Sunday, November 22, 2009

Sekadar renungan..

FW: FROM EMAIL

Assalamualaikum semua...
Di bawah ini adalah kisah benar yang ingin saya kongsikan bersama dengan sahabat2 di sini. Tujuan nya supaya kita cuba memahami & berfikir sejenak.. Boleh dikatakan sesuai sekali untuk yg bergelar ibu bapa atau bakal ibu bapa :


Assalamualaikum..
Bagaimana rasanya saya ingin memulakan cerita ini ya... Cukuplah rasanya saya dikenali sebagai Aina (bukan nama sebenar saya). Saya dilahirkan di dalam keluarga yang serba kekurangan, miskin & berpindah randah semata-mata mahu mencari rezeki.

Selepas saya dilahirkan, ayah mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai tenaga pengajar. Kemudian ibu & ayah berpindah ke beberapa buah negeri untuk mencari rezeki. Akhirnyamereka menetap di sebuah negeri. Walaupun sudah menetap, tetapi sering bertukar-tukar rumah. Maklum la, ada pun rumah pada ketika itu, tiap kali hujan sahaja rumah akan banjir dan saya yang masih kecil terpaksa diletakkan di atas kerusi. Ayah kata, ibu sering menangis pada waktu itu.

Berpindah ke rumah baru, segala-galanya tampak indah buat saya meskipun pada suatu hari saya terasa lapar. Lalu saya mengajak ayah saya untuk makan. "Mana ada nasi nak makan" ayah saya menjawab kepada saya. "Ada" kata saya. Kemudian saya menarik tangan ayah saya ke dapur dan menunjukkan kerak nasi kepada ayah untuk dimakan bersama-sama. Di saat itu, ayah saya menitiskan air mata. Saya masih kecil pada masa itu, & sukar untuk saya mengertikan kesedihan mahupun kesukaran yang dihadapi oleh kedua orang tua saya.

2 tahun selepas itu, adik saya pun lahir. Kali ini, kami berpindah lagi. Ayah saya sudah mula menceburi bidang bisnes bersama dengan rakan-rakan. Ibu saya pada masa itu masih lagi suri rumah. Saya akui, pada masa saya kecil saya adalah seorang yang selalu nakal & membuat hal. Ini kerana inginkan perhatian daripada ibu saya. Setiap kali adik yang melakukan kesalahan, pasti saya yang akan dipersalahkan & dipukul. Seolah-olah setiap kali pun saya lah yang bersalah. Sehingga la apabila saya berusia 4/5 tahun, suatu hari saya & adik dibawa ke sebuah rumah, dan ibu dan ayah saya pergi meninggalkan saya. Rupa-rupanya kami diletakkan bersama dengan keluarga penjaga. Mereka diupah untuk menjaga kami. Ibu saya ketika itu sudah mula menjadi guru di sebuah sekolah menengah.

Dari sini la bermulanya segala-galanya. Ibu bapa saya sudah semakin sibuk. Semasa di sekolah rendah pun sama sahaja. Setiap kali habis sekolah, saya harus menuju ke rumah penjaga. Di sana saya hanya makan & tunggu untuk diambil oleh kedua orang tua saya. Banyak kekurangan yang dapat saya rasakan pada masa itu. Semasa saya darjah 4, saya bertengkar dengan salah seorang anak penjaga saya. Sejak dari itu, setiap kali habis kelas, saya akan menghabiskan masa petang saya di sekolah (kebetulan pada masa itu keluarga rakan saya yang mengambil tender di kantin). Merayau-rayau di sekeliling sekolah & hanya duduk-duduk di kantin. Sehingga la 1 hari itu, saya memohon kunci rumah daripada kedua orang tua saya(sudah boring menunggu di sekolah). Sejak dari hari itu, saya & adik tidak lagi perlu pergi ke rumah penjaga sebaliknya boleh terus pulang ke rumah.

Melangkah ke sekolah menengah & semakin meningkat remaja, keadaan saya semakin teruk. Saya memilih untuk meneruskan persekolah di kampong yang sama, sebaliknya adik saya memilih untuk belajar di sekolah yang sama dengan ibu saya di Bandar. Bermula la `zaman kegelapan' saya. Mana tidaknya, setiap kali saya pulang ke rumah, saya dapati diri saya sentiasa seorang diri. Setiap hari saya menantikan kepulangan ibu & adik ke rumah yang selalunya pulang pada jam 5 petang. Setiap hari saya merasa kesunyian. Bukan sahaja kesunyian, bahkan kurang diberikan perhatian yang secukupnya oleh ibu saya. Nasib saya agak baik ketika itu kerana ada seorang ayah yang sekali sekala bertanyakan perihal keadaan saya. Setiap kali ibu pulang, tidak pernah dia bertanyakan tentang keadaan saya. Dan saya tidak rapat dengan ibu sebaliknya saya lebih rapat dengan ayah. Lama-kelamaan jiwa saya mulai memberontak. Saya semakin kurang hormatkan ibu saya (kerana dia tidak pernah peduli akan saya). Maka setiap hari pun saya akan berkata-kata dengan nada yang tinggi kepada dia. Ibu saya juga sering menangis kerana perbuatan saya itu.

Perasaan saya setiap kali pun, `kenapa ibu saya tidak sama seperti ibu orang lain?'. Dan setiap kali melihat @ mendengar cerita rakan-rakan berkenaan dengan ibu mereka, saya akan lebih mendiamkan diri sambil hati saya bersedih. Saya sendiri pun tidak mampu untuk menangis di hadapan kedua ibu bapa saya berkenaan dengan hal ini, apatah lagi jika di hadapan rakan-rakan saya. Pengetahuan & aplikasi ilmu agama pada diri saya juga kurang pada ketika itu. Saya dengan Tuhan.... Jauh... Sangat la jauh pada masa itu. Tidak pernah tidak pernah saya memikirkanNya.

Pada suatu hari, ayah saya mula keluar bekerja jauh @ outstation. Hilanglah rakan & teman saya yang selalu bertanyakan perihal saya. Sejak dari itu, jadual harian saya adalah sangat membosankan. Setiap kali pulang dari sekolah, saya akan tutup pintu bilik saya rapat-rapat. Sama ada bermain-main dengan kucing sebagai teman, bercakap dengan cermin ataupun saya yang bertanya saya juga la menjawabnya. Setiap kali balik dari sekolah, saya akan menangis bersama-sama dengan kucing saya. Kedengarannya seperti seorang yang gila bukan.. Bercakap-cakap dengan cermin & sebagainya. Pada masa itu saya tau bahawa saya menghadapi tekanan & masalah yang saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk selesaikan pada masa itu. Dan saya sendiri tidak pernah terfikir mahu menceritakan apa-apa mengenai saya kepada ibu kerana pada masa itu saya anggap `ibu x pernah nak ambil tahu betapa sengsaranya saya'.
Saya sering ibaratkannya seperti `kamu terperangkap di dalam perigi, kamu dapat melihat tali itu, tetapi, kamu tarik-tarik tetap x dapat menggenggam tali itu. Maka berterusanlah kamu di dalamnya'. Begitu la juga situasi saya dan juga ibu. Saya melihat ibu berada di depan saya, tetapi saya tidak dapat merasakannya.. Betapa sakit & sengsaranya jiwa saya pada masa itu. Tetapi saya tetap dengan sikap saya pada masa itu. Saya tidak pernah menangis di hadapan sesiapa untuk itu termasuklah ibu bapa saya sendiri. Sejak ayah selalu kerja jauh & panjat tinggi-tinggi, saya mula berhenti menceritakan masalah saya kepada ayah kerana khuatir dengan keselamatan ayah saya. Jadi tinggallah saya seorang diri. Dengan dunia saya yang sendiri & saya seorang di dalamnya.

