perkara itu mengakibatkan kedudukan orang kafir di sisi Allah adalah rendah, dibenci dan dihumban ke neraka kemudian nanti sedangkan orang Islam ke syurga?

Tentu sebab perbezaan di atas tidak cukup kuat. Ini kerana ada juga orang bukan Islam turut berkhatan, tidak makan babi, tidak minum minuman keras, tidak berjudi dan tidak menganiayai orang. Di mana perbezaan besar itu?

Sebenarnya Muslim dan bukan Muslim atau kafir adalah dua subjek yang memberikan pengertian, watak dan cara berlainan. Di sinilah perbezaannya.

Islam bererti kepatuhan kepada Allah sedangkan kafir atau kufur ialah keingkaran terhadap Allah.

Memanglah Muslim dan kafir sama-sama manusia dan hamba Allah, tetapi Muslim diberikan kedudukan mulia kerana mengakui Allah, sedangkan orang kafir tidak mengakui-Nya lalu kedudukannya rendah.

Allah lebih menyayangi Muslim kerana mematuhi perintah-Nya, sedangkan orang kafir dibenci kerana tidak mengakui-Nya dan mengingkari perintah-Nya, bahkan langsung tidak kenal Allah.

Oleh kerana itu, Allah menjanjikan syurga kepada orang Islam, manakala orang kafir dijanjikan neraka. Adil bukan!

Dari perbincangan di atas, nyata juga kepada kita dua aspek yang membawa perbezaan di antara seorang Muslim dan seorang kafir iaitu aspek pengetahuan dan perbuatan.

Pengetahuan yang dimaksudkan seorang Muslim itu tahu Tuhannya, tahu perintah Tuhannya dan cara untuk melaksanakannya serta mengetahui perbuatan disukai dan dibenci Tuhan.

Apabila sudah tahu, dia harus bertindak menjadikan dirinya sebagai hamba Tuhan. Sebagai hamba kemahuan sendiri sekiranya bertentangan dengan kehendak Tuhan seharusnya diabaikan.

Orang kafir, tiada pengetahuan ini. Malah, segelintir yang mengetahuinya buat-buat tidak tahu, sengaja memekakkan telinga, membutakan mata dan membisukan mulut daripada mengakui Allah adalah Tuhan.

Justeru, mereka dimasukkan dalam golongan membangkang dan ingkar, tidak mendapat limpahan rahmat daripada-Nya.

Sekarang, seandainya ada orang menyatakan dirinya Muslim, tetapi sama jahil seperti seorang kafir mengenai Islam dan turut sama membangkang, dapatkah kita katakan kedudukannya lebih tinggi daripada orang kafir?

Apa pula alasannya mengatakan dia berhak memperoleh rahmat Allah di dunia dan akhirat?

Kita bangga kerana semakin ramai Muslim, sama ada Islam warisan atau pemelukan baru, tetapi apabila sudah ramai, bertengkar pula sesama sendiri. Kualiti pula belum boleh dikatakan cemerlang.

Islam bukanlah bersifat kesukuan, kekeluargaan dan persaudaraan yang langsung diwariskan orang tua kepada anak dan daripada anak kepada cucu-cicit.

Kedudukan sebagai Muslim tidak diperoleh kerana keturunan sebagaimana halnya kasta, di mana anak seorang Brahman akan tetap memperoleh kedudukan tinggi walaupun bodoh dan jahat perangainya kerana dia memang lahir dalam keluarga berkedudukan tinggi.

Sementara anak daripada orang tua berkasta rendah akan tetap berkedudukan rendah kerana memang dia lahir dalam keluarga yang hina.

Nabi Ibrahim a.s misalnya dilahirkan di tengah keluarga seorang penyembah berhala, tetapi baginda tidak menyembah sama, malah baginda menggunakan fikiranya untuk mengenali Allah dan mentaati perintah-Nya.

Sebaliknya putera Nabi Nuh a.s lahir dalam keluarga seorang nabi, tetapi tidak mengerti mengenai Allah dan tidak mentaati-Nya.

Allah menghukumnya sedemikian rupa tanpa mempedulikan keluarganya.

Apa pun perbezaan antara seorang dengan yang lain, baik pada kedudukannya, layanan dan akibatnya kemudian hari, dalam pandangan Allah hal itu berhubung erat dengan pengetahuan dan perbuatan.

Baik di dunia ini mahupun di akhirat nanti, rahmat Allah dilimpahkan kepada mereka yang mengerti Allah, tahu jalan yang benar ditunjukkan-Nya dan melaksanakan perintah-Nya.

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antaramu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu..." (Al-Quran, surah al-Hujurat: Ayat 13)

Ertinya, kedudukan sebenar bukanlah dinilai melalui keturunan dan suku kaum orang itu, tetapi keimanan dan ketakwaannya.

Semakin banyak pengetahuan mengenai Allah, semakin taat kepada perintah-Nya, akan semakin tinggi pulalah kedudukan pada mata Allah.



Sumber: Metro http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20090703093535/Article/indexv_html


Search Engine

Google
Loading...