Friday, March 06, 2009

Silat dan Kerohanian

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillahirrabbil 'alamin... Wassolatuwassamu 'ala asrofil anbiya iwal musalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in.

Tulisan ini sekadar menjawap persoalan berkenaan perkaitan antara silat dan kerohanian.
Apa yang akan disentuh dalam penulisan ini diharapkan hanyalah perkaitan antaranya.

Silat diertikan sebagai gerak. Yaitu pergerakan dua kaki dan dua tangan untuk mempertahankan diri dengan menggunakan satu akal fikiran yang waras.

Saya hanya akan mengulas perkaitannya dalam konteks gerak ini.

Silat adalah gerak. Maka dalam silat kita belajar tentang gerak itu sendiri. Bagaimana menggunakan pelbagai gerakan dua kaki dan dua tangan ini dalam menhadapi segala pencerobohan. Kita belajar mengenal dan menghayati pergerakan-pergerakan tersebut dan cuba mengawalnya. Kita cuba menjadikan pergerakan-pergerakan itu menjadi satu iaitu yang dinamakan SEGERAK. Almarhum Ustaz Hanafi, pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia mengatakan "dalam satu masa hanya ada satu gerak". Ahli-ahli PSSCM dilatih menggunakan pergerakan yang SEGERAK ini dalam mengatasi sebarang serangan samaada tangan kosong atau bersenjata.

Gerak.
Bagaimana kita bergerak? Adakah kita berkuasa bergerak sendiri? Adakah kita mempunyai suatu kekuatan untuk bergerak?
Lahaulawala khuwata illa billah. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah.

Dengan penghayatan berkenaan gerak ini kita belajar mengenali dan merasai gerak oleh Yang Empunya Gerak itu sendiri. Ini tidak dapat dipelajari melainkan melalui penghayatan sendiri jua.

Jadi silat adalah asas dlm mengenali gerak seterusnya mengenali Pemilik Gerak itu sendiri.

1 comment:

UniSelfDiscovery said...

ASSALAMUALAIKUM..
terima kasih.. cepat juga posting entri ni .. ape pun , ia sesuatu yg amat bagus supaya dapat memahami pengertian gerak / silat selain dari mempelajarinya secara fizikal.

"perkaitan antara kerohanian dan juga silat"...walaupun entri ini menjelaskan dari konteks perkaitan, selebihnye terpulang atas kefahaman individu dan juga kemahuan utk menyelami maksud2 nya tersendiri.

terima kasih sekali lagi. ada entri lagi, jgn lupa bubuh lagi (pantun beberapa kerat)

Search Engine

Google
BM4