Di rumah lain cerita, di sekolah lain pula ceritanya. Di sekolah, saya anak murid kegemaran guru-guru & kadangkala menjadi ketua kelas & pengawas. Rakan- rakan di sekolah mengenali saya sebagai suatu watak yang berbeza. Di sekolah, saya seorang yang agak bijak di dalam pelajaran, dihormati @ disegani, kadang-kadang periang & adakalanya pendiam. Pendek kata, seorang yang tidak bermasalah la & agak `cool' bg rakan-rakan yang lain. Tetapi apabila sahaja saya pulang ke rumah & masuk ke bilik, watak & rupa saya akan berubah. Keadaan atau diri saya yang sebenar hanya dapat ditunjukkan apabila saya di dalam bilik. Apabila saya keluar dari bilik, rupa & watak saya itu akan saya tenggelamkan kerana `saya xingin sesiapa pun tahu termasuklah ibu bapa saya sendiri'. Di dalam keserabutan & gelapnya dunia saya itu, berkali-kali saya bayangkan untuk membunuh diri. Tetapi tiap kali pun akan menjelma `masuk neraka selama-lamanya' di dalam minda saya. Seolah-olah saya sudah tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan hidup. Namun di sebaliknya, saya sentiasa & tidak berhenti-henti mengharapkan rahmat Allah & saya pujuk hati saya supaya niat di hati `teruskan hidup kerana Allah'. Barulah kekuatan itu akan datang kembali & saya selamat daripada perbuatan bunuh diri.

Bayangkan, apabila saya melangkah ke matriks, semua yang lain-lain menangis merindukan ibu masing-masing tetapi saya? Saya hanya menangis merindukan seekor kucing sahaja. Rupa-rupanya seekor kucing pun boleh memiliki tempat yang tinggi di hati saya berbanding dengan ibu saya sendiri pada masa itu.

Nak dikatakan azab & tidak ada amaran @ petunjuk dari Allah tu memang bohong la.. Bilik saya pernah beberapa kali dimasuki oleh ular hitam & kala jengking (xtau la sama ada kebetulan @ tidak tetapi setiap kali pun mesti bilik saya) sehinggakan ibu memerli saya "Haa kak, semua binatang-binatang dalam kubur pun dah masuk dalam bilik ko ni, xkan la xde nak ambik iktibar kot".. Masa tu saya macam, `betul jugak, tapi... saya macam biasa la, selamber je..' Kemudian x lama lepas tu berlaku lagi di dalam hidup saya & memang sampai bila-bila saya xakan lupa.. Saya menggunakan telefon, dah la salah no. Yang hairan tu x de angin, xde ribut, hujan pun xde, tiba-tiba kilat datang menyambar. Apa lagi, dah tentu la saya disambar kilat kan.. Saya pun x sedar masa tu jeritan saya sampai ke rumah jiran-jiran saya. Masa tu saya xdpt merasakan tubuh di sebelah kiri saya, kebas sebelah badan, telinga pun macam pekak @ dah hilang fungsi. Beberapa minit lepas tu baru saya dapat meraskan kembali tubuh saya. Dan saya menuju ke pintu kerana jiran-jiran sudah berada di luar rumah bertanyakan apa yang telah terjadi. Saya hanya menceritakan kejadian itu pada ayah saya di sebelah malamnya.

Ini ada lagi satu. Kelakar.. Bukan apa yang kelakarnya.. Masa itu saya sudah melanjutkan pengajian di Universiti. Dan masa kejadian ini berlaku saya bersama dengan seorang rakan. Kami ingin balik ke rumah sewa, lalu kami menahan sebuah teksi. Apabila teksi ni berhenti di tepi jalan, saya terus melihat pemandunya. Seorang pakcik. Memakai kopiah di kepala, berjubah putih dann... dan.. janggutnya itu. Saya berkata kepada kawan `Eh, macam Nik Aziz la pemandu ni..' Kawan saya pun melihat & berasa lucu sambil mengiyakan pernyataan saya itu. Kitorang naik je teksi tu. Tak kisah pun. Bila di dalam kereta pakcik tu bersembang dengan kami. Mula sembangnya biasa jer, seperti kebanyakan pemandu teksi tetapi tiba-tiba satu ayat atau pernyataan pakcik ni buat saya & kawan saya mcm dipanah petir kat kepala ni. Dia berkata lebih kurang begini seingat saya "Pakcik nak bertanya ni & pakcik nak awak jawab pakcik dengan jujur".. Bunyinya agak serius & tegas. Saya ulangi, tegas! Dia bertanya "awak sembahyang cukup waktu x?" Masa tu kawan dah pandang tempat lain, saya masih lagi terkejut & terpinga-pinga dengan pertanyaan pakcik tersebut. Akhirnya saya menjawab... Tiba-tiba saya x tahu la sama ada saya berangan atau apa, tapi pendengaran & perasaan saya daripada jawapan saya itu menyebabkan pakcik itu seolah-olah bertempik! Saya terkejut. Selepas itu dengan serius dia menasihatkan saya & berpesan jangan sesekali meninggalkan bacaan al-quran di dalam kehidupan kita. Saya seorang diri berkomunikasi dengan pakcik tu. X sampai hati saya x menjawab pada dia, sebab saya memang jenis kesian bila orang bercakap, orang lain semua dah pusing kepala ke tempat lain. Tetapi rakan saya juga mendengar perkataan-perkataan dari pakcik tu. Ingatkan dah selesai kat situ je, turun-turun dari teksi pakcik tu dan setibanya saya di rumah sewa baru saya perasan dompet saya tercicir di dalam teksi pakcik tu. Dah memang takdir kn. Nak dipendekkan cerita, pakcik teksi tu sangat jujur. Saya x datang cari dia, tetapi dia yang datang cari saya & bertanyakan perihal saya kepada orang-orang di sekeliling semata-mata ingin memulangkan dompet & wang saya. Ketika bertemu kali terakhir adalah ketika pakcik itu ingin memulangkan dompet saya dan saya masih ingat "isteri pakcik sampaikan salam, kalau ada masa, jemput la datang ke rumah pakcik".

Terasa sejuk hati pada masa tu. Dalam pada tegas-tegas & garang-garang pakcik tu sebagai seorang yang berpegang teguh pada agamanya, ada juga kelembutannya pada orang seperti saya. Bukan seperti kebanyakan orang lain yang berilmu agama. Sejak dari saat tu saya dah mulai berubah.

