Saturday, December 06, 2008

Solat Berjemaah

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Solat berjemaah itu melebihi solat bersendiri dengan 27 darajat.”

Hadis di atas adalah dalil betapa penting dan tingginya darjat solat berjemaah berbanding sendirian.

Namun adakah begitu mudah memperoleh 27 darjat tersebut? Adakah dengan ada makmum dan imam itu cukup syarat memperoleh 27 darjat tersebut?

Darjat 27 tersebut sebenarnya amat sukar dicapai, sekiranya tidak cukup syaratnya. Antara syaratnya adalah khusyuk dalam solat tersebut serta segala tertib sepertimana yang biasa kita baca atau pelajari.

Bagi saya untuk khusyuk perlulah menyatukan perkataan, perbuatan dan hati kita supaya seiring, sama dan serentak.

Kenapa pula 27 darjat?

Mengikut pengkajian saya 27 itu bukanlah sekadar bandingan pahala yang diterima tetapi adalah ‘darjat’ bagi orang yang berjemaah. Orang yang mendapat solat jemaah bergelar orang yang memperoleh 27 darjat atau digelar orang ‘khusul khos’.

Siapa orang yang beroleh 27 darjat ini?

Orangnya adalah seperti Saidina Ali kwj yang mana khusyuknya sehinggakan ditikam dengan pedang pun tidak terasa sakit. Mereka bersatu antara perbuatan, perkataan dan hati sehingga melupakan perkara lain selain Allah.

Apa sebenarnya 27 itu?

27 ini sebenarnya adalah 2 kali 7 iaitu sifat 2 kali 7 iaitu sifat maa’ni dan maknawiyah dalam pengajian sifat 20. Sifat ini dikenali sebagai sifat 7. Kedua-dua sifat ini perlulah disatukan sehingga tiada beza antara keduanya barulah dikatakan sempurna dan segerak antara keduanya. Bagaimana untuk menyatukannya memerlukan kepada latihan dan usaha yang bersungguh-sungguh serta berterusan.

Adakah 27 darjat ini boleh diperoleh dengan solat sendirian?

Mestilah tak boleh kerana dalam hadis di atas pun mengatakan untuk solat berjemaah sahaja. Walaupun begitu sekiranya tafsiran berjemaah itu diperhalusi lagi maka boleh pula. Dengan menyatukan atau menjemaahkan antara jasad kita, roh, hati, perbuatan, dan perkataan. Bagi saya inilah tafsiran yang lebih tepat dan halus untuk beroleh 27 darjat ini.

NOTA:
Tulisan ini sekadar maklumat untuk membuka fikiran dan supaya kita terus mengkaji dengan lebih mendalam ilmu mengenainya. Sekiranya terdapat kesilapan dalam tulisan ini diharap dapat membetulkan.

Tulisan ini tidak dibenarkan disalin ke tempat lain atau disebarkan demi mengelakkan salah faham kecuali anda benar-benar memahami dan mempunyai ilmu mengenainya. TQ


No comments:

Search Engine

Google
BM4