Sunday, November 22, 2009

Sekadar renungan..

FW: FROM EMAIL

Assalamualaikum semua...
Di bawah ini adalah kisah benar yang ingin saya kongsikan bersama dengan sahabat2 di sini. Tujuan nya supaya kita cuba memahami & berfikir sejenak.. Boleh dikatakan sesuai sekali untuk yg bergelar ibu bapa atau bakal ibu bapa :


Assalamualaikum..
Bagaimana rasanya saya ingin memulakan cerita ini ya... Cukuplah rasanya saya dikenali sebagai Aina (bukan nama sebenar saya). Saya dilahirkan di dalam keluarga yang serba kekurangan, miskin & berpindah randah semata-mata mahu mencari rezeki.

Selepas saya dilahirkan, ayah mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai tenaga pengajar. Kemudian ibu & ayah berpindah ke beberapa buah negeri untuk mencari rezeki. Akhirnyamereka menetap di sebuah negeri. Walaupun sudah menetap, tetapi sering bertukar-tukar rumah. Maklum la, ada pun rumah pada ketika itu, tiap kali hujan sahaja rumah akan banjir dan saya yang masih kecil terpaksa diletakkan di atas kerusi. Ayah kata, ibu sering menangis pada waktu itu.

Berpindah ke rumah baru, segala-galanya tampak indah buat saya meskipun pada suatu hari saya terasa lapar. Lalu saya mengajak ayah saya untuk makan. "Mana ada nasi nak makan" ayah saya menjawab kepada saya. "Ada" kata saya. Kemudian saya menarik tangan ayah saya ke dapur dan menunjukkan kerak nasi kepada ayah untuk dimakan bersama-sama. Di saat itu, ayah saya menitiskan air mata. Saya masih kecil pada masa itu, & sukar untuk saya mengertikan kesedihan mahupun kesukaran yang dihadapi oleh kedua orang tua saya.

2 tahun selepas itu, adik saya pun lahir. Kali ini, kami berpindah lagi. Ayah saya sudah mula menceburi bidang bisnes bersama dengan rakan-rakan. Ibu saya pada masa itu masih lagi suri rumah. Saya akui, pada masa saya kecil saya adalah seorang yang selalu nakal & membuat hal. Ini kerana inginkan perhatian daripada ibu saya. Setiap kali adik yang melakukan kesalahan, pasti saya yang akan dipersalahkan & dipukul. Seolah-olah setiap kali pun saya lah yang bersalah. Sehingga la apabila saya berusia 4/5 tahun, suatu hari saya & adik dibawa ke sebuah rumah, dan ibu dan ayah saya pergi meninggalkan saya. Rupa-rupanya kami diletakkan bersama dengan keluarga penjaga. Mereka diupah untuk menjaga kami. Ibu saya ketika itu sudah mula menjadi guru di sebuah sekolah menengah.

Dari sini la bermulanya segala-galanya. Ibu bapa saya sudah semakin sibuk. Semasa di sekolah rendah pun sama sahaja. Setiap kali habis sekolah, saya harus menuju ke rumah penjaga. Di sana saya hanya makan & tunggu untuk diambil oleh kedua orang tua saya. Banyak kekurangan yang dapat saya rasakan pada masa itu. Semasa saya darjah 4, saya bertengkar dengan salah seorang anak penjaga saya. Sejak dari itu, setiap kali habis kelas, saya akan menghabiskan masa petang saya di sekolah (kebetulan pada masa itu keluarga rakan saya yang mengambil tender di kantin). Merayau-rayau di sekeliling sekolah & hanya duduk-duduk di kantin. Sehingga la 1 hari itu, saya memohon kunci rumah daripada kedua orang tua saya(sudah boring menunggu di sekolah). Sejak dari hari itu, saya & adik tidak lagi perlu pergi ke rumah penjaga sebaliknya boleh terus pulang ke rumah.

Melangkah ke sekolah menengah & semakin meningkat remaja, keadaan saya semakin teruk. Saya memilih untuk meneruskan persekolah di kampong yang sama, sebaliknya adik saya memilih untuk belajar di sekolah yang sama dengan ibu saya di Bandar. Bermula la `zaman kegelapan' saya. Mana tidaknya, setiap kali saya pulang ke rumah, saya dapati diri saya sentiasa seorang diri. Setiap hari saya menantikan kepulangan ibu & adik ke rumah yang selalunya pulang pada jam 5 petang. Setiap hari saya merasa kesunyian. Bukan sahaja kesunyian, bahkan kurang diberikan perhatian yang secukupnya oleh ibu saya. Nasib saya agak baik ketika itu kerana ada seorang ayah yang sekali sekala bertanyakan perihal keadaan saya. Setiap kali ibu pulang, tidak pernah dia bertanyakan tentang keadaan saya. Dan saya tidak rapat dengan ibu sebaliknya saya lebih rapat dengan ayah. Lama-kelamaan jiwa saya mulai memberontak. Saya semakin kurang hormatkan ibu saya (kerana dia tidak pernah peduli akan saya). Maka setiap hari pun saya akan berkata-kata dengan nada yang tinggi kepada dia. Ibu saya juga sering menangis kerana perbuatan saya itu.

Perasaan saya setiap kali pun, `kenapa ibu saya tidak sama seperti ibu orang lain?'. Dan setiap kali melihat @ mendengar cerita rakan-rakan berkenaan dengan ibu mereka, saya akan lebih mendiamkan diri sambil hati saya bersedih. Saya sendiri pun tidak mampu untuk menangis di hadapan kedua ibu bapa saya berkenaan dengan hal ini, apatah lagi jika di hadapan rakan-rakan saya. Pengetahuan & aplikasi ilmu agama pada diri saya juga kurang pada ketika itu. Saya dengan Tuhan.... Jauh... Sangat la jauh pada masa itu. Tidak pernah tidak pernah saya memikirkanNya.

Pada suatu hari, ayah saya mula keluar bekerja jauh @ outstation. Hilanglah rakan & teman saya yang selalu bertanyakan perihal saya. Sejak dari itu, jadual harian saya adalah sangat membosankan. Setiap kali pulang dari sekolah, saya akan tutup pintu bilik saya rapat-rapat. Sama ada bermain-main dengan kucing sebagai teman, bercakap dengan cermin ataupun saya yang bertanya saya juga la menjawabnya. Setiap kali balik dari sekolah, saya akan menangis bersama-sama dengan kucing saya. Kedengarannya seperti seorang yang gila bukan.. Bercakap-cakap dengan cermin & sebagainya. Pada masa itu saya tau bahawa saya menghadapi tekanan & masalah yang saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk selesaikan pada masa itu. Dan saya sendiri tidak pernah terfikir mahu menceritakan apa-apa mengenai saya kepada ibu kerana pada masa itu saya anggap `ibu x pernah nak ambil tahu betapa sengsaranya saya'.
Saya sering ibaratkannya seperti `kamu terperangkap di dalam perigi, kamu dapat melihat tali itu, tetapi, kamu tarik-tarik tetap x dapat menggenggam tali itu. Maka berterusanlah kamu di dalamnya'. Begitu la juga situasi saya dan juga ibu. Saya melihat ibu berada di depan saya, tetapi saya tidak dapat merasakannya.. Betapa sakit & sengsaranya jiwa saya pada masa itu. Tetapi saya tetap dengan sikap saya pada masa itu. Saya tidak pernah menangis di hadapan sesiapa untuk itu termasuklah ibu bapa saya sendiri. Sejak ayah selalu kerja jauh & panjat tinggi-tinggi, saya mula berhenti menceritakan masalah saya kepada ayah kerana khuatir dengan keselamatan ayah saya. Jadi tinggallah saya seorang diri. Dengan dunia saya yang sendiri & saya seorang di dalamnya.

Di rumah lain cerita, di sekolah lain pula ceritanya. Di sekolah, saya anak murid kegemaran guru-guru & kadangkala menjadi ketua kelas & pengawas. Rakan- rakan di sekolah mengenali saya sebagai suatu watak yang berbeza. Di sekolah, saya seorang yang agak bijak di dalam pelajaran, dihormati @ disegani, kadang-kadang periang & adakalanya pendiam. Pendek kata, seorang yang tidak bermasalah la & agak `cool' bg rakan-rakan yang lain. Tetapi apabila sahaja saya pulang ke rumah & masuk ke bilik, watak & rupa saya akan berubah. Keadaan atau diri saya yang sebenar hanya dapat ditunjukkan apabila saya di dalam bilik. Apabila saya keluar dari bilik, rupa & watak saya itu akan saya tenggelamkan kerana `saya xingin sesiapa pun tahu termasuklah ibu bapa saya sendiri'. Di dalam keserabutan & gelapnya dunia saya itu, berkali-kali saya bayangkan untuk membunuh diri. Tetapi tiap kali pun akan menjelma `masuk neraka selama-lamanya' di dalam minda saya. Seolah-olah saya sudah tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan hidup. Namun di sebaliknya, saya sentiasa & tidak berhenti-henti mengharapkan rahmat Allah & saya pujuk hati saya supaya niat di hati `teruskan hidup kerana Allah'. Barulah kekuatan itu akan datang kembali & saya selamat daripada perbuatan bunuh diri.

Bayangkan, apabila saya melangkah ke matriks, semua yang lain-lain menangis merindukan ibu masing-masing tetapi saya? Saya hanya menangis merindukan seekor kucing sahaja. Rupa-rupanya seekor kucing pun boleh memiliki tempat yang tinggi di hati saya berbanding dengan ibu saya sendiri pada masa itu.

Nak dikatakan azab & tidak ada amaran @ petunjuk dari Allah tu memang bohong la.. Bilik saya pernah beberapa kali dimasuki oleh ular hitam & kala jengking (xtau la sama ada kebetulan @ tidak tetapi setiap kali pun mesti bilik saya) sehinggakan ibu memerli saya "Haa kak, semua binatang-binatang dalam kubur pun dah masuk dalam bilik ko ni, xkan la xde nak ambik iktibar kot".. Masa tu saya macam, `betul jugak, tapi... saya macam biasa la, selamber je..' Kemudian x lama lepas tu berlaku lagi di dalam hidup saya & memang sampai bila-bila saya xakan lupa.. Saya menggunakan telefon, dah la salah no. Yang hairan tu x de angin, xde ribut, hujan pun xde, tiba-tiba kilat datang menyambar. Apa lagi, dah tentu la saya disambar kilat kan.. Saya pun x sedar masa tu jeritan saya sampai ke rumah jiran-jiran saya. Masa tu saya xdpt merasakan tubuh di sebelah kiri saya, kebas sebelah badan, telinga pun macam pekak @ dah hilang fungsi. Beberapa minit lepas tu baru saya dapat meraskan kembali tubuh saya. Dan saya menuju ke pintu kerana jiran-jiran sudah berada di luar rumah bertanyakan apa yang telah terjadi. Saya hanya menceritakan kejadian itu pada ayah saya di sebelah malamnya.