X cukup di situ ujian saya. Tidak lama selepas itu saya menjadi `bahan ujian' bagi seorang rakan yang saya gelarkan sebagai J (lelaki). Dia telah membuat perjanjian rahsia dgn Jin dan rakan ini tidak berpuas hati kerana saya tidak mahu menuruti kata-katanya & saya selalu membangkang secara terang-terangan kepada dia sekiranya saya rasakan tidak kena atau sesuai. Jadi dia menggunakan Jin itu untuk menundukkan saya. Pada masa tu bukan sahaja saya, bahkan seluruh keluarga & saudara terganggu akibat Jin yang berdamping dengan saya itu. Asalnya saya pergi ke mana-mana sahaja saya rasa seperti ada yang mengikuti. Apabila melihat cermin, saya merasakan seperti ada suatu susuk tubuh di belakang bersama-sama melihat saya di cermin. Bahkan bila saya nak tidur sahaja saya rasa ada sesuatu yang saya rasa samar-samar untuk dilihat tetapi membelai-belai saya & memeluk erat. Mula-mula saya rasa takut juga. Tetapi lama kelamaan saya dah biasa. Dan saya mengesyaki rakan saya J kerana dia pernah bercerita kepada saya serba sedikit. Saya pun menghantar msg `Eh, tolong la panggil kawan ko ni balik'. Lepas tu rakan tu menjawab saya `bukan saya yang suruh tetapi benda tu sendiri yang nk berada dengan awak & ianya bukan bidang kuasa saya'. Begitu la jawapannya.

Berkawan la saya dengan jin.. hidup bersama-sama.. tidur bersama-sama. Tiap kali nak berubat @ orang nk bawa saya berubat, mereka pasti akan mimpi bermacam-macam. Bila dah lama berkawan & ke sana ke sini bersama, saya pun mula rasa sayang pada Jin itu. Ada sekali pada masa tu, (bunyi nya mcm x masuk akal) saya nk masak & dia meminta mahu makan ayam & mahu saya menggorengkan utknya. Masa itu kami makan bersama- sama tetapi berlainan pinggan. Saya berkata padanya & menegaskan padanya, `ini bukan upacara jamu ke apa ke, pun xde sebab apa-apa. Saje je aku gorengkan ko ayam. Tuan ko adalah J & Tuhan aku 1 sahaja, Allah."

Lama kelamaan makin serius sayangnya Jin ini pada saya. Dia mula menyatakan cemburunya pada lelaki `sekian2' dan nak hidup bersama saya hingga ke akhir hayat. Saya pun xla bodoh sangat pada masa itu saya selambe jer jawab `Habis tu, nak aku kawin dengan ko la? Bukan boleh kawin pun.. Dah la ko tu perempuan.. Nak dapat anak lagi la... lagi la susah'. Setiap kali pun saya akan ulang-ulang ayat yang sama pada Jin ni. "Memang ko sayang aku, mana aku pergi ko ada dengan aku, kalau aku sedih pun ko dengar keluhan aku tetapi sayang... ko baru je hadir x sampai berapa lama dengan aku tetapi Allah?? Allah dah lama ada dengan aku, sayangkan aku, perhatikan aku, mendengar semua keluhan aku. Xkan la kerana ko yang baru sejak dua menjak ni muncul aku nk membuang Allah dari hidup aku? X mungkin... Dan Tuhan aku satu sahaja dari dulu sampai la sekarang, Allah.

Akhirnya benda itu akur dengan segala-gala yang telah ditentukan oleh Allah. Saya terpaksa membuat tidak dengarkannya. Sambil itu saya juga memohon maaf kepadanya kerana bukan lah niat saya sombong atau sebagainya sehingga mahu ia marah kepada saya tetapi dia kena sedar bahawa kami adalah 2 makhluk yang berbeza dari dimensi yang berbeza yang tidak sepatutnya menjadi kawan. Sejak itu dia tidak mengganggu @ bersama dengan saya seperti sebelumnya. Alhamdulillah.. kini saya bebas.

Sekarang ini, bila ditanya balik kepada J, kerana ada rakan-rakan lain yang turut tau mengenai hal itu, dia mengatakan bahawa saya ini gila.. `psycotic sick' katanya.. Saya Cuma boleh menggeleng-gelengkan kepala saya.'Ada juga manusia macam ni dalam dunia'.. Sedangkan dahulu dia sendiri yang mengaku bahawa Jin itu darinya. Kemudian segala tuduhan pergi kepada saya & dia memperlihatkan saya kepada rakan-rakan lain sebagai seorang yang sakit & penipu. Rakan-rakan saya percayakan kata-katanya. Hairan juga.. Apa yang dikatannya pada rakan-rakan, tidak la pula saya bertanya kepada dia mahupun rakan-rakan yang mempercayai ceritanya itu. Saya pula, tidak mahu merumitkan & memanjang-manjangkan lagi perkara yang tidak mendatangkan keuntungan buat saya. Saya pun tidak mahu menyimpan apa-apa perasaan sedih mahupun dendam kerana saya sedar ianya hanya akan menjadi penyakit hati buat saya.

Hari-hari yang saya lalui, sudah banyak yang berubah. Sehingga saya merasakan dahulunya saya umpama mayat yang hidup kerana tidak pernah melakukan apa-apa yang baik untuk diri ini. Hubungan saya dengan ibu? Saya menyayangi ibu saya & saya cuba memahaminya. Barangkali dia tidak mahu saya merasa kesusahan seperti mana yang pernah dialaminya & sikapnya yang tidak berapa ambil peduli itu, rupanya memang adalah sikapnya & sebahagian daripadanya yang tidak mungkin dapat diubahkan. Sekurang-kurangnya saya bernasib baik. Ada yang kurang, ada juga yang lebihnya. Ibu saya sentiasa memaafkan saya & yang paling penting, xpernah sumpah2 saya @ mengeluarkan doa-doa yang boleh membinasakan saya. Kalau x, xtau saya jadi manusia macam mana hari ni.

Apa pun saya mendapatkan pengajaran yang paling bermakna di dalam hidup saya. Iaitu :
-Kehidupan & agama tak dapat dipisahkan

-Sekiranya saya menjadi ibu bapa kelak, saya haruslah menjadi lebih prihatin kepada anak-anak2. Memperkenalkan baik & buruk dunia ni kepada anak-anak supaya mereka tidak tersalah jalan walau di mana juga mereka berada. Meninggalkan anak-anak bersendirian mengenal dunia tanpa memberikan ilmu kepada mereka akan menyebabkan mereka 50:50 daripada terselamat daripada tipu daya dunia.

-Saya tidaklah kesunyian selama ini sebenarnya & saya tidaklah disayangi oleh sesiapa selama ini kerana saya ada 1 yang tidak akan pernah hilang atau pergi dari hidup saya iaitu Allah. Baik atau buruk saya, Hina atau mulia sekalipun, tidak akan ada satu pun yang boleh menerima saya lebih melainkan Dia Yang Maha Mengasihani & Maha Pengampun.

