Monday, October 12, 2009

SIAPAKAH MUJADDID ATAU MURSYID

SIAPAKAH MUJADDID ATAU MURSYID
Mujaddid di dalam bahasa Arab ialah pembaharuan atau orang yang membuat pembaharuan.
Mujaddid yang dikehendaki di sini ialah seorang pemimpin Islam yang tinggi takwanya. Ia lahir pada awal kurun. Kepimpinannya mampu menghidupkan kembali semangat Islam dan dapat meningkatkan amalan umat Islam.

Sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya Allah membangkitkan bagi umat Islam seorang mujaddid yang membaharui agama Islam pada setiap awal kurun.” Sedarkah kita bahawa sekarang kita telah berada di awal kurun. Siapakah mujaddid pada kurun yang lepas dan pada kurun ini? Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah supaya mendapat bimbingan guru mursyid atau mujaddid.

Persoalannya adakah mereka yang masih kekal puntung-puntung api neraka di mulutnya ( rokok ) masih boleh dipanggil mursyid atau mujaddid? Adakah mereka yang baru hendak digeletek sudah melatah boleh dipanggil mursyid atau mujaddid? Di sini saya datangkan beberapa sifat seorang mujaddid atau mursyid. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

SIFAT-SIFAT ORANG MUJADDID
Paling alim pada zamannya. Kealimannya bertaraf mujtahid. Beliau alim masalah agama dan hal-hal keduniaan, kerohanian, jiwa ( psikologi ), sahsiah dan sebagainya.
Berani luar biasa. Tidak takut pada ancaman puak kufur dan munafik.
Paling menonjol sifat takwanya. Bukan setakat dirinya sahaja, malahan pada murid-muridnya juga terserlah ketakwaannya.

Sangat zuhud terhadap dunia. Walaupun ia duduk dengan harta, kemewahan atau bercampur dengan ahli-ahli dunia ( orang kaya ) tetapi hatinya tetap dengan Allah dan akhlaknya tetap dengan Rasulullah s.a.w

Lidah dan mata penanya tajam serta berpandangan jauh.
Syarahannya di dengar dan memberi kesan kepada masyarakat.
Membawa hujah yang sukar dikalahkan oleh musuh dan memberi kekuatan kepada kawan.
Allah S.W.T. membantu dengan keramat dan ma’unnah.
Sentiasa berjuang dengan lisan dan tangan. Sentiasa memimpin murid-muridnya dan ramai orang dengan amalan yang membawa hampir kepada Allah S.W.T.
Sebagai obor bagi umat Islam pada zamannya.
Menyedarkan kembali ulamak-ulamak yang sedang lalai terhadap tanggungjawab mereka.
Ditakuti oleh lawan dan dihormati oleh kawan.
Mempunyai pengikut dan orang yang simpati kepadanya.
Kepimpinannya mempunyai kesan kepada jiwa, fikiran dan sikap masyarakat.
Mujaddid itu sendiri adalah wali Allah S.W.T.

CARA-CARA UNTUK BERTEMU MUJADDID
Mencari mujaddid bukan seperti kita mencari ilmu di dalam kitab-kitab. Mencari mujaddid adalah melalui amalan dan penyerahan kepada Allah S.W.T. Hati sentiasa mengingati Allah S.W.T. dan Rasulullah s.a.w. Kita tidak akan berjumpa dengan mujaddid ( mursyid ) hanya dengan keilmuan tanpa penyerahan kepada Allah S.W.T.
Selawat ialah salah satu jalan untuk bertemu dan menjadi murid kepada mursyid dan mujaddid. Kemudian hendaklah melakukan solat hajat. Pada rakaat yang pertama selepas Fatihah, baca Ayatul Kursyi. Pada rakaat kedua selepas Fatihah, baca A’man Rasul.
Selepas salam teruskan berzikir dan berdoa kepada Allah S.W.T. memohon supaya mendapat bimbingan mursyid.

14 comments:

Zul said...

alhamdulillah...

Syukur dan salawat atas baginda rasul serta kaum keluarganya dan sahabat2nya.

Atan said...

Masa dah tiba untuk mujaddid tu datang.. tak lama lagi.. kemelut yg melanda adalah asbab utk menaikkan beliau..

nantikan...

http://rijalul-ghaib.blogspot.com

Zul_Q said...

Aku tak setuju yang datang tu seorang Mujaddid.Bagi aku Mujaddid hanya akan memporak-peranda kan lagi umat islam.

Apa jaminan Mujaddid akan membuat penyatuan pada Firkah dan Akidah? Sedangkan setiap Mujaddid ada Tajdid yang akan di bawanya.

Bertambah Tajdid /Pembaharuan hanya akan memeningkan lagi kepala umat yang dah sedia pening dengan sogokkan berjuta-juta hukum-hakam, yang dah lah berbeza-beza pada setiap mazhab malah memunculkan lagi puluhan kelompok dalam Islam.

Belum ada jaminan yang kukuh tentang setiap mazhab itu akan menuntun orang pada kebenaran.Nak lagi mujaddid.... maka bertambah lah lagi Tajdid,bila bertambah tajdid maka akan bertambah pula kelompok baru dan perpecahan yang lebih rumit lagi.Perpecahan adalah assabiyah.

Rasullullah saw bersabda:"Bukan dari golongan Ku orang yang menyeru pada assabiyah,juga orang yang berperang atas dasar assabiyah serta orang yang mati atas dasar assabiyah tersebut"( riwayat Abu Dawud)

Sabda Baginda yang lain:Barang siapa yang mati atas panji-panji kesesatan,menyeru atas dasar assabiyah atau menolongnya maka matinya adalah dalam keadaan Jahilliah"(riwayat Muslim)

Apa pun brand dan jenama Tajdidnya,Reformasi ke,Transformasi ke,Pembaharuan ke,Renainssence ke,Revolusi ke,Evolusi ke,M'ssia boleh,Satu M'ssia,Pencerahan ke,Enlightenment ke.....kalau ia satu tajdid tetap takkan bawa kemana-mana.

fikirkanlah wahai mahkluk berkepala.

salam...

Anonymous said...

Aku pun tak setuju....rimas aku.Entah mana satu nak ikut nanti....kalau tak ikut nanti mulalah nak menkafirkan orang.

Contoh mudah dulu apa yang kes kecoh dulu tu....arqam ke, rupaka ke...menyusahkan Melayu yang dah sedia susah je.Mula2 sikit punya gah,beriya-iya,Lepastu bertaubat ramai2.Ksihan aku ngan pak turutnya dengan budak2.

azam....

Syirfan said...

Aku cadangkan kita booomm... saje Malaysia ni lepas tu biar Allah ganti dengan bangsa yang baru....hahahaha!

radikal skit pendapat dari aku ni.

lang.... said...

Betul kata Zul_Q:..

ada gak ularmak nak bawa Islam yang asli kononnya tapi nak bawa Tajdid sekali.Kalau tajdid datang sekali serentak dengan yang Islam Asli ...mana lojiknya.Mesti yang Islam Asli itu akan terubah olih Tajdid yang di bawa tu.Gerenti Islam tu dah tak asli lagi.

itulah bahana kalau nak sangat tajdid dan mujjaddid.

Army View said...

Sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya Allah membangkitkan bagi umat Islam seorang mujaddid yang membaharui agama Islam pada setiap awal kurun.” Sedarkah kita bahawa sekarang kita telah berada di awal kurun. Siapakah mujaddid pada kurun yang lepas dan pada kurun ini? Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah supaya mendapat bimbingan guru mursyid atau mujaddid.

(Qoute dari artikal)
.......................

korang baca betul-betul hadis tu,bukankah Allah akan bangkitkan setiap awal kurun seorang Mujaddid....lagi kaorang nak bantah...terima jer lah.

lang..... said...

Saudara Army View....kau lah yang ken fahamkan betul-betul jangan pandai baca je.

Allah kata Mujadid tu pada awal kurun sahaja.Sekarang ni bukan awal kurun lagi tapi awal millinium atau alaf.Alaf 2000 masihi dengan awal alaf 1400 H(baru 30 tahun berlalu iaitu 1430H).Maknanya baru masuk awal alaf masihi dan melepasi awal alaf hijarah.

Mujaddid tak berada pada awal alaf Bang (setiap 1000 tahun).Mujadid hanya setiap 100 tahun.

harap kau faham.

Anonymous said...

habis tuuuu....kau nak tunggu siapa wahai belalang.Pak Majid ker kau nak tunggu....he he heh!!!

lang.... said...

setiap Seribu tahun itulah yang di panggil Khalifah....faham tak?

Sempena dengan akhir zaman maka Khalifah akhir zaman yang akan muncul Shahibuzaman Al Mahdi.

Ada kau bangkang???

Army View said...

Entahlah nak kata salah nanti ..ada gak betulnya kata kau ni.

Ada tak hadis ke dallil ke yang mengatakan Imam Mahdi akan muncul tahun alaf hijrah ke atau tahun sekitarnya....

Unknown said...

Apakah dunia ini kekal????
Yg hidup pasti mati!!!!
Tidak yakin itu tidak apa bv kamu,tapi jangan menghukum,
Adakah kamu tahu bila datangnya mujadid berlakunya porak peranda, kamu bukan Allah swt, yg tahu sesuatu yg belum datang, merujuk pada satu bab sudah menghukum satu yg dusta, contoh org tangkap pencuri terus pukul, tapi kesahihan pencuri itu belum dihakimi.. renungkanlah

Unknown said...

Bercakap biar kita faham ..
Setiap 1 abad akan ada 1 mujadid, yg ditulis itu tersurat,
Macam2 org boleh tulis..
Kita pi sekolah pasaipa semua xdapat AAAAAA.
PASAL BENDA DAH TERSURAT,
MASING2 PADA AKAL, YG TERSIRAT ITU XBOLEH UBAHA SUAI,PASAL DARI AZALI DAH TERSIRAT, PAKAI AKAL YG TERSIRAT MEMANG KELAM, CERITA MATI, TAU DAH KA RASA MATI MCMN KALAU X MATI.. X TAUKAN.. PASAL XRASA, SYURGA NERAKA KITA YAKIN. TAPI XNAMPAKKAN , MACMANA KATA KITA BERIMAN,

Unknown said...

Aduiiiii Al Mahdi xkenai mcmn nk ikut AlMahdi... akal x kenai AlMahdi, pasai tersirat..

Search Engine

Google
BM4