Ini ada lagi satu. Kelakar.. Bukan apa yang kelakarnya.. Masa itu saya sudah melanjutkan pengajian di Universiti. Dan masa kejadian ini berlaku saya bersama dengan seorang rakan. Kami ingin balik ke rumah sewa, lalu kami menahan sebuah teksi. Apabila teksi ni berhenti di tepi jalan, saya terus melihat pemandunya. Seorang pakcik. Memakai kopiah di kepala, berjubah putih dann... dan.. janggutnya itu. Saya berkata kepada kawan `Eh, macam Nik Aziz la pemandu ni..' Kawan saya pun melihat & berasa lucu sambil mengiyakan pernyataan saya itu. Kitorang naik je teksi tu. Tak kisah pun. Bila di dalam kereta pakcik tu bersembang dengan kami. Mula sembangnya biasa jer, seperti kebanyakan pemandu teksi tetapi tiba-tiba satu ayat atau pernyataan pakcik ni buat saya & kawan saya mcm dipanah petir kat kepala ni. Dia berkata lebih kurang begini seingat saya "Pakcik nak bertanya ni & pakcik nak awak jawab pakcik dengan jujur".. Bunyinya agak serius & tegas. Saya ulangi, tegas! Dia bertanya "awak sembahyang cukup waktu x?" Masa tu kawan dah pandang tempat lain, saya masih lagi terkejut & terpinga-pinga dengan pertanyaan pakcik tersebut. Akhirnya saya menjawab... Tiba-tiba saya x tahu la sama ada saya berangan atau apa, tapi pendengaran & perasaan saya daripada jawapan saya itu menyebabkan pakcik itu seolah-olah bertempik! Saya terkejut. Selepas itu dengan serius dia menasihatkan saya & berpesan jangan sesekali meninggalkan bacaan al-quran di dalam kehidupan kita. Saya seorang diri berkomunikasi dengan pakcik tu. X sampai hati saya x menjawab pada dia, sebab saya memang jenis kesian bila orang bercakap, orang lain semua dah pusing kepala ke tempat lain. Tetapi rakan saya juga mendengar perkataan-perkataan dari pakcik tu. Ingatkan dah selesai kat situ je, turun-turun dari teksi pakcik tu dan setibanya saya di rumah sewa baru saya perasan dompet saya tercicir di dalam teksi pakcik tu. Dah memang takdir kn. Nak dipendekkan cerita, pakcik teksi tu sangat jujur. Saya x datang cari dia, tetapi dia yang datang cari saya & bertanyakan perihal saya kepada orang-orang di sekeliling semata-mata ingin memulangkan dompet & wang saya. Ketika bertemu kali terakhir adalah ketika pakcik itu ingin memulangkan dompet saya dan saya masih ingat "isteri pakcik sampaikan salam, kalau ada masa, jemput la datang ke rumah pakcik".

Terasa sejuk hati pada masa tu. Dalam pada tegas-tegas & garang-garang pakcik tu sebagai seorang yang berpegang teguh pada agamanya, ada juga kelembutannya pada orang seperti saya. Bukan seperti kebanyakan orang lain yang berilmu agama. Sejak dari saat tu saya dah mulai berubah.

X cukup di situ ujian saya. Tidak lama selepas itu saya menjadi `bahan ujian' bagi seorang rakan yang saya gelarkan sebagai J (lelaki). Dia telah membuat perjanjian rahsia dgn Jin dan rakan ini tidak berpuas hati kerana saya tidak mahu menuruti kata-katanya & saya selalu membangkang secara terang-terangan kepada dia sekiranya saya rasakan tidak kena atau sesuai. Jadi dia menggunakan Jin itu untuk menundukkan saya. Pada masa tu bukan sahaja saya, bahkan seluruh keluarga & saudara terganggu akibat Jin yang berdamping dengan saya itu. Asalnya saya pergi ke mana-mana sahaja saya rasa seperti ada yang mengikuti. Apabila melihat cermin, saya merasakan seperti ada suatu susuk tubuh di belakang bersama-sama melihat saya di cermin. Bahkan bila saya nak tidur sahaja saya rasa ada sesuatu yang saya rasa samar-samar untuk dilihat tetapi membelai-belai saya & memeluk erat. Mula-mula saya rasa takut juga. Tetapi lama kelamaan saya dah biasa. Dan saya mengesyaki rakan saya J kerana dia pernah bercerita kepada saya serba sedikit. Saya pun menghantar msg `Eh, tolong la panggil kawan ko ni balik'. Lepas tu rakan tu menjawab saya `bukan saya yang suruh tetapi benda tu sendiri yang nk berada dengan awak & ianya bukan bidang kuasa saya'. Begitu la jawapannya.

Berkawan la saya dengan jin.. hidup bersama-sama.. tidur bersama-sama. Tiap kali nak berubat @ orang nk bawa saya berubat, mereka pasti akan mimpi bermacam-macam. Bila dah lama berkawan & ke sana ke sini bersama, saya pun mula rasa sayang pada Jin itu. Ada sekali pada masa tu, (bunyi nya mcm x masuk akal) saya nk masak & dia meminta mahu makan ayam & mahu saya menggorengkan utknya. Masa itu kami makan bersama- sama tetapi berlainan pinggan. Saya berkata padanya & menegaskan padanya, `ini bukan upacara jamu ke apa ke, pun xde sebab apa-apa. Saje je aku gorengkan ko ayam. Tuan ko adalah J & Tuhan aku 1 sahaja, Allah."

Lama kelamaan makin serius sayangnya Jin ini pada saya. Dia mula menyatakan cemburunya pada lelaki `sekian2' dan nak hidup bersama saya hingga ke akhir hayat. Saya pun xla bodoh sangat pada masa itu saya selambe jer jawab `Habis tu, nak aku kawin dengan ko la? Bukan boleh kawin pun.. Dah la ko tu perempuan.. Nak dapat anak lagi la... lagi la susah'. Setiap kali pun saya akan ulang-ulang ayat yang sama pada Jin ni. "Memang ko sayang aku, mana aku pergi ko ada dengan aku, kalau aku sedih pun ko dengar keluhan aku tetapi sayang... ko baru je hadir x sampai berapa lama dengan aku tetapi Allah?? Allah dah lama ada dengan aku, sayangkan aku, perhatikan aku, mendengar semua keluhan aku. Xkan la kerana ko yang baru sejak dua menjak ni muncul aku nk membuang Allah dari hidup aku? X mungkin... Dan Tuhan aku satu sahaja dari dulu sampai la sekarang, Allah.

Akhirnya benda itu akur dengan segala-gala yang telah ditentukan oleh Allah. Saya terpaksa membuat tidak dengarkannya. Sambil itu saya juga memohon maaf kepadanya kerana bukan lah niat saya sombong atau sebagainya sehingga mahu ia marah kepada saya tetapi dia kena sedar bahawa kami adalah 2 makhluk yang berbeza dari dimensi yang berbeza yang tidak sepatutnya menjadi kawan. Sejak itu dia tidak mengganggu @ bersama dengan saya seperti sebelumnya. Alhamdulillah.. kini saya bebas.

Sekarang ini, bila ditanya balik kepada J, kerana ada rakan-rakan lain yang turut tau mengenai hal itu, dia mengatakan bahawa saya ini gila.. `psycotic sick' katanya.. Saya Cuma boleh menggeleng-gelengkan kepala saya.'Ada juga manusia macam ni dalam dunia'.. Sedangkan dahulu dia sendiri yang mengaku bahawa Jin itu darinya. Kemudian segala tuduhan pergi kepada saya & dia memperlihatkan saya kepada rakan-rakan lain sebagai seorang yang sakit & penipu. Rakan-rakan saya percayakan kata-katanya. Hairan juga.. Apa yang dikatannya pada rakan-rakan, tidak la pula saya bertanya kepada dia mahupun rakan-rakan yang mempercayai ceritanya itu. Saya pula, tidak mahu merumitkan & memanjang-manjangkan lagi perkara yang tidak mendatangkan keuntungan buat saya. Saya pun tidak mahu menyimpan apa-apa perasaan sedih mahupun dendam kerana saya sedar ianya hanya akan menjadi penyakit hati buat saya.

Hari-hari yang saya lalui, sudah banyak yang berubah. Sehingga saya merasakan dahulunya saya umpama mayat yang hidup kerana tidak pernah melakukan apa-apa yang baik untuk diri ini. Hubungan saya dengan ibu? Saya menyayangi ibu saya & saya cuba memahaminya. Barangkali dia tidak mahu saya merasa kesusahan seperti mana yang pernah dialaminya & sikapnya yang tidak berapa ambil peduli itu, rupanya memang adalah sikapnya & sebahagian daripadanya yang tidak mungkin dapat diubahkan. Sekurang-kurangnya saya bernasib baik. Ada yang kurang, ada juga yang lebihnya. Ibu saya sentiasa memaafkan saya & yang paling penting, xpernah sumpah2 saya @ mengeluarkan doa-doa yang boleh membinasakan saya. Kalau x, xtau saya jadi manusia macam mana hari ni.

Apa pun saya mendapatkan pengajaran yang paling bermakna di dalam hidup saya. Iaitu :
-Kehidupan & agama tak dapat dipisahkan

-Sekiranya saya menjadi ibu bapa kelak, saya haruslah menjadi lebih prihatin kepada anak-anak2. Memperkenalkan baik & buruk dunia ni kepada anak-anak supaya mereka tidak tersalah jalan walau di mana juga mereka berada. Meninggalkan anak-anak bersendirian mengenal dunia tanpa memberikan ilmu kepada mereka akan menyebabkan mereka 50:50 daripada terselamat daripada tipu daya dunia.

-Saya tidaklah kesunyian selama ini sebenarnya & saya tidaklah disayangi oleh sesiapa selama ini kerana saya ada 1 yang tidak akan pernah hilang atau pergi dari hidup saya iaitu Allah. Baik atau buruk saya, Hina atau mulia sekalipun, tidak akan ada satu pun yang boleh menerima saya lebih melainkan Dia Yang Maha Mengasihani & Maha Pengampun.

-Saya belajar dahulu di Kuala Lumpur, semasa belajar saya mendapati ada 2 jenis kumpulan di dalam kelas saya. Yang baik-baik & juga dengan yang lalai2. Adapun di antara kedua-dua ini menjauhkan di antara 1 sama lain. Saya pula lebih selesa berada di tengah2. Tidak mahu dikategorikan dlm mana-mana kumpulan. Cuma yang saya dapati & saya hairankan yang baik-baik ini seringkali mengutuk & mengata mengenai perihal orang lain. Sedangkan yang lalai2 ni saya dapati tidak pernah mengata @ mengutuk orang2 baik yang telah mengutuk mereka. Mereka tidaklah lalai sebenarnya kerana mereka bila ditanya, pegangan & pengetahuan mereka itu juga ada berkenaan dengan agama. Bila melihat kepada kumpulan2 yang baik ini, saya sering merasa hairan & saya rasa ada ayat-ayat tertentu di dalam al-Quran yang ditujukan buat mereka. Jadi pokok pangkal adalah hati manusia itu sendiri.

-Saya pernah berjumpa dengan wanita-wanita yang memilih jalan yang saya boleh katakan sebagai `silap' di mata masyarakat. Kerana saya sedar, kita tidak berhak memandang rendah akan seseorang manusia itu sendiri . Sekiranya kita berbuat demikian, Allah akan memandang kita lebih rendah daripada orang yang kita rendahkan itu. Teringat hadis Rasulullah S.A.W. yang berbunyi "Jika ada di antara kalian yang mengatakan `bahawasanya diluar sana terdapat ramai manusia yang rosak akhlaknya', sesungguhnya orang itulah yang paling rosak akhlaknya". Jika ditanya kepada mereka, pasti mereka mahukan hidup yang lebih tenang & bahagia.. Mereka juga mahukan cahaya. Cuma di akhir2 zaman ini macam2 pun berlaku di sana sini. Orang yang berilmu agama @ xtahu la terasa diri alim sangat ke, pasti akan menjauhkan diri daripada mereka-mereka yang kelihatan rosak di pandangan mata mereka ini sedangkan mereka lah yang harus menyayangi & membantu sesama saudara agar masing2 mendapat ilmu, hidayah & redha Allah.

-Penyakit mental adalah masalah & penyakit yang mengancam penduduk dunia kerana ia dijangkakan menjadi penyakit no. 1 di dunia pada masa-masa akan datang. Jadi, sediakan lah diri kita & orang2 yang kita sayang dengan pelbagai persediaan mahupun pertahanan seperti menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan rohani kita..

No comments:

Search Engine

Google
BM4