-Saya belajar dahulu di Kuala Lumpur, semasa belajar saya mendapati ada 2 jenis kumpulan di dalam kelas saya. Yang baik-baik & juga dengan yang lalai2. Adapun di antara kedua-dua ini menjauhkan di antara 1 sama lain. Saya pula lebih selesa berada di tengah2. Tidak mahu dikategorikan dlm mana-mana kumpulan. Cuma yang saya dapati & saya hairankan yang baik-baik ini seringkali mengutuk & mengata mengenai perihal orang lain. Sedangkan yang lalai2 ni saya dapati tidak pernah mengata @ mengutuk orang2 baik yang telah mengutuk mereka. Mereka tidaklah lalai sebenarnya kerana mereka bila ditanya, pegangan & pengetahuan mereka itu juga ada berkenaan dengan agama. Bila melihat kepada kumpulan2 yang baik ini, saya sering merasa hairan & saya rasa ada ayat-ayat tertentu di dalam al-Quran yang ditujukan buat mereka. Jadi pokok pangkal adalah hati manusia itu sendiri.

-Saya pernah berjumpa dengan wanita-wanita yang memilih jalan yang saya boleh katakan sebagai `silap' di mata masyarakat. Kerana saya sedar, kita tidak berhak memandang rendah akan seseorang manusia itu sendiri . Sekiranya kita berbuat demikian, Allah akan memandang kita lebih rendah daripada orang yang kita rendahkan itu. Teringat hadis Rasulullah S.A.W. yang berbunyi "Jika ada di antara kalian yang mengatakan `bahawasanya diluar sana terdapat ramai manusia yang rosak akhlaknya', sesungguhnya orang itulah yang paling rosak akhlaknya". Jika ditanya kepada mereka, pasti mereka mahukan hidup yang lebih tenang & bahagia.. Mereka juga mahukan cahaya. Cuma di akhir2 zaman ini macam2 pun berlaku di sana sini. Orang yang berilmu agama @ xtahu la terasa diri alim sangat ke, pasti akan menjauhkan diri daripada mereka-mereka yang kelihatan rosak di pandangan mata mereka ini sedangkan mereka lah yang harus menyayangi & membantu sesama saudara agar masing2 mendapat ilmu, hidayah & redha Allah.

-Penyakit mental adalah masalah & penyakit yang mengancam penduduk dunia kerana ia dijangkakan menjadi penyakit no. 1 di dunia pada masa-masa akan datang. Jadi, sediakan lah diri kita & orang2 yang kita sayang dengan pelbagai persediaan mahupun pertahanan seperti menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan rohani kita..

Tuesday, November 17, 2009

DOA SELAMAT

doa_selamat1.gif (4855 bytes)

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.

Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan, meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.

doa_selamat2.gif (2955 bytes)

 

 

 

Thanks & Best Regards,

Khairil

Khairil Anuar Abdul Halim
Assistant Network & System Administrator

Management Information System (MIS)

Opcom Holdings Berhad

11 Jalan Utas 15/7, 40200 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.
Tel : +603 55195699 Ext:129
Fax : +603 5522 6029

 

Monday, November 16, 2009

Setia Seorang Lelaki



 

http://nanpunya.files.wordpress.com/2009/04/etika-suami-isteri.jpg

Pagi itu klinik sangat sibuk. Sekitar jam 9:30am seorang lelaki berusia 70-an

datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu-jarinya. Aku menyiapkan peralatan

dan memintanya menunggu, sebab semua dokter masih sibuk, mungkin dia baru

dapat dirawat  setidaknya 1 jam lagi.

Sewaktu menunggu, lelaki tua itu nampak gelisah, sebentar-sebentar melihat ke jam

tangannya. Aku merasa kasihan. Jadi ketika sedang sibuk aku cuba untuk memeriksa

lukanya, dan nampaknya cukup baik dan kering, tinggal membuka jahitan dan memasang

balutan baru. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar, sehingga atas persetujuan dokter,

aku putuskan untuk melakukannya sendiri..

Sambil merawat lukanya, aku bertanya apakah dia punya janji lain hingga tampak

terburu-buru. Lelaki tua itu menjawab tidak, dia hendak ke satu tempat untuk makan

tengahari  bersama istrinya, seperti yang dilakukannya sehari-hari. Dia menceritakan

bahwa istrinya sudah dirawat di sana sejak beberapa waktu dan istrinya mengidap

penyakit Alzheimer.

Lalu kutanya apakah istrinya akan marah kalau dia datang terlambat. Dia menjawab

bahwa istrinya sudah tidak lagi dapat mengenalinya sejak 5 tahun terakhir. Aku sangat

terkejut dan berkata, ?Dan pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun istri pakcik

tidak kenal lagi?? Dia tersenyum ketika tangannya menepuk tanganku sambil berkata, ?

Dia memang tidak mengenali saya, tapi saya masih mengenali dia, kan?

Aku terus menahan air mata sampai pakcik itu pergi, aku kagum. Cinta kasih seperti

itulah yang aku mau dalam hidupku?

Cinta sesungguhnya tidak bersifat fisik atau romantis. Cinta sejati adalah menerima

apa adanya yang terjadi saat ini, yang sudah terjadi, yang akan terjadi, dan yang

tidak akan pernah terjadi.

Bagiku pengalaman ini menyampaikan satu pesan penting: Orang yang paling

berbahagia tidaklah harus memiliki segala sesuatu yang terbaik, mereka hanya

berbuat yang terbaik dengan apa yang mereka miliki.

Hidup ini bukanlah hanya menghadapi badai,

tapi bagaimana tetap menari di tengah hujan.?



--
Jangan menampal dunia
dengan mengoyakkan akhirat.

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...
 




Sunday, November 15, 2009

Serunding babi..sudah tiba di pasaran

 

Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia.

 

Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.

 

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi

dalam lima jenama.

 

"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.

 

Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:

  • Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
  • Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
  • Abon/dendeng sapi asli cap ACC
  • Dendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
  • Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).

 

Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benaratau tidak tercatat pengeluarnya.

Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta. MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.

 

 

Thanks & Best Regards,

Khairil

Khairil Anuar Abdul Halim
Assistant Network & System Administrator

Management Information System (MIS)

Opcom Holdings Berhad

11 Jalan Utas 15/7, 40200 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.
Tel : +603 55195699 Ext:129
Fax : +603 5522 6029

 

Thursday, November 05, 2009

Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana

----- Forwarded Message ----
From: MOHD Z <elyha_87@yahoo.com.my>
To: dunia_islam@yahoogroups.com
Sent: Wed, November 4, 2009 7:04:09 PM
Subject: [dunia_islam] Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana

Assalamualaikum
Saya dan rakan2 sering ke cafe Old Town White Coffee duduk minum dan
bincang hal business.

Bila melihatkan kemajuan perniagaan mereka ada keinginan utk memulakan
perniagaan ala franchise seperti syarikat Old Town White Coffee.. Rakan kami telah
berhubung dan berjumpa dengan pengusaha Old Town White Coffee untuk mendapatkan peluang franchisee daripada syarikat mereka dengan modal sendiri di rumah kedai yg kami miliki di
lokasi strategik.

Alangkah terkejutnya kami ialah jawapan dari pihak pengusaha franchise
tersebut adalah
"KAMI TIDAK BERI PELUANG INI KEPADA ORANG MELAYU ISLAM UNTUK BERNIAGA"

Walhal yang memenuhkan tempat dan saling berkunjung untuk makam minum
di cafe ini rata rata kami lihat adalah orang Melayu Islam kita.
Kita sering dengar kesama-rataan peluang yang di berikan oleh pihak
kerajaan dan sering di tuntut hak mereka oleh bangsa Cina di Malaysia.

Dari apa yang kami alami dapat di buat kesimpulan bahawa apa yang
bangsa asing pentingkan adalah perniagaan mereka dan monopoli bidang dan menidakan peluang kepada orang Melayu Islam tetapi menuntut hak sama dan membuat untung dari orang Melayu.

Lihat lah pekerja mereka semuanya pekerja asing dari Myanmar yang
bukan Islam dan tiada pekerja bangsa Melayu Islam di Old Town White Coffee.

Nasihat kami wahai orang Melayu Islam dan kami sendiri hindarilah dari
berkunjung ke Old Town White Coffee kerana mereka bukan memikirkan kejayaan sama bangsa Malaysia tetapi mereka Anti Islam..
Fikir-fikir lah..
Salam

" Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana "

*petikan diterima dari seorang teman..
Jika anda sayangkan Islam,foward mesej ini kepada teman2 anda.
Jika anda sokong yahudi,abaikan saja mesej ini.




Wednesday, November 04, 2009

Cuci MInda


Salam semua,


Mengubati tubuh yang sakit dengan ubat-ubatan. Mengubati jiwa
dengan perasaan kesedaran, latihan dan pergaulan dengan orang-
orang soleh. Sifat-sifat kehinaan yang merupakan penyakit hati.
1- Seperti penyakit bodoh dapat diubati dengan tekun belajar.
2- Penyakit kedekut dengan bersikap pemurah.
3- Penyakit sombong atau takabur dengan jalan merendahkan diri.
4- Penyakit rakus dengan menahan nafsu.

Orang yang ingin menyembuhkan jiwanya dari penyakit hati, perlu
mengharungi kepahitan dan kesabaran. Penyakit tubuh akan segera
lenyap apabila kita meninggal dunia, tetapi penyakit hati akan kekal
sehingga kita mati dan akibatnya akan dideritai buat selamanya. dan
diakhirat nanti pasti tiada terlepas. Semuga kita dilindungi oleh ALLAH
dari perkara-perkara yang menyebabkan kita kerugian, mahu pun di-
dunia dan diakhirat nanti.

"ALLAH s.a.w berfirman,yang bermaksud,
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya,
(untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu;
Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
"
(Surah An-Naziat:40- 41)

Dalam sebuah hadith disebutkan,yang bermaksud:
" Rasulullah s.a.w melarang dari berkata-kata sesuatu
yang belum pasti, mensia-siakan harta dan banyak
bertanya."
( Bukhari & Muslim)


Selesaikan masalah kesihatan anda dengan produk terhangat dipasaran. MURAH dan BERKESAN.
http://nzimenoni.blogspot.com

Emas dan Wanita


'Besi berharga' jadi buruan sejak berzaman terus digilai hingga kini

TIADA sebarang kenyataan rasmi mengenai emas yang perlu dikaitkan dengan wanita, namun masyarakat sejak dulu memperakui emas adalah barang paling akrab dengan golongan hawa itu kerana tanpa secalit kilauan emas pada wanita, penampilan mereka dirasakan seperti tidak sempurna.

Bahkan, pepatah hanya jauhari mengenal manikam wajar ditujukan kepada wanita kerana lazimnya mereka arif mengenai 'kelas' barang kemas terutama jika dinilai dari sudut pertukangan, potongan batu dan nilai batu yang digunakan sama ada serasi atau tidak dengan mereka.

Walau seribu tahun akan datang, emas tetap menjadi pilihan wanita kerana kerlipan emas mampu menaikkan seri wanita, melonjakkan nilai kewanitaan pemakai dan meletakkan wanita dalam keadaan selesa untuk tampil yakin.

Hakikatnya, kerlipan emas dikatakan menjadi tarikan sejak beribu tahun dulu, malah ketika itu barang kemas yang diperbuat daripada emas bukan saja menghiasi wanita, bahkan lelaki. Lebih banyak seseorang itu memakai barang kemas, lebih tinggi darjatnya di kalangan masyarakat.

Begitu pun, kedatangan Islam menetapkan bahawa lelaki tidak dibenarkan memakai emas menyebabkan kegunaannya lebih cenderung untuk wanita dan kekal ke hari ini.

Antara mitos popular membabitkan emas, bandar purba di lembah Amazon, Brazil yang dikatakan diperbuat sepenuhnya daripada emas dan diketuai wanita. Walaupun sehingga kini tiada siapa dapat mengesahkan cerita itu, bandar mistik berkenaan popular hingga ke hari ini dan menjadi buruan penjarah harta karun kerana tiada siapa tahu lokasi sebenarnya.

Selain itu, kaum Inca di Peru yang dikatakan rakyatnya disaluti emas turut menjadikan emas sebagai barang keperluan sehinggakan ada cerita yang mengatakan masih banyak lagi harta karun masyarakat yang sudah pupus daripada bumi itu, tersembunyi.

Zaman silih berganti, apabila konsep perdagangan diperkenalkan, emas menjadi antara mata wang utama masyarakat ketika itu untuk berdagang kerana keunikannya. Hari ini, emas masih lagi kekal diminati masyarakat dan di Malaysia, wanita Kelantan antara golongan yang dikatakan pencinta barang kemas itu.

Kecenderungan itu dilihat apabila kebanyakan wanita di negeri Cik Siti Wan Kembang menyuburkan budaya pemakaian barang kemas diperbuat daripada emas sehingga ada yang berjenaka 'tangan dan leher wanita Kelantan sentiasa disaluti perhiasan emas' bagi menggambarkan minat mereka.

Sebenarnya bukan saja wanita di Kelantan, sebaliknya wanita Pulau Pinang juga antara pencinta emas. Bukan seurat dua, bahkan penuh di leher dan tangan dihiasi gelang besar atau rantai emas panjang bersaiz besar.

Bagi mereka yang meminati emas, pembelian barang kemas tidak dianggap suatu pembaziran sebaliknya pelaburan kerana jika keadaan terdesak, barang kemas berkenaan boleh dijual balik terutama ketika harga emas meningkat.

Pelengkap penampilan

Bagi Nor Rilly Azmi Hashim, Zaharah Tan Sri CM Hashim dan Toh Puan Zakiah Che Din, perhiasan daripada emas sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada mereka sejak dulu kerana yakin perhiasan berkenaan menjadi sebahagian daripada aksesori yang melengkapkan penampilan mereka khususnya dan wanita lain secara amnya.

