Menjelang tarikh 2009 Masihi dan 1530 Hijrah dijangkakan pelbagai cabaran menanti. Dengan krisis ekonomi yang makin meruncing, pergolakan politik yang tak pernah habis, krisis makanan yang dijangkakan akan tiba, juga masalah politik dunia yang tak terjangka.
Adakah kita bersedia dan mampu menghadapinya?
Masalah ekonomi adalah perkara biasa dalam keadaan ekonomi dunia ketika ini. Ianya memang dijangka berdasarkan pola naik turunnya ekonomi. Pada masa ini kita berada di pusingan kemelesetan maka kita sepatutnya bersedia dan tidak bertindak menyalahkan sesiapa. Bersabar, berjimat dan berusaha mengurangkan tekanan akibat kemelesetan ekonomi ini. Kalau tergesa-gesa dan panik dengan kemelesetan ini, ia akan lebih buruk akibat tindakan kurang rasional kita. Terima dengan sabar kekurangan pada masa ini, kalaulah harga barang lebih mahal maka kita kurangkan pembelian dan berusaha berjimat. Contohnya menanam sendiri sayuran ataupun memasak sendiri makanan di rumah.
bersambung... hehe.. dah malas menulis...
No comments:
Post a Comment