Hari ini kita belajar tentang nasi lemak.
Nasi lemak. Bahannya adalah beras, santan, sedikit garam. Juga cili dan ikan bilis atau telur serta timun dan kacang.
Lihatlah resepi ini. Cukup ringkas namun lengkap dan seimbang. Bukankah Melayu itu bijak dalam mencipta satu masakan yang begitu ringkas tapi seimbang sebegini. Adakah datuk nenek kita dahulu mengaji sehingga ke universiti? Atau mengambil jurusan masakan di mana-mana pusat masakan. Sedangkan anak muda hari ini memasak nasi pun tak reti. Siapa lebih bijak? Kita atau datuk nenek kita?
Sebenarnya post ini ditulis adalah berdasarkan sebuah mimpi saya terdahulu dan tafsirannya. Namun nampaknya isinya tak dapat diteruskan kerana kehilangan idea tiba-tiba. Cuma yang boleh dikatakan seringkas-ringkas nasi lemak mengandungi sebuah cerita yang amat tersirat bagi mereka yang mahu berfikir.
No comments:
Post a Comment