Dilahirkan di Pulau Pinang pada 1939, Zaharah kali pertama memakai set perhiasan emas ialah ketika majlis perkahwinan beliau. Set barang kemas berkenaan dihadiahkan bapanya kepada beliau memandangkan beliau menghadapi hari penting dalam kehidupan untuk bergelar isteri.

"Ketika itu saya berusia 17 tahun. Bapa membeli satu set barang kemas seperti rantai leher, cincin, gelang dan subang untuk dipakai pada hari perkahwinan saya.

"Mungkin memikirkan saya sudah dewasa dan bakal memasuki gerbang perkahwinan, bapa memberi hadiah barang kemas kepada saya. Sebenarnya beliau memberikan semua anak perempuannya hadiah barang kemas kerana kami akan memakainya," katanya ketika ditemui di ruang pameran saudagar barang kemas Habib di Ampang Point, baru-baru ini.

Pendapat Zaharah disokong Nor Rilly yang juga gemar memakai barang kemas dalam bentuk set kerana baginya, alang-alang memakai barang kemas, biarlah tampil sedondon dan tidak caca-marba.

Menggemari perhiasan lama seperti intan, Nor Rilly tidak begitu cerewet mengenai reka bentuk kerana menganggap cita rasa setiap individu adalah berbeza, justeru beliau menghargai sama ada barang kemas berkenaan dihasilkan mengikut potongan klasik atau kontemporari.

"Sebagai peminat barang kemas, saya tidak kisah mengenai potongan tetapi sudah tentu himpunan yang lama lebih digemari kerana ia susah untuk diperoleh selain seni pertukangan barang kemas dulu dan kini jauh berbeza.

"Lagipun saya tidak menunggu musim promosi untuk membeli barang kemas kerana ketika promosi lazimnya ramai wanita menyerbu kedai emas, jadi saya tidak selesa untuk memilih atau melihat barang yang dipamerkan. Lebih baik saya datang ketika orang tidak ramai, mudah untuk saya membuat pilihan terhadap barang kemas yang dicari," katanya.

Antara nama yang diberikan kepada bentuk potongan dan pertukangan barang kemas klasik ialah buah kana, cincin kapal terbang, matahari, anggur, potong wajik, rantai sauh, subang penyapu, bunga cengkih, tampuk manggis dan pelbagai lagi yang diambil daripada unsur alam.

"Saya dan keluarga sejak dulu memilih saudagar permata Habib sekiranya ingin membeli barang kemas kerana yakin dengan mutu yang ditawarkan kepada pelanggan. Ringkasnya, reka bentuk barang kemas di Habib memenuhi cita rasa pelbagai peringkat usia.

"Begitupun, saya ada juga mengunjungi saudagar emas yang lain untuk melihat reka bentuk dan pertukangan kerana setiap tukang berbeza hasil kerjanya. Saya juga tidak kisah sama ada membeli barang kemas siap atau terpaksa merekabentuk sendiri mengikut kehendak kerana apa yang penting, kita akan membeli sekiranya kita minat dengan sesuatu barangan itu," katanya.

Bagi Zakiah pula, beliau melihat barang kemas sebagai suatu aksesori yang berupaya membawa elemen positif kepada wanita selain cantik dipandang, barang kemas juga boleh menjadi topik perbincangan utama.



Keunikan emas:



Air rendaman emas dikatakan mampu menaikkan seri wajah sekiranya anda mengamalkan membasuh muka dengan air berkenaan.


Emas juga sering digunakan dalam persolekan dan rawatan wajah. Ada salun spa memperkenalkan rawatan wajah berteraskan emas kepada pelanggan yang ingin menaikkan seri wajah.


Pada zaman Firaun, segala harta benda termasuklah emas akan dikebumikan bersama tuan punya hak milik kerana emas dianggap sebagai barang berharga yang wajar dibawa bersama oleh pemiliknya.


Lantaran kuasa emas, ada individu yang taksub dengan kecantikan wajah memasukkan susuk diperbuat daripada emas pada wajah mereka walaupun hal ini diharamkan dalam Islam.


Terdapat pelbagai panggilan untuk emas antaranya emas paun, emas kuning, emas merah dan emas putih yang setiap jenis mempunyai nilai berbeza.


Emas 916 sesuai digandingkan dengan batu permata seperti kecubung, delima, zamrud dan nilam, tapi tidak boleh digandingkan dengan berlian kerana ia menenggelamkan seri dan kilau berlian yang bersifat karbon itu.
 


http://nzimenoni.blogspot.com





Tuesday, November 03, 2009

Rahsia Berkawan Dengan Orang Berjaya.

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan, pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda.

Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.Oleh itu, untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang berjaya juga.

Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti mereka dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti yang mengkagumkan. Personaliti ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Anda juga boleh melakukan perkara yang serupa.
 


http://nzimenoni.blogspot.com




Sunday, November 01, 2009

Berdua Memang Lebih Baik Tapi Bukan Dgn Bukan Muhrim


 

Bismillah,

Saya terjumpa satu artikel. Saya maklum, dunia tanpa batasan kini telah menyebabkan kebanyakan dari kita benar2 lupakan batasan. Sedangkan ALLAH SWT tidak bersifat double standard. Sama ada kita ingat atau tidak kepada batasan itu, hukum tetap hukum. Maka jika kita bertindak melanggarnya maka, terimalah balasannya cepat atau lewat.

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat ".
QS. an-Nur (24) : 30

"Jangan kamu menghampiri perzinaan kerana sesungguhnya zina adalah perbuatan yang kotor dan cara yang sangat tidak baik." (al-Isra': 32)

Kesalahan berkhalwat adalah diperuntukkan di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah di setiap negeri. Ianya dinyatakan di bawah seksyen 27 Enakmen (Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997) yang berbunyi:

"(1) mana-mana (a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri ataumahramnya; atau (b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya; di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya."

Walau dalam keadaan apa sekalipun elakkanlah daripada berdua2an walaupun untuk pekerjaan sekalipun. Tak perlulah kita mendabik dada mengatakan, "Aku boleh lagi nak kawal nafsu nii..aku kan bini orang.." No way, sebab sllnya syaitan akan datang dengan membawa dialog yang lebih kurang di bawah :
  • Bestnya kalu laki aku hensem mcm polan ni
  • Nape la dia ni dulu tak ngorat aku
  • Kalau laki aku cakap lemah lembut mcm ni kan seronok sikit hidup
Itu dari sisi bini orang, jika anda laki orang pulak, manalah tahu terselit di hati anda :
  • Hai..kalau bini aku gebu macam polanah ni kan bagus
  • Alahai, manja pulak polanah ni
  • Asyik senyum aje polanah ni, sedap mata memandang
Dan kalau anda belum kawin, anda akan rasa meremang2 yang sukar ditafsir bila saling mendekati. Tak kiralah pasangan anda itu sudah berkahwin atau belum. Perasaan meremang2 ini cukup untuk memberitahu bahawa anda sedang mendekati zina. Kadangkala akan hadir pula bisikan, yang meminta anda jauh tapi ada satu asakan lain yang menidakkan bisikan itu.

