Monday, July 21, 2008

HIDUP = 3 HARI + 2 NAFAS

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.

Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.

Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik.

Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

Hidup dalam keredhaan Allah.

Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.

Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.

Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu

dan puncaknya adalah SOLAT ...

Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,

umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai

pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :

Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...

Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.

Bagi yang ingin menyampai/disampai/tersampai...bersabarlah dlm penyampaian... kerana sesungguhnya manusia sentiasa lalai dengan pelbagai perkara; marah, lupa, bodoh, ego etc. Lakukanlah penyampaian dengan sabar dan penuh hikmah. Selamat berjuang

Tuesday, July 01, 2008

Bila diri disayangi=penjelasan

Maksud tersirat lagu ini yg saya faham.

Bila diri disayangi (Ukays)

Terdengar bisikan mesra >>>2 Kalimah syahadah
Kalimah keramat bermantera
Bermulanya siang, berakhir malam pun
Tak akan ku jemu menyebut namamu ALLAH

Tiada batasan waktu, Tiada tempat mu tertentu >> Sifat Allah yg Tidak ditentukan
Di gunung di lembah, Di darat di air tempat bgNYA. BAhkan meliputi
alam sekaliannya 'ahdun samadun'

Siapa pun hamba, keikhlasan doa >>Bismillahirrahmanirrahim
Keagungan ksih, merubah takdir >>Dgn bismillah... dpt merubah takdir

>>



Bila kusedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu >> ALLAH
Terasa diriku kembali dipandu

Kau yang pertama, tiada akhirnya >>Sifat Allah yg tidak berawal dan tidak berakhir
Aku dlm kegelapan, Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku, menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayangmu
Ku berserah diri.. >> tawakal


Sekadar menjawap pertanyaan dan salah faham kawan2. Ade ke kate saye jiwang karat.. huhu..
Masih dlm proses penghayatan dan pengkajian. Jadi tak banyak yg dapat dikongsikan.

Search Engine

Google
Loading...