Sunday, March 08, 2009

Salam Maulidurrasul

Sepanjang minggu ini adalah suatu tempoh yang amat sibuk dan dipenuhi pelbagai aktiviti. Langsung tiada masa berehat dan merehatkan tubuh dan fikiran.

Kesibukan pekerjaan, perjuangan, menuntut ilmu dan pelbagai lagi perkara begitu menuntut pengorbanan masa dan tenaga. Kesibukan ini akan berterusan sepanjang bulan ini dan mungkin juga bulan-bulan seterusnya.

Sempena Maulidrrasul yang menjelang tiba, dikuatkan diri menulis sesuatu walaupun hanya punya waktu beberapa minit sebelum bertolak untuk satu perjalanan yang agak panjang dan memenatkan.

Rasul junjungan adalah suatu anugerah Allah kepada kita hambaNya. Perjuangan dan pengorbanan Baginda tidak ternilai dan tidak terbalas oleh kita umat akhir zaman.

Baginda adalah contoh tauladan terbaik sepanjang zaman. Tiada manusia yang lebih sempurna dan lebih mulia selain baginda Nabi Muhammad SAW.

Sebagai umat baginda apa yang boleh kita lakukan sebagai tanda kasihkan baginda adalah sentiasa mencontohi sunnahnya. Kita cuba sedaya upaya mengamalkan sunnah baginda supaya kita diterima sebagai umatnya. Bukannya hanya sunnah yang kita suka, seperti berpoligami. Contohi peribadi dan akhlak Nabi. Kita dapati daripada riwayat-riwayat hadis bagaimana mulianya akhlak baginda. Dalam pergaulan seharian baginda adalah seorang yang lemah lembut dan bersopan santun. Baginda seorang yang pemaaf, pemurah, tidak berdendam dan sebagainya. Baginda juga amat benar dalam kata-katanya iaitu siddiq yang menjadi sifat wajib bagi Rasul. Juga amanah, gemar menyampaikan ilmu dan bijaksana dalam setiap tindakan.

Saya ambil contoh baginda menguruskan perniagaan. Baginda sejak sebelum menjadi rasul lagi amat terkenal sebagai seorag yang jujur dan benar sehingga digelar 'al-Amin'. Baginda begitu bijak dan jujur dalam perniagaan sehingga begitu dipercayai oleh Siti Khadijah selaku majikannya pada ketika itu. Walaupun diusia yang masih muda baginda telahpun diamanahkan dan dipercayakan untuk mengurus perniagaan Siti Khadijah yang begitu besar sehingga keluar negeri. Kebijaksaan baginda dalam perniagaan terserlah apabila berjaya membawa pulangan keuntungan yang besar hasil dagangannya pada ketika itu.

Krisis Ekonomi Dunia
Krisis yang dihadapi pada hari ini adalah suatu fenomena biasa iaitu satu pusingan jatuh bangunnya ekonomi dunia setiap 10 tahun sekali.

Seharusnya semua kita bersedia menghadapinya dengan segala kebijaksanaan sepertimana ditunjukkan baginda Rasulullah SAW. Juga kita boleh mengambil tindakan Nabi Yusuf ketika menjadi menteri Mesir sebagai panduan. Nabi Yusuf menyimpan sebahagian daripada hasil sewaktu ekonomi menbangun untuk kegunaan ketika kejatuhan. E
rtinya kita beringat ketika senang.

bersambung... (tiada lagi masa)

No comments:

Search Engine

Google
BM4