Bisikan itu adalah iman anda yang masih terselit dalam diri dan jiwa anda. Sepatutnya bisikan inilah yang perlu anda turut demi menyelamatkan iman anda itu. Tetapi jika anda memenangkan asakan yang menidakkan bisikan itu, hanya kerana hanyut dalam rasa meremang2 yang enak itu, maka syaitan sedang memandu anda.

ALLAH itu Maha Tahu kawan2...malah Dia tahu apa yang akan kita lakukan. Bukan hanya apa yang kita sedang lakukan dalam pengetahuanNya. Marilah sama2 berdoa semoga kita dapat menjauhi dari berdua2an dengan orang yang tidak2....terutama buat yang ber'kapel', sorry to say but I have to...

Andai telah jatuh hati, pilihlah segera untuk bernikah...itu akan menyebabkan jiwa kita lebih tenang. Tapi janganlah pula selepas mendapat yang halal, anda didik nafsu anda untuk menjadi liar dengan makan luar....Jauhkan diri dari perbuatan yang mendekati zina, bukan sekadar untuk diri anda, tetapi untuk pasangan anda dan anak2...buat yang bujang, bukan untuk diri anda tetapi untuk keluarga dan bakal suami anda serta anak2 anda juga. Kerana dosa zina mungkin akan menghukum seluruh keturunan anda jika tidak dibetulkan.

Semoga ALLAH melindungi kami dan keluarga kami..amin...








Friday, October 30, 2009

Mutiara kata untuk seorang bergelar da'ie


~ Jangan cuba-cuba bermimpikan Syurga, andai hati memandang sepi ibadah.. jangan berani mengaku berjuang, andai diri lena dibuai nafsu dunia..

~ sekuat mana pun DUGAAN yang kita hadapi, sebesar apa pun KEGAGALAN yang kita rasai, sesusah mana pun HARI-HARI yang kita lalui.. jangan pernah berhenti harap pada pertolongan ILAHI, jangan pernah berhenti berdoa pada RABBI, kerana DOA adalah HARAPAN, dan HARAPAN adalah MASA HADAPAN, kerana HARAPAN adalah sumber KEKUATAN, dan kerana DOA adalah PINTU KEBAIKAN dan DOA adalah SENJATA orang BERIMAN..

~Muhasabah mesti diteruskan. Tarbiyah mesti dimantapkan, agar menjadi satu binaan Muhafazoh yang kukuh. kekurangan makanan rohani di kalangan pendokong Islam akan membuatkan iri syaitan menjelma.

~Bila bersandar pada makhluk-NYA, tika berpisah rasa kehilangan, tika terasing rasa ditinggalkan, jiwa menderita, gelisah sentiasa.. Bila bersandar hanya pada Tuhan, merasai cukup hanya dengan-NYA, ALLAH sentiasa ada dalam jiwa, biar terlihat tidak punya apa, tapi hati kaya dengan rasa, rasa kasih dan cinta ILAHi, menjadi cahaya penyejuk jiwa..

~untungnya menjadi org mukmin,smkin musibah melanda smkin mustajab doanya…bukan perjuangan tanpa kesulitan…tapi dlm kesulitan ada ketenangan…menguji kekuatan…kita tidak sendirian…hidup demi Allah…mati kerana Allah.biarpun jalannya berliku…namun noktahnya tetap sama ",

"Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini."


~bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yang mencipta segalanya,yang menimpakan ujian.menjadikan sakit  hatimu,yang membuatkan keinginanmu terhalang.serta menyusahkan hidupmu.pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja utk sesuatu yang sia-sia,bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu,retaknya hatimu,tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yg sebeginilah yg selalunya lebih lunak dan mudah utk dekat dan akrab dgn-Nya

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.


~Sedarlah wahai insan, ketulusan budi penghias peribadi,kemanisan iman sumber keindahan,kesabaran hati benteng nafsu keduniaan. Walau hari ini kita sering ditinggalkan teman seperjuangan ingatlah yang kita masih berTuhan,selami hati dan perasaan tepis keegooan bina ketaqwaan. Insya-Allah akidah akan berkekalan ~

Buatmu mujahidah solehah…kekadang kita merasa lemah dan kepenatan melalui lorong ini,hujan panas silih berganti namun x semendung hati mereka yang mengerti makna perjuangan….bersabarlah teman,hari ini kau diuji namun adakah DIA membiarkan dirimu berterusan begini,ALLAH rindukan tangis dan tawakalmu kerana kita Cuma hambaNYA yang sering kali melakukan khilaf.tapi jangan pernah dalam hatimu merasa lemah dan berputus asa kerana penguatmu ALLAH jua…kapadaNYA jualah kita berharap….


~ kadang-kadang tarbiah buat kita lemah tapi tarbiah juga buat kita kuat,kekadanng tarbiah buat kita penat,malah tarbiah juga buat kita puas.kenapa dikeluhkan resah? Kenapa dinaungi lemah? Bukankah Allah janjikan syurga sebagai tukaran segala perit? Bersyukurlah kita diberi peluang untuk bekerja dengan BOSS yang paling pemurah.seringkali langkah lemah kerana rengekan nafsu.seringkali air mata mengalir kerana tekanan jiwa yang keletihan dan jiwa lemah kerana tapak hati yang kian haus dari rahmat Allah.Duhai ansorullah,jangan mudah mengalah,jangan biar karat-karat jemu  menghitami orak mindamu,jangan benarkan girang kemalasan melabuhi hatimu,jangan izin raja nafsu memerintahi jiwamu,teruslah melangkah,teruslah mujahadah,teruslah berjuang dalam sebuah kemenangan sehingga dirimu lemas dalam lautan syahid senyumlah pada mehnah yang datang ~


Kekuatan sebenar seorang mukmin ialah apabila ia bersandar sepenuhnya dan segalanya kepada ALLAH s.w.t,menjadikannya manusia yang tidak kenal putus asa dan kecewa, tidak takutkan cabaran dan kegagalan. Disebalik semua inilah ketenangan dan lapang dada,kemanisan iman yang sebenar


Sometimes kita berdoa utk kuat tp kenapa byk dugaan???

Sometimes kita berdoa utk minta cerdik tp masalah pula yang timbul???

Sometimes kita minta kebahagiaan tp huru hara pula….

Dugaan menjadikan mental kita kuat,masalah menjadikan kita berfikir,huru hara menjadikan kita tabah. Hebat tak ALLAH? Semua ada hikmah…kalaulah manusia tahu hadis ini: "telah berkata jibril wahai tuhan,engkau sampaikanlah hajat hambaMu,maka ALLAH menjawab: biarkan hambaKu itu, kerana AKU mencintai suaranya…

Berdoalah….







