Tuesday, June 30, 2009

Jom Makan Babi!!!

Foward from Email:

Babi untuk orang Melayu

Assalamualaikum semua,


bab cite fasal makan daging babi ni aku pun
nak cite sikit la. kawan aku sendiri yg cite
pengalaman dia ni.tiap2 mlm lepas habis keje
dia selalu lepas kat kawasan gerai makan.

Dia ngan bf dia la suka sangat makan mee kari.
tokey nya cina pekerja nya indon.
dia pun tak kesah le. satu mlm dia blk keje lambat,
nak makan punya fasal pegi la jgk kat kedai tu.
nasib baik le tokey tu reserved utk dia ngan bf nya tu.
sambil makan tokey tu pun mencuci periuk belanga nya.

nak jadi kan cite dia lak nak cari air basuh tangan.
Nampak le tulang yg keluar dr periuk nya dia
pun tanya."Eh pakai  tulang ke masak kari,
u kan tak makan daging.
" ooo
ini bukan lembu ini pork maa baru sedap sikit
masak kari, tak taruk tak sedap maa."

uweeek dia pun muntah keluar semua isi perut.
Kata kawan aku rasanya nak minum air tanah jek nak
samak peruk dia. Nak wat  mcm mn selama ni dah
bergelen dia makan kari tu dah masuk dlm perut
dia dah jd darah daging. pendek cite nya lepas
tu dia sebar kan hal yg jd kat dia kat semua
org yg dia kenal.lepas tu cina tu bungkus tak
tau
pindah mn gerainya.


MINTAK TOLONG SEMUA KAWAN-KAWAN BACA NI SAMPAI HABIS

Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina
tu! daging ayam dan
lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape.
Jika sebarang proses
tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah.

Berdasarkan pengalaman saya dalam industri memproses makanan,
boleh dikatakan semua product dari
oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala
pork product yg lain seperti lard (minyak babi),
pork fat(lemak babi), ham(ini asal nama hamburger)
dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during
breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak apa
bagi Muslim.

Saya pernah bekerja di Shangri-la
   Hotel   KL, di situ
terdapat satu BUTCHER Dept.....
1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork
casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai kulit sausage.

Semua ingredients untuk sausage diblend bersama
pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah
break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still
contain pork.

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey
roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami.
Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan
digunakan secara meluas
sebagai toping PIZZA.

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg
disusun lawa-lawa pada buffet table seperti
Terrine dan Pate pun ada lemak babi.


Menyentuh sedikit aktiviti kaum Cina , saya ada satu kisah yang
menarik untuk diceritakan.

Salah seorang kawan telah menceritakan kepada saya ini,
Bapanya adalah seorang pekerja TNB bahagian
pembaik
pulih bekalan elektrik.

Pada satu hari bapanya bertugas membetulkan bekalan elektirk di
kawasan Jenjarum Banting.
Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja
pembaikan pulih bekalan, beliau telah merayau-rayau di
kawasan sekitar.

Setiap pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai
kebenaran memasuki kawasan yang
melibatkan penggunaan elektrik,
jadi secara tidak sengaja beliau telah memasuki sebuah
kilang memproses makanan,dilihatnya daging-daging
ayam berlongok-longok.
Kemudian daging-daging babi berlongok-longok disebelahan..
Rupa-rupanya kilang tersebut membuat burger dan daging- daging
ayam dan babi tersebut dicampur dan digaul bersama
kemudian dijadikan burger..

Beliau
telah bertanya kepada tokeh tersebut mengapa
dicampurkan daging babi dengan daging ayam!
Tokeh tersebut berkata kalau tak campur burger
yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk.
Dengan mencampurkan daging ayam dan babi burger mudah
dibentuk. Katanya lagi, burger ini tidak dijual terus
kepada orang Melayu. Tapi jika mana-mana supplier yang
tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang tersebut.

Lu ingat itu supplier cukup ka u ntuk supply satu
Malaysia (Tak tahu supplier mana yang ambil dari dia).
Tokeh tersebut siap kata "SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN BABI",
menyirap darah bapanya

Balik tu dia buat aduan di JAIS. Bila JAIS buat
serbuan tak ada apa-apa yang jumpa,kilang tersebut pun takde.
Mungkin dah pindah bila menyedari
ada orang melayu dah tahu aktiviti beliau.


P/S: Siapa yang suka makan burger tu berhati-hatilah
 mungkin ada yang bercampur dengan daging babi.



Patut lah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta babi
ada kat Malaysia .
Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan
beratus ribu.
Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dilantak oleh
orang Cina saja.
Mungkin  sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang
lain, lepas tu bagi orang Melayu makan.
Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu
orang  Melayu.


*frwdkan.. kepada rakan dan saudara seagama anda.


:- So jom la kita gi makan babi kat mana2 fastfood kat msia ni... Belum lagi ayam cucuk, tak sembelih etc... Pada tokey2 kedai makan cari la bahan2 yang ada babi dlm die. Pastu dapat saham sama bg mkn babi kat org Melayu.

Friday, June 26, 2009

Indahnya Malam Pertama


Satu hal sebagai bahan renungan Kita....

Tuk merenungkan indahnya malam pertama

Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata

Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan Kita dengan Sang Maut

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... Mem pelai sangat dimanjakan

Mandipun.....harus dimandikan

Seluruh badan Kita terbuka....

Tak Ada sehelai benangpun menutupinya. .

Tak Ada sedikitpun rasa malu...

Seluruh badan digosok Dan dibersihkan

Kotoran dari lubang hidung Dan anus dikeluarkan

Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih....

Itulah sosok Kita.....

Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,

Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih

Kain itu ...jarang orang memakainya..

Karena sangat terkenal bernama Kafan

Wangian ditaburkan kebaju Kita....

Bahagian kepala..,badan. .., Dan kaki diikatkan

Tataplah.... Tataplah. ..itulah wajah Kita

Keranda pelaminan... Langsung disiapkan

Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga

Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul

Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga

Serta rasa haru para handai taulan

Gamelan syahdu bersyairkan adzan Dan kalimah Dzikir

Akad nikahnya bacaan talkin.....

Berwalikan liang lahat..

Saksi-saksinya nisan-nisan. . Yang telah tiba duluan

Siraman air mawar.. Pengantar akhir k Erin duan



Dan akhirnya..... Tiba masa pengantin..

Menunggu Dan ditinggal sendirian,

Untuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..

Ditemani rayap-rayap Dan cacing tanah

Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....

Sang Malaikat lalu bertanya.

Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...

Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....

Kita tak tahu...Dan tak seorang pun yang tahu.......



Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk

Membacanya terus hingga ke akhir.



Tiap Hari inilah yang Kita lalui.... Susah vs. Senang.. Dunia semua yang

Mengasyikkan. . Menyita perhatian Kita. Sedangkan dunia nyata yang

Menjemukan lupa Kita isi dengan hal hal yang dapat menyinari jiwa yang

Nantinya akan Kita bawa kepada NYA.



Mengapa susah menerima kebenaran? Apakah karena kosongnya jiwa yang
Tak
Dapat terisi oleh kebenaran Dan cahaya alam nyata?

Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"
Kan Email yang tak senonoh? Astaghfirullah. ..

Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan Kita, sebelum Kita menuju
ke⿦..

aLiN
Mutiara kata:
Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan ALLAH melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir..

Keliru soal jodoh???

keliru soal jodoh???



SOALAN

SAYA ada persoalan mengenai gaya berkasih di kalangan remaja sebaya saya. Tetapi saya bersyukur tidak terjerumus dalam kancah itu.


Saya percaya ketentuan jodoh, namun rakan saya sering berkata, jodoh tidak akan datang bergolek tanpa mencari. Hati saya kadang kala ingin mengiakan saja, namun kepercayaan jodoh ketentuan Allah masih lagi kuat.

Walaupun tidak mencari, saya takut apabila saya mula terdedah dengan perkara ini akan menyebabkan berlakunya zina hati, mata dan telinga.

Saya sebagai insan biasa memang inginkan percintaan, namun percintaan selepas kahwin pilihan saya. Saya yakin dengan janji Allah itu, insya-Allah jika saya baik saya akan memperoleh jodoh yang baik.

Saya harap Dr dapat beri penerangan batas mencari jodoh dan mohon doakan supaya pegangan ini sentiasa menjadi nadi hingga akhir hayat. Jika pegangan saya ini Dr rasakan salah, silalah perbetulkan.




JAWAPAN


PENDIRIAN anda mengenai cinta adalah benar. Percintaan selepas perkahwinan itulah yang paling diredai Allah.

Sekiranya percintaan sebelum perkahwinan terjadi, batas perhubungan hendaklah dijaga, antaranya:

(1) Menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.

(2) Menjaga maruah dan harga diri masing-masing.

(3) Mendapat restu dan kebenaran ibu bapa.

(4) Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki diredai dan diberkati Allah.

(5) Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, dating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.

Dalam memilih pasangan pula, Islam turut memberikan garis panduan supaya rumah tangga yang dibina memberikan kerahmatan, ketenangan dan keharmonian, antaranya:

(1) Seseorang itu hendaklah memilih pasangan yang sesuai supaya kebahagiaan diidamkan menjadi kenyataan di alam rumah tangga.

Calon yang paling sesuai ialah yang taat beragama dan berakhlak mulia. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati Allah." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)

(2) Bagi keluarga perempuan, hendaklah menyegerakan perkahwinan anak gadis mereka apabila dilamar calon suami daripada kalangan yang beragama dan berakhlak serta berkemampuan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa."

(3) Memilih pasangan daripