Assalamulaikum wbt.
Lama tak menulis. Kekeringan idea dan tiada isu yang timbul. Juga sibuk dengan kerjaya dan keluarga.
Hari ni nak cite pasal takut.
Kenapa kita mesti takut pada gelap? pada kesorangan? pada hantu? pada etc...??
Susah nak buang takut ni kalau tidak dilatih dengan bersungguh2.
Takut gelap
Biasanya orang pompuan la yang banyak takut jenis ni. Kalau gelap sikit dah menjerit. Lalu bawah pokok gelap takut. Malam2 pasang semua lampu sampai kena bayar bil letrik beratus. Kesian husband diorg. Patutnya jangan la takut sangat, padan2 la takut tu. Hati2 tu mesti la kena jugak kot2 ada penyamun ke tapi jangan sampai takut yang tak logik. Duduk dalam rumah siap solex dua tiga pon takut lagi ke?
Takut hantu.
Yang ni xtau la nak kata apa. Kalau orang skrg ni mesti tanya hantu tu ada ka? Nak kata ada tak nampak. Nak kata xda ada pulak orang nampak. So camna ya? Tapi balik kpd Rukun iman kena percaya perkara ghaib kan. So kena la percaya sbb mmg Allah ciptakan makhluk2 ghaib ni. Malaikat, jin, setan, iblis semuanya ghaib. Memang tak nampak tapi ada. Sama macam manisnya gula. Ada tapi tak nampak pon manis tu kat mana. Kalau takda manis buleh jadi garam, buleh jadi bahan kimia etc.
Takut Dok sorang2
Hmm. Takut jugak kalau dok atas gunung ke sorang2 ni. Tapi dok kat tgh bandar nak takut apa? Asalkan semua pintu dikunci elok2 okla kan.
Kalau nak diceritakan macam2 lagi takut yang ada. Takut ayam, itik, takut sakit, takut miskin, takut jatuh, takut gagal, takut kena buang keuje, takut lapar, takut mati, takut kene tangkap... etc.
Kesimpulannya, takut hanya akan hilang apabila datangnya berani. Maka letihlah diri supaya memiliki sifat berni ni. Bak kata almarhum guru "berani sifat insan, garang sifat haiwan". Sorang mukmin mestilah berani dan boleh bertanggungjawap ke atas diri sendiri.
Tuhan
macam2 takut pon ada. tapi satu lagi nak cerita pasal Tuhan. Walau pon macam2 sebab menakutkan kita, tapi kita kena tau Tuhan tu ada. Ada tuhan tu kekal abadi selama2nya tanpa binasa dan tanpa cacat cela. Jadi kita nak takut apa kat hantu, gelap, penyamun, perompak ke semua tu? Takut xcukup makan, takut xdapat kawen, takut miskin,etc... Kan Tuhan ada. Berusahalah kita dengan sedaya upaya kita penghujungnya bertawakallah kepadaNya. Allah tu sentiasa ada bersama kita setiap saat setiap ketika. Ada sorang Tok guru aku ajaq aku, kalau orang nak buat aniaya ke kianat ke bgtau dia aku ada penjaga, Penjaga ni sangat hebat, lebih hebat drp semua penjaga. Baru sebut nama pon semua dah tak berani kata apa. Agak2 korang sape ye?? cuba teka... Kalau nak tau sape tanya Tok guru aku tu... alamat blog dia ada kat blog list tu... Prof Kucing...(dia tak mengaku tok guru aku, tapi aku penah dgr org kata sapa ajaq walaupon sepatah ayat dah jadi guru... so aku kira dia guru aku jugak la..)
So ingatlah ye... Tuhan tu sentiasa ada. Dia tak pernah tidur walau seketika pon. selalu sebut Allah bersamaku, Allah melihatku dan Allah mendengarku. Insyaallah...
Tauhid
Ni ada kaitan dengan tuhan dan takut td. Kalimah tauhid La ilaha illa Allah. Tiada yang lain melainkan Allah.
Ada tok guru cerita, LailahaillaAllah tu jangan kata Tiada Tuhan melainkan Allah. Sebab kalau kata takda Tuhan maka jatuh KAFIR. Aku pon tak reti tapi tu lah kata Tok guru.
Jadi kalimahnya bermaksud tiada yang ada atau tiada yang lain melainkan Allah. So ada ke hantu, duit, rumah, harta ke semua tu? ada? Mestilah ada kan. Tapi adanya tu tak kekal macam adanya Allah. Adanya benda2 tu bersifat sementara dan tidak memberi bekas. Adanya Allah atau disebut wujudNya itu bersifat Kekal/Baqa dan sediakala wujudnya Ia . Sedangkan adanya benda2 lain/makhluk itu bersifat sementara atau mumkinul wujud atau muhaddas iaitu baharu semuanya tu. Segala yang baharu tidak memberi kesan/tidak memberi bekas.
Oleh itu, tak perlulah kita takut pada ke semua kewujudan yang bersifat baharu itu. Kerana pada hakikat yang sebenar yang benar2 wujud Hanya Allah semata2.
Hmmm... Cukup la kut takat ni. sekadar menghilangkan sedikit takut tu. Kalau nak lebih kena berguru la. Mengaji Sifat 20 sampai paham. Pas abis sifat 20 bg paham pulak Sifat 7. Dah paham baru paham kat mana Yang Satu tu. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment