Salam semua,
Mengubati tubuh yang sakit dengan ubat-ubatan. Mengubati jiwa dengan perasaan kesedaran, latihan dan pergaulan dengan orang- orang soleh. Sifat-sifat kehinaan yang merupakan penyakit hati. 1- Seperti penyakit bodoh dapat diubati dengan tekun belajar. 2- Penyakit kedekut dengan bersikap pemurah. 3- Penyakit sombong atau takabur dengan jalan merendahkan diri. 4- Penyakit rakus dengan menahan nafsu. Orang yang ingin menyembuhkan jiwanya dari penyakit hati, perlu mengharungi kepahitan dan kesabaran. Penyakit tubuh akan segera lenyap apabila kita meninggal dunia, tetapi penyakit hati akan kekal sehingga kita mati dan akibatnya akan dideritai buat selamanya. dan diakhirat nanti pasti tiada terlepas. Semuga kita dilindungi oleh ALLAH dari perkara-perkara yang menyebabkan kita kerugian, mahu pun di- dunia dan diakhirat nanti.
"ALLAH s.a.w berfirman,yang bermaksud, Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. " (Surah An-Naziat:40- 41)Dalam sebuah hadith disebutkan,yang bermaksud: " Rasulullah s.a.w melarang dari berkata-kata sesuatu yang belum pasti, mensia-siakan harta dan banyak bertanya." ( Bukhari & Muslim)
|
No comments:
Post a Comment