Sunday, November 01, 2009

Berdua Memang Lebih Baik Tapi Bukan Dgn Bukan Muhrim


 

Bismillah,

Saya terjumpa satu artikel. Saya maklum, dunia tanpa batasan kini telah menyebabkan kebanyakan dari kita benar2 lupakan batasan. Sedangkan ALLAH SWT tidak bersifat double standard. Sama ada kita ingat atau tidak kepada batasan itu, hukum tetap hukum. Maka jika kita bertindak melanggarnya maka, terimalah balasannya cepat atau lewat.

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat ".
QS. an-Nur (24) : 30

"Jangan kamu menghampiri perzinaan kerana sesungguhnya zina adalah perbuatan yang kotor dan cara yang sangat tidak baik." (al-Isra': 32)

Kesalahan berkhalwat adalah diperuntukkan di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah di setiap negeri. Ianya dinyatakan di bawah seksyen 27 Enakmen (Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997) yang berbunyi:

"(1) mana-mana (a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri ataumahramnya; atau (b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya; di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya."

Walau dalam keadaan apa sekalipun elakkanlah daripada berdua2an walaupun untuk pekerjaan sekalipun. Tak perlulah kita mendabik dada mengatakan, "Aku boleh lagi nak kawal nafsu nii..aku kan bini orang.." No way, sebab sllnya syaitan akan datang dengan membawa dialog yang lebih kurang di bawah :
  • Bestnya kalu laki aku hensem mcm polan ni
  • Nape la dia ni dulu tak ngorat aku
  • Kalau laki aku cakap lemah lembut mcm ni kan seronok sikit hidup
Itu dari sisi bini orang, jika anda laki orang pulak, manalah tahu terselit di hati anda :
  • Hai..kalau bini aku gebu macam polanah ni kan bagus
  • Alahai, manja pulak polanah ni
  • Asyik senyum aje polanah ni, sedap mata memandang
Dan kalau anda belum kawin, anda akan rasa meremang2 yang sukar ditafsir bila saling mendekati. Tak kiralah pasangan anda itu sudah berkahwin atau belum. Perasaan meremang2 ini cukup untuk memberitahu bahawa anda sedang mendekati zina. Kadangkala akan hadir pula bisikan, yang meminta anda jauh tapi ada satu asakan lain yang menidakkan bisikan itu.

Bisikan itu adalah iman anda yang masih terselit dalam diri dan jiwa anda. Sepatutnya bisikan inilah yang perlu anda turut demi menyelamatkan iman anda itu. Tetapi jika anda memenangkan asakan yang menidakkan bisikan itu, hanya kerana hanyut dalam rasa meremang2 yang enak itu, maka syaitan sedang memandu anda.

ALLAH itu Maha Tahu kawan2...malah Dia tahu apa yang akan kita lakukan. Bukan hanya apa yang kita sedang lakukan dalam pengetahuanNya. Marilah sama2 berdoa semoga kita dapat menjauhi dari berdua2an dengan orang yang tidak2....terutama buat yang ber'kapel', sorry to say but I have to...

Andai telah jatuh hati, pilihlah segera untuk bernikah...itu akan menyebabkan jiwa kita lebih tenang. Tapi janganlah pula selepas mendapat yang halal, anda didik nafsu anda untuk menjadi liar dengan makan luar....Jauhkan diri dari perbuatan yang mendekati zina, bukan sekadar untuk diri anda, tetapi untuk pasangan anda dan anak2...buat yang bujang, bukan untuk diri anda tetapi untuk keluarga dan bakal suami anda serta anak2 anda juga. Kerana dosa zina mungkin akan menghukum seluruh keturunan anda jika tidak dibetulkan.

Semoga ALLAH melindungi kami dan keluarga kami..amin...








No comments:

Search Engine

Google
BM4