Monday, October 26, 2009

Gempa di Indonesia tertulis dalam Al Quran



Subhanallah, mari kita sama sama cek di Al Quran peristiwa :

 

Gempa di Tasik jam 15.04 (surat 15 al hijr ayat 04)

Gempa di Padang jam 17.16 (surat 17 Al Isra' ayat 16 )

Gempa susulan di Padang - Bengkulu jam 17.58 (surat 17 Al Isra' ayat 58)

Gempa di Jambi Kerinci jam 8.52 (surat 8 Al Anfal ayat 52)

 

 

Gempa di Tasik jam 15.04

(surat 15 al hijr ayat 04)


[4]
Dan tiadalah Kami binasakan (penduduk) sesebuah negeri melainkan ada baginya tempoh yang tertentu dan termaklum.

 

Gempa di Padang jam 17.16

(surat 17 Al Isra' ayat 16 )

 

[16]
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

 

Gempa susulan di Padang - Bengkulu jam 17.58

(surat 17 Al Isra' ayat 58)

 

[58]
Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz).

 

Gempa di Jambi Kerinci jam 8.52

(surat 8 Al Anfaal ayat 52)

[52]
(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya. Jambi Kerinci jam 8.52 (surat 8 Al Anfal ayat 52)



Monday, October 12, 2009

SIAPAKAH MUJADDID ATAU MURSYID

SIAPAKAH MUJADDID ATAU MURSYID
Mujaddid di dalam bahasa Arab ialah pembaharuan atau orang yang membuat pembaharuan.
Mujaddid yang dikehendaki di sini ialah seorang pemimpin Islam yang tinggi takwanya. Ia lahir pada awal kurun. Kepimpinannya mampu menghidupkan kembali semangat Islam dan dapat meningkatkan amalan umat Islam.

Sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya Allah membangkitkan bagi umat Islam seorang mujaddid yang membaharui agama Islam pada setiap awal kurun.” Sedarkah kita bahawa sekarang kita telah berada di awal kurun. Siapakah mujaddid pada kurun yang lepas dan pada kurun ini? Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah supaya mendapat bimbingan guru mursyid atau mujaddid.

Persoalannya adakah mereka yang masih kekal puntung-puntung api neraka di mulutnya ( rokok ) masih boleh dipanggil mursyid atau mujaddid? Adakah mereka yang baru hendak digeletek sudah melatah boleh dipanggil mursyid atau mujaddid? Di sini saya datangkan beberapa sifat seorang mujaddid atau mursyid. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

SIFAT-SIFAT ORANG MUJADDID
Paling alim pada zamannya. Kealimannya bertaraf mujtahid. Beliau alim masalah agama dan hal-hal keduniaan, kerohanian, jiwa ( psikologi ), sahsiah dan sebagainya.
Berani luar biasa. Tidak takut pada ancaman puak kufur dan munafik.
Paling menonjol sifat takwanya. Bukan setakat dirinya sahaja, malahan pada murid-muridnya juga terserlah ketakwaannya.

Sangat zuhud terhadap dunia. Walaupun ia duduk dengan harta, kemewahan atau bercampur dengan ahli-ahli dunia ( orang kaya ) tetapi hatinya tetap dengan Allah dan akhlaknya tetap dengan Rasulullah s.a.w

Lidah dan mata penanya tajam serta berpandangan jauh.
Syarahannya di dengar dan memberi kesan kepada masyarakat.
Membawa hujah yang sukar dikalahkan oleh musuh dan memberi kekuatan kepada kawan.
Allah S.W.T. membantu dengan keramat dan ma’unnah.
Sentiasa berjuang dengan lisan dan tangan. Sentiasa memimpin murid-muridnya dan ramai orang dengan amalan yang membawa hampir kepada Allah S.W.T.
Sebagai obor bagi umat Islam pada zamannya.
Menyedarkan kembali ulamak-ulamak yang sedang lalai terhadap tanggungjawab mereka.
Ditakuti oleh lawan dan dihormati oleh kawan.
Mempunyai pengikut dan orang yang simpati kepadanya.
Kepimpinannya mempunyai kesan kepada jiwa, fikiran dan sikap masyarakat.
Mujaddid itu sendiri adalah wali Allah S.W.T.

CARA-CARA UNTUK BERTEMU MUJADDID
Mencari mujaddid bukan seperti kita mencari ilmu di dalam kitab-kitab. Mencari mujaddid adalah melalui amalan dan penyerahan kepada Allah S.W.T. Hati sentiasa mengingati Allah S.W.T. dan Rasulullah s.a.w. Kita tidak akan berjumpa dengan mujaddid ( mursyid ) hanya dengan keilmuan tanpa penyerahan kepada Allah S.W.T.
Selawat ialah salah satu jalan untuk bertemu dan menjadi murid kepada mursyid dan mujaddid. Kemudian hendaklah melakukan solat hajat. Pada rakaat yang pertama selepas Fatihah, baca Ayatul Kursyi. Pada rakaat kedua selepas Fatihah, baca A’man Rasul.
Selepas salam teruskan berzikir dan berdoa kepada Allah S.W.T. memohon supaya mendapat bimbingan mursyid.

Sunday, October 11, 2009

Death rate in Malaysia 4 times the Global case

 

 

Why is A (H1N1) death rate in Malaysia four times the global case fatality rate?

The best defense against the H1N1 flu is to increase your immune system. CLICK HERE

Drinking enough water & getting enough rest (sleep) is important as well as getting a balanced diet.  

P.S. Drink coconut water as well.

  Health Minister, Datuk Liow Tiong Lai should explain why Malaysia’s A (H1N1) death rate is four times the global case fatality rate.

Malaysia ’s death toll from A (H1N1) flu has topped 56 since the first fatality three weeks ago.

Below I have calculated the mortality rates for the following countries, based on reported number of confirmed H1N1 cases, as of 13 August 2009. Some countries like Singapore have ceased to report on total cases, where their current reports are on the number of patients still receiving treatment in hospitals. Some countries have yet to report their most updated total number of cases, hence I have given their numbers as of the date in brackets below. The number of deaths are as of 13 August.

The following are a comparison of Malaysia ’s A (H1N1) flu fatality rate with other countries based on confirmed cases and deaths made public yesterday:

Country

Deaths

Total Confirmed Cases

Mortality rate(%)

Hong Kong

4

6,417

0.0623

Indonesia

3

812 (11 Aug)

0.3695

Malaysia

51

2,955

1.7259

Philippines

8

3,207 (30 July)

0.2495

Singapore

10

3,071 (11 July)

0.3256

Thailand

97

8,877 (2 Aug)

1.092

Vietnam

2

1,275

0.157

Australia

102

28,987

0.3519

New Zealand

14

2,984 (11 Aug)

0.469

The influenza A (H1N1) mortality rate in Malaysia is close to 2% instead of the 0.1% to 0.4% as estimated by the Health Ministry. It reflects an unusual phenomenon. Without finding out the crux of the problem, assuming that 5 million of people are infected, probably 100,000 of them will die, instead of 5,000 to 28,000 as estimated by the World Health Organization (WHO).

Full and satisfactory explanations are warranted from Liow.

 

To improve your health and immune system CLICK HERE.

 

 

Search Engine

Google
BM4