Wednesday, December 24, 2008

Pulau Besar

Pulau Besar:
Diameter ~ 1.6km (boleh habiskan utk melawat tmpt2 bersejarah dlm satu hari)
Jarak dari pulau ke tanah besar ~ 3.9km

Tempat2 bersejarah:
-Makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail


-Makam Sheikh Abdul Qadir Jailani (Baghdad)
-Makam 7 beradik
-Makam nenek kebayan
-Perigi nenek kebayan
-Makam yg lain2
-Gua Yunus
-Pintu gateway bunian (at your own risk)
-Tapak kaki kera si hanuman
-Kesan tinggalan kapal2 melayu yg berlabuh ke pulau besar sewaktu berperang dgn portugis bg merawat askar yg sakit.
-Kesan tinggalan perang.


Kalau ada yg pernah pegi dan boleh jadi jurupandu, diharap dpt turut serta.

Pulau Besar


Pulau Besar ialah sebuah pulau di luar pantai Melaka. Banyak lagenda dikaitkan dengan pulau ini. Pulau Besar dari jauh kelihatan seperti seorang wanita hamil yang sedang berbaring.
Pulau Besar dikatakan penuh dengan keramat dan mitos yang menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar negara khususnya bagi mereka daripada keturunan India Muslim Malaysia dan Singapura. Ramai di antaranya datang untuk melawat keramat yang dikatakan kepunyaan Sultan Ariffin Syeikh Ismail. Di sini juga terdapat beberapa kubur lain seperti Makam Tujuh Beradik dan Makam Nenek Kebayan.
Di puncak tertinggi di pulau ini terdapat sebuah Batu Belah yang selalu dikunjungi oleh pelancong. Pulau ini dianggap agak suci oleh orang-orang tempatan dan pelancong dinasihatkan untuk berkelakuan baik apabila berada di pulau ini.
Terdapat hotel dan gerai-gerai yang disediakan bagi pelancong agar mereka dapat menikmati pantai yang cantik dan pemandangan yang indah.

Makam Tujuh Beradik

Tujuh beradik yang dimaksudkan ialah tujuh orang bersaudara seperguruan. Mereka ini berasal dari Palembang. Mereka telah datang ke Pulau Besar dengan satu tujuan untuk mengembangkan ilmu persilatan. Setelah diteliti melalui firasat bahawa Pulau Besar ini sesuai untuk dijadikan penempatan dan mengembangkan ilmu persilatan maka mereka membuat keputusan memecahkan dinding kapal mereka untuk dibuat dinding rumah.

Mereka mempunyai ramai pengikut dari seluruh nusantara. Tujuh bersaudara ini mempunyai ilmu yang sangat tinggi iaitu ilmu dunia dan akhirat. Sepanjang hidup mereka, ramai orang datang untuk mendapatkan pertolongan darinya dan apa yang berlaku adalah dengan keizinan daripada Allah swt.

Perigi Kaki Bukit

Perigi ini dipercayai digunakan oleh orang Jepun untuk memancung kepala orang-orang Cina. Kepala yang telah dipancung akan dilemparkan ke dalam perigi ini. Perigi ini tidak pernah digunakan orang sehingga sekarang.

Di kawasan sekitar perigi ini merupakan kawasan Panglima Hitam. Wajahnya serta anggota tubuhnya dipercayai berwarna hitam. Di kawasan ini juga merupakan salah satu tempat yang amat keras terutamanya pada waktu senja. Pernah suatu ketika dahulu sepasang kekasih duduk berdua-duaan di kawasan ini dan wanita tersebut diserang histeria.


Batu Belayar

Sebuah batu yang sederhana besar berbentuk seperti kepala kuda. Batu ini dikatakan pada asalnya terletak di dalam laut. Kemudian ianya terapung-apung di dasar laut dan tersangkut di Pulau Besar ini.
Dipercayai batu ini juga di gunakan oleh 7 beradik untuk mengikat tali kapal mereka sebaik sahaja mereka berlabuh di Pulau Besar ini. Kini batu ini masih jelas kelihatan sebaik sahaja sampai di Pulau Besar ini. Ianya terletak berhampiran dengan Jeti Pulau Besar.

Perkampungan Bunian

Sebuah kawasan perkampungan yang terdapat di Marina Resort dan dipercayai satu perkampungan orang-orang bunian. Kawasan tersebut sebenarnya ingin dimajukan, tetapi disebabkan masalah ekonomi dan masalah jerebu yang melanda pada tahun 1997-1999 maka pembinaannya tidak dapat diteruskan.

Menurut cerita, sebenarnya terdapat sejumlah 146 buah kampung bunian di kawasan Pulau Besar ini, tetapi kawasan ketara yang boleh dilihat di kawasan Marina Resort ini sahaja.

Gua Yunus

Nama Gua Yunus diambil sempena nama orang yang pertama menjumpai dan menjadikan gua ini sebagai tempat pertapaan. Sehingga sekarang gua ini masih lagi digunakan orang sebagai salah satu tempat bertapa. Untuk masuk ke dalam gua ini, ahli pertapaan terpaksa menyelam ke dalam air kerana kedudukan pintu gua ini sebenarnya di dalam air. Dipercayai batu dinding gua ini semuanya berwarna putih.

Kubur Nenek Kebayan

Sebuah makam lama yang dipercayai kubur Nenek Kebayan atau nama sebenarnya ialah Nenek Siti Fatimah. Jika sebut nenek kebayan orang akan mengaitkannya dengan pekerjaan beliau iaitu sebagai bidan kampung, penjual akar kayu, penjual bunga dan sebagainya.

Dipercayai kubur nenek kebayan ini mempunyai keanehannya iaitu sebahagian kepala batu nesannya adalah batu nisan perempuan manakala dibahagian kakinya adalah batu nisan lelaki.

Tasik Bunian

Sebuah kawasan tasik berhadapan dengan Marina Resort dan terletak di tepi pantai. Kawasan ini tenang dan banyak ikan-ikan di dalamnya. Dipercayai tidak ada orang yang berani untuk menangkap ikan di kawasan tersebut kerana dipercayai mempunyai keramat di situ.


Makam Sultan Arifeen

Nama sebenar Sultan Arifeen ialah Sultanul Arifeen Assyaikhul As Syed Ismail (r.a). Beliau adalah dari keturunan yang ke-18 Rasulullah (s.a.w.). Sultanul Arifeen As Syed Ismail telah dilahirkan pada 17 Rabiul Awal Tahun 867H di Baghdad. Bapanya bernama As Syed Sheikh Abul Kadir dan ibunya bernama Sayyidah Fatimah.

Beliau mempunyai ilmu yang sangat tinggi dalam Islam. Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarahi Makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di Kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama, beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama 16 orang yang penting di dalam kumpulan itu. Diantaranya ialah gurunya Yusuf Siddiq dan saudaranya As Syed Ibrahim.


Tapak Kaki Sultan Arifeen

Tapak kaki ini terletak di dalam kawasan Pusat Latihan IMM. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa tapak kaki ini adalah kepunyaan Hang Tuah tetapi menurut cerita sebenarnya, tapak kaki ini adalah kepunyaan Sultan Arifeen. Tapak kaki yang terdapat di pulau ini adalah tapak kaki sebelah kanannya. Manakala tapak kaki kirinya terdapat di Pulau Serimbun.



Makam Seribu

Ratusan tahun dahulu, dipercayai Pulau Besar didiami oleh ramai orang dan terdapat perkampungan di pulau ini. Terdapat sebuah tapak makam lama yang dipercayai makam penduduk pada ketika itu. Ianya terletak berhampiran dengan keramat tujuh beradik.

Menurut cerita, kini tapak makam itu hanya terdapat beberapa makam lama sahaja di kawasan sekitarnya tetapi dalam waktu-waktu tertentu kita akan dapat melihat seribu makam lama tumbuh bagai cendawan dari tanah.

Makam Tok Janggut

Dipercayai Tok Janggut ini berasal dari Acheh. Beliau telah datang ke Pulau Besar bersama rakannya iaitu Panglima Lidah Hitam. Beliau telah mengembangkan ilmu persilatannya di Pulau Besar. Orang ramai telah datang menemuinya untuk menuntut ilmu persilatan daripadanya. Apabila beliau meninggal dunia, beliau telah dimakamkan di Pulau Besar ini. Makam ini terletak berhampiran dengan Bothouse dan masih terus dikunjungi sehingga kini.



Makam Syarifah Rodziah

Dipercayai Syarifah Rodziah adalah antara keturunan Sultan Arifeen. Beliau adalah seorang wanita yang cantik dan berpegang teguh kepada ajaran Islam sehingga disaat-saat akhir hidup beliau. Beliau telah mengabdikan diri kepada Allah dengan menyendiri, berwirid dan berzikir.

Akhirnya apabila beliau meninggal dunia, beliau telah dikebumikan di bahagian hadapan Makam Sultan Arifeen sebagai tanda penghormatan kepada beliau.


Batu Tengkorak

Batu ini terletak di kawasan Pandanusa Resort dan berhampiran dengan pantai. Jika dilihat dengan teliti, batu ini seakan-akan menyerupai tengkorak manusia dan terdapat kesan belahan empat segi yang dipercayai telah dibelah oleh orang dahulu kala untuk mendapatkan harta karun di dalamnya. Namun usaha mereka gagal dan mereka menampal semula batu tersebut.

Batu ini juga pernah dirancang untuk diletupkan tetapi usaha itu hanya sia-sia sahaja kerana batu itu sedikit pun tidak terbuka.


Keramat Tempayan Pecah

Suatu ketika dahulu, terdapat seorang nenek kebayan yang mempunyai tujuh orang anak lelaki. Setiap seorang mempunyai kelebihan yang tertentu. Pada suatu hari, nenek kebayan hendak keluar mencari akar kayu untuk dijadikan ramuan ubat-ubatan. Beliau berpesan kepada anak-anaknya supaya menyiram tanaman di kebun bunga dan herba. Hanya yang bongsu menyiram tanaman tersebut.

Proses menyiram adalah sangat rumit sehingga si bongsu ini terfikir untuk mengangkat air dengan menggunakan tempayan sahaja kerana beliau mempunyai kekuatan seperti ’Badang’. Ini bermakna dengan hanya sekali angkat sahaja dari perigi sudah dapat air satu tempayan. Suatu hari, sewaktu hendak menyiram, tempayan yang penuh berisi air itu terhempas. Si bongsu lantas terus mengorek lubang di tanah dan menanam tempayan yg pecah itu di dalam lubang tersebut. Tiba-tiba, terpancut mata air keluar di dalam tempayan yang pecah itu. Walaupun airnya keruh tapi ia tidak berbau. Sehingga sekarang perigi tempayan ini terus mengeluarkan air dan dipercayai tidak pernah kering.

Makam Nisan Satu

Makam Nisan Satu ini terletak berhampiran dengan Batu Tengkorak. Keanehannya, makam ini hanya terdapat satu batu nesan sahaja. Ianya dipercayai makam seorang pemuda yang sangat kacak dan tampan yang berumur dalam lingkungan 18-19 tahun. Namanya tidak dapat dikenalpasti.






Sumber: http://www.melaka.gov.my

No comments:

Search Engine

Google
BM4