Setelah lama tiada posting terbaru dan dibiarkan terbengkalai, baru hari ini tergerak untuk menulis.
Semuanya kerana kesibukan dan kekurangan idea menulis. Kesibukan dengan pekerjaan dan bisnes yang menuntut pengorbanan masa dan tenaga untuk kejayaan.
Semoga kita semua berada dalam kesejahteraan dan perlindungan Allah SWT. Tahun 2010 diberitakan penuh dengan cabaran dan dugaan, bak kata seorang sahabat 'perit untuk dilalui, pahit untuk dikenang'. Sejauh mana kebenarannya tergantung pada masing-masing.
Baru-baru ini saya search keyword jamadil akhir kerana mencari erti bulan ini dan menjumpai maksudnya dari wikipedia melayu;
"Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi kedapatan di sana-sini. "
Sebenarnya maksud jamadil akhir di atas tidak lah membawa apa-apa yang istimewa melainkan saya hanya cuba mengajak para pembaca berfikir tentang keadaan cuaca dunia yang semakin panas. Diberitakan oleh para saintis dan pengkaji bahawa ais di kutub semakin mencair yang mana boleh membawa kepada pelbagai malapetaka seperti banjir besar, tsunami dan gempa bumi. Semuanya akibat daripada pemanasan suhu global telah memungkinkan peristiwa seperti yang digambarkan dalam filem 2012 berlaku.
Seandainya anda peminat peristiwa akhir zaman atau soal future fenomena silakan berkunjung ke blog sahabat saya http://nusanaga.blogspot.com atau blog lamanya http://futurefenomenon.wordpress.com. Sahabat forum FAB yang telah pun terkubur. Sebagai kenangan masih boleh melihat perkumpulan FAB di facebook http://www.facebook.com/profile.php?id=100000295966573&ref=profile#!/group.php?gid=402146410630 dan blog boss FAB di http://necromancer-melayu.blogspot.com.
FAB telah lama ditinggalkan lama sebelum dikuburkan kerana merasa terlalu banyak pertentangan dan perselisihan ilmu dan persoalan yang tiada berpenghujung. Namun mengenangkan saat pertemuan dan permulaan FAB agak istimewa bagi orang-orang terawal. Siapa yang ikhlas bersahabat tetap dan kekal meneruskan apa yang terniat awalnya. Bagi saya ianya hanyalah satu episod dalam hidup. Tiap sesuatu itu punya nilai tersendiri dan kekal dihargai bagi mereka yang tahu menghargai. Apapun FAB hanyalah penghubung bagi 'mereka'2 yang sememangnya ada 'perhubungan'. Tiada suatu perkara pun yang berlaku secara kebetulan melainkan atas ketentuan, kehendak dan izinNya jua. La tataharraku zurriatan biiznillah.
Apa yang berlalu biarkan berlalu sebagai teladan dan pengajaran buat diri sendiri. Hayati dan fahami erti.
Beberapa hari yang lalu berbincang dengan seorang kenalan YM mengenai suatu isu perselisihan dan pergolakan. Saya jarang mengatakan apa yang sebenar tidak benar. Terus terang. Cumanya siapa berani tanya. Mungkin sampai masa dan ketika. Yang benar tetap benar. Wallahuaklam. Sendiri tahu kalau benar dalam perjuangan dan perjalanan. Andai sumbang tujuan pasti tersesat dipertengahan.
Episod baru dalam 2 minggu. Ramai yang masih tidak tahu. Inilah perubahan kehidupan saya. Bertukar status. 29 Mei 2010 insyaallah bakal bergelar suami. Menanggung amanah baru. Diharapkan segalanya berjalan lancar dan sempurna. Para sahabat SC, FAB dan juga para pengunjung blog dijemput ke majlis perkahwinan yang bakal berlangsung pada 12 Jun 2010 di Pulau Pinang. Pada para forumner FAB saya akan mewakilkan boss FAB menjemput anda.
Sebenarnya tujuan penulisan ini pada awalnya hanyalah ingin memaklumkan berkenaan majlis Perkahwinan. tak sangka terpaksa lalu jalan jauh dan terpaksa membebel bukan-bukan dulu. Jadi saya mempersilakan pengunjung setia blog dapat hadir ke Majlis tersebut sekiranya ada kelapangan dan tiada bebanan apa-apa. Sekiranya ingin kad/alamat sila emel atau sms saya.
Sebelum mengundur diri, ingin saya promosikan Coralite water, produk terbaru keluaran bumiputera muslim. Mari kita menyokong produk keluaran Muslim. Saya bersama rakan kongsi saya menjadi Water Centre bagi negeri Selangor. Insyaallah diharap projek ini berjaya dan mendapat sambutan. Mungkin sebagai rezeki perkahwinan. Sekiranya berminat boleh lihat blog http://aircoralite.blogspot.com/ dan boleh hibungi saya untuk maklumat lanjut.
2 comments:
Selamat Pengantin Baru. Teruskan usaha dan sebaran ilmu ye Sahabat. Semoga Saudara menjadi Nakhoda hebat bagi Bahtera baru dan InsyaAllah, selamat sampai ke destinasi yang dituju. Amiin.
Selamat hari 'Guru' kpd Tok Maiden..
hahaha
Post a Comment