Monday, March 02, 2009

MELAYU: Sebijak Yahudi.

Adakah Melayu boleh jadi sebijak Yahudi?
Tulisan ini adalah sebahagian daripada jawapan dan ulasan saya terhadap artikel Mengapa Yahudi Bijak?

Secara peribadi saya berpandangan bahawa bangsa Melayu adalah suatu bangsa yang amat unik dan amat hebat. Pandangan ini kekal sejak saya masih kecil hinggalah ke hari ini. Saya amat tidak gemar dengan segala ulasan negatif dan merendah-rendahkan kebolehan dan kehebatan Melayu.

Antara minat saya sejak kecil adalah menangkap ikan di sawah dan tali air. Cara yang saya gunakan samaada dengan menggunakan tangan atau peralatan seperti taut, jala dan pukat. Pancing... Amat jarang dan amat tidak saya gemari.

Kalau kita lihat orang Melayu zaman dahulu di kampung-kampung, dalam bidang penangkapan ikan ini sendiri memperlihatkan kehebatan dan keunikan orang Melayu. Orang Melayu tidak membuang masa menunggu ikan menyambar kailnya, tetapi diletakkan kail atau dalam istilah kampung saya ’tahan taut’. Taut diletakkan ditempat yang sesuai. Taut dipasang hingga berpuluh tempat serentak. Sambil menunggu umpan mengena banyak lagi pekerjaan yang dilakukan seperti menyauk anak-anak ikan, menetak batas sawah, membuang rumput dan sebagainya. Apabila cukup masa sekitar dua atau tiga jam, taut akan diperiksa samaada ada ikan yang mengena. Dalam satu-satu masa banyak ikan yang dapat ditangkap berbanding menggunakan pancing biasa.

Kebiasaannya orang Melayu akan melakukan beberapa pekerjaan serentak. Contohnya seorang petani dalam masa yang sama adalah penternak. Di rumah-rumah orang Melayu biasanya ada diternak ayam, itik, lembu dan kambing. Orang Melayu dahulu biasanya memiliki pelbagai kemahiran. Seorang petani bukan sekadar mahir bertani. Bahkan mahir juga dalam penternakan, pertukangan, perhutanan dan pelbagai bidang kehidupan mereka.
Kemahiran orang Melayu dahulu dalam pertukangan rumah misalnya tidak dapat disangkal oleh sesiapa. Perhatikanlah reka bentuk rumah-rumah Melayu. Terdapat pelbagai reka bentuk sesuai dengan tempat dan suasana persekitaran. Binaan rumah Melayu dahulu amat menitik beratkan keharmonian dengan alam. Sehinggakan kedudukan tapak, arah angin, arah pancaran matahari, dan aliran air bahkan hari dan tarikh dibina pun diambil kira. Dari segi rekabentuknya pun banyak aspek diambil kira, contohnya jumlah anak tangga kebiasaannya ganjil, mengambil angka 5, 7 atau 9. Segalanya ada sebab tersendiri dan amat bermakna bagi mereka yang mengetahui.

Dari segi kehebatan sebenarnya Melayu itu amat hebat sebenarnya. Perhatilah dan kajilah sejarah bangsa yang sebenarnya. Bukan sekadar berdasarkan manuskrip tulisan selepas zaman penjajahan. Namun fikirkan kehebatan Melayu zaman Langkasuka, zaman Kedah Tua, Gangga Negara dan Melaka. Zaman Melaka contohnya, Negara China menguasai dunia sehingga ke Afrika. Namun mengapa Melaka tidak menjadi sebahagian daripada empayar China. Pasti ada suatu rahsia tersembunyi yang tidak generasi hari ini ketahui. Fikirkanlah dan kajilah sejarah bangsa agar tidak hilang rasa bangga pada bangsa dan tanahair ini. Agar tidak berasa kesal dengan anugerah Allah menjadi sebahagian daripada bangsa Melayu bahkan bersyukur dengan anugerahNya ini. Dan agar tidak merendah-rendahkan dan menghina bangsa sendiri. Ingatlah satu perkara ”Melayu itu Islam, dan Islam itu Melayu”. Kata ini ada rahsia, ada cerita.

Kenalilah siapa Melayu. Silakan lawati laman ini:

http://merahsilu.blogspot.com/2006/11/makna-melayu-sejati_13.html
http://merahsilu.blogspot.com/2006/11/makna-mim-dalam-melayu.html

Tilik dan fikirlah di mana kebenarannya.

Rasanya dah banyak melalut daripada tujuan asal iaitu ulasan terhadap artikel tersebut.

Inilah Ulasannya:

Artikel: Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan
zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang
mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan
sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan
membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik
bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang
mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada
saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya,
oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja
dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada
beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab,
"ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan,
saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius
apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik
untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik
kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat
latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau,
sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang
badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan
utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad
yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,
menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan
otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang
dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di
dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang
Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan
untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak
ikan.

Ulasan saya: Masyarakat Melayu (Islam) terkenal dengan pelbagai amalan zikir dan doa-doa ketika mengandung. Pelbagai petua orang tua yang andai diamalkan dengan sempurna begitua banyak manfaat dan kelebihan bagi bayi yang lahir. Bayi yang diasuh sejak dari dalam rahim ini akan memiliki fikiran yang cerdas dan sihat. Zaman dahulu perempuan yang mengandung berpantang dengan berbagai perkara. Antaranya, dilarang mengucap perkataan tidak baik, membunuh binatang dan sebagainya. Bapanya juga turut berpantang demi mengelak anak yang lahir mengalami kecacatan akibat perbuatan kita semasa mengandung.

Kita juga biasa mendengar kisah Imam Abu Hanafiah yang amat bijak. Ayahnya apabila ditanya bagaimana mendidik Abu Hanifah menjawap, beliau mendidik anaknya 40 tahun sebelum kelahirannya. Perhatikan juga kisah Syeikh Abdul Qadir Jailani yang masyhur dengan kesah perkahwinan ayahnya Abu Musa dengan seorang gadis bisu, pekak, buta dan cacat seperti diabadikan dalam lagu Rabbani – Cari Pasangan. Juga di zaman moden ini kita boleh lihat perihal kelahiran budak genius bernama Adi Putra. Apa amalan yang ibunya lakukan ketika mengandungkan Adi Putra. Orang Melayu amat dekat dengan Islam umpama Islam itulah Melayu dan Melayu itulah Islam. Jadi , di sini dapat dilihat betapa dalam Islam telah sempurna kaedah mendidik anak ini.

Apabila telah lahir terdapat pelbagai amalan tradisional seperti marhaban, selawat, akikah dan cukur jambul bagi menyambut kelahiran bayi tersebut. Ritual sebegini amat berfaedah kepada masa depan bayi tersebut. Ritual sebegini bukan sahaja menghidupkan jasad si bayi bahkan menghidupkan lagi rohani si bayi dan mengingatkan semula rahsia dan perjalanan kehidupan bagi si bayi. Ayat-ayat Al-Quran adalah suatu bentuk mukjizat yang hebat. Kegunaannya amatlah banyak. Al-Quran mengandungi ilmu hurufiah yang sangat seni sehinggakan mendengar bacaannya pun boleh menggerakkan diri kita, apatah lagi si bayi yang suci murni.

Namun, amatlah dikesalkan apabila amalan sebegini dilabel sesat dan bidaah oleh sesetengah golongan yang tidak mengerti dan dianggap kolot dan buang masa oleh ahli akademik dan saintis.

Dalam tempoh membesar, bayi biasanya didodoikan dengan zikir La ilaha illallah, selawat dan ayat Al Quran sebagainya. Namun hari ini berapa ramai ibubapa melakukannya? Banyaknya menyerahkan kepada pengasuh sepenuhnya. Jadi untuk mengembalikan ’ruh’ Melayu itu perkara ini perlulah sama-sama difikir untuk cuba kita amalkan. Anak-anak yang dididik dengan petua Melayu/Islam akan membesar sebagai seorang yang baik dan terhindar daripada unsur tidak baik.

Bab pemakanan memang amat penting bagi menjamin tumbesaran anak. Dalam Islam siap dengan segala macam kaedah dan amalan berkenaan pemakanan terutamanya dari segi kesucian dan kebersihannya. Kita diwariskan dengan amalan memakan kismis, madu dan sebagainya. Amalan ini adalah warisan orang Melayu yang dikatakan petua orang dahulu. Amalan-amalan ini biasanya adalah hasil kebijaksanaan nenek moyang kita orang Melayu dalam mengadukan dengan petunjuk amalan yang ditinggalkan Rasulullah juga.

A: Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang
Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu
mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka
gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan
biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan,
menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan
bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama
badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan
dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat
jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan
buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan
kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini
akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah
untuk memahami pelajaran disekolah.

US: Saya mengenali seorang lelaki yang saya panggil Atuk, masih kelihatan muda walaupun usia sebenar sudah tua. Ada juga saya bertanya tentang rahsia pemakanan orang Melayu dahulu. Beliau berkata orang dahulu mengamalkan banyak ulam-ulaman dalam menu harian. Setiap bahan masakan daripada tumbuhan adalah daripada sumber berdekatan iaitu biasanya dari kampung itu juga. Jadi kesegaran tumbuhan tersebut adalah amat tinggi. Apabila tumbuhan yang kita makan itu berasal dari tempat tinggal kita, maka kesesuaiannya dengan tubuh badan kita juga tinggi. Seandainya ada suatu penyakit di kawasan tempat tinggal kita itu, maka tumbuhan di situlah juga sebagai penawarnya. Ini sekaligus dapat mengelakkan pula penyakit yang mungkin datang bersama tumbuhan dari kawasan lain.
Orang Melayu dahulu kurang memakan daging melainkan apabila ada majlis keramaian. Mereka lebih gemar masakan kampung berasaskan tumbuhan dan ikan. Kalau diteliti dari segi menu harian masyarakat dahulu, kita akan dapati makanan seharian amat seimbang bahkan ulaman dan sayuran dilebihkan. Daging hanya dijadikan hidangan sekali sekala sahaja. Umum mengetahui kelebihan memakan sayuran yang bersifat alkali berbanding daging yang berasid. Tumbuhan adalah bersifat sejuk dan menenangkan. Manakala daging bersifat panas dan membakar semangat dan syahwat. Ini akan memberi kesan kepada emosi pemakannya. Orang yang banyak memakan tumbuhan akan bersifat lebih tenang dan lebih berjaya mengawal nafsu dan kelakuan berbanding memakan haiwan. Kita biasa mendengar bagi pengamal ajaran tasawuf, dalam proses membersihkan diri dari kekotoran nafsu amarah akan mengamalkan puasa makanan berdarah. Para sufi biasanya berpuasa selama 40 hari, 100 hari bahkan ada yang terusan seumur hidup mereka sebagai jalan mujahadah dan pembersihan diri.

Kembali kepada cerita Atuk tadi, saya juga dipetuakan kaedah mengambil tumbuhan iaitu memberi salam dan meminta izin daripada penjaga tumbuhan iaitu Nabi Allah Ilyas a.s. Setiap sesuatu yang Allah ciptakan ada pemilik dan penjaganya, maka mintalah agar lebih berkat dan sempurna untuk kita. Kemudian semasa memasak juga ada zikir dan amalan tertentu. Amalan-amalan ini biasa kita dengar daripada orang-orang tua. Cubalah tanyakan pada datuk atau nenek kita jika ada kesempatan.


Cukup dulu setakat ini. Akan saya sambung di masa yag lain.

No comments:

Search Engine

Google
BM4