Tuah dan Jebat
Tuah dan Jebat adalah lagenda dunia. Bukan sekadar dunia Melayu bahkan nusantara dan dunia keseluruhannya. Mereka berperanan besar dalam sejarah Melaka yang ketika itu menjadi pelabuhan antarabangsa. Mereka terlibat dengan banyak negara perdagangan ketika itu. Merekalah yang menjadi utusan kerajaan Melaka ke negara-negara jiran seperti Majapahit. Juga ke negara yang lebih jauh dan besar seperti China. Jadi sejarah mereka dengan dunia terutamanya China sbg satu kuasa besar ketika itu ada tercatit. Ini belum lagi cerita disebalik tabir, yang cuba disembunyikan. Maka kat sini biarlah kita ceritakan hanya cerita tertulis supaya tidak menimbulkan kekeliruan.
Kesah termasyhur adalah pertarungan dua beradik Tuah dan Jebat.
Tuah dan Jebat hendak bertarungPertarungan ini melibatkan dua pendirian yang berbeza, seperti kata sahabat saya si kucing.
Bertarung kerana titah raja
Tuah sebagai hero mempertahankan kedaulatan Sultan dan menghapuskan pengkianat yang mengancam keselamatan negeri dan raja.
Manakala Jebat pula dilihat sebagai si durjana yang bermaharajalela sesuka hati, menganggu keselamatan negeri.
Pendirian Tuah taat dan setia
Tak mengira apa jua perintah baginda
Tak kira siapa pun dia
Pasti ditentang jika derhaka
Tuah taat dan setia pada Sultan tanpa belah bagi demi menjamin kestabilan negeri. Demi sebuah pendirian takkan orang Melayu menderhaka pada tuannya. Merealisasikan janji yang termaktub ketika Parameswara mula menjadi Raja Melaka. Takkan Melayu menderhaka pada Raja.
Jebat pula taat sahabat
Tak rela Tuah teraniaya
Juga benci pembesar jahat
Maka diamuk semuanya hingga nyawa.
Kasih dan cinta Jebat pada saudaranya Tuah tak berbelah bahagi. Kematian Tuah perlu dibela, keadilan mesti ditegakkan. Itulah pendirian Jebat. Musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan, semuanya mesti dihapuskan. Biarkan diri dituduh pengkianat. Biarpun penjenayah, pembunuh atau apa sahaja gelaran keji. Demi kebenaran Jebat rela.
Tuah dan Jebat saling melengkapi. Keduanya membawa mesej berbeza buat kita generasi selepas mereka. Tuah membawa mesej ketaatan dan jaminan kestabilan. Jebat membawa mesej keadilan dan berani menentang kemungkaran. Kedua-duanya sama penting dan saling melengkapi.
Syeikh Siti Jenar dan Wali Songo
Diceritakan pada zaman Wali Songo bahawa Syeikh Siti Jenar adalah pembawa ajaran sesat. Pembawa aliran wahdatul wujud yang sesat lagi menyesatkan. Ramai pengikut-pengikut telah membuat huru hara. Maka ajaran Syeikh Siti Jenar perlu dibanteras.
Adakah benar ajarannya sesat?
Pada pandangan orang yang menjalani pengajian jalan ketuhanan, sebenarnya Syeikh Siti Jenar benar.
Namun beliau salah dalam tindakannya mengajarkan ilmu itu kepada murid tanpa selindung. Ianya menyebabkan pelbagai huruhara dan masalah dalam masyarakat. Maka beliau mesti dihukum.
Wali Songo yang menjaga hal ehwal agama perlu bertindak berdasarkan syariat. Maka Syeikh Siti Jenar terpaksa dihukum bunuh untuk menghalang ajaran ini berkembang hingga merosakkan masyarakat. Ada satu pendapat mengatakan menyebarkan rahsia ketuhanan pada yang bukan ahlinya adalah kufur. Dan boleh dihukum bunuh. Satu lagi kes yang melibatkan perkara yang sama adalah peristiwa pembunuhan Al-Hallaj yang mengaku Ana al-Haq. Cerita yang hampir sama dan melibatkan pertentangan dua pihak yang berbeza pendirian.
Pendirian terkemudian.
Kini adalah yang terpenting. Masa lalu adalah sejarah dan sebagai pedoman buat kita. Maka apa pendirian kita?
Ramai yang memilih untuk memihak kepada satu pihak. Sama ada Jebat atau Tuah. Syeikh Siti Jenar atau Wali Songo. Keduanya saling menyalahkan dan saling menuding jari.
Antara dua darjat - jalan kiri atau kanan
Inilah sebenarnya maksud tulisan ini. Yang mana satu pilihan kita?
Si A atau Si B, Tuah atau Jebat, Siti Jenar atau Wali songo?
Cerita Jari Tangan
Cerita Tok guru,
Jari telunjuk selalu menunjuk sahaja. Ianya nampak benar dan kuat.
Jari manis begitu cantik dan manis dipandang.
Namun kata Tok Guru pilihlah jari tengah. Diantara dua jari ianyalah yang tertinggi. Cuba lihat sendiri jari tangan anda. Ialah yang paling lurus, paling cantik dan paling baik. Itulah jalan sebenarnya. Itulah jalan yang terbaik. Memiliki kelebihan kedua-dua jari td.
Kisah benar-Antara dua jalan
Setelah selesai dgr tok guru cerita, maka pergilah mereka ke suatu tempat. Mereka tidak kenal jalan. Maka diekori kereta hadapan. Namun tiba-tiba hilang pula kereta yang dihadapan. Diteruskan perjalanan hingga ke suatu bulatan. Jalan kiri atau kanan. Mereka kebuntuan. Maka kata seorang drp mereka, td tok guru kata ikut jalan tengah. Maka kita terus pukul 12. Pemandu pun mengikut saranan temannya. Diteruskan perjalanan. Maka dihujungnya bertemulah mereka dengan tempat yang dituju. Kelewatan hanya 10 minit drp kereta hadapan.
Sekian cerita buat teladan dan sama2 fikirkan.
No comments:
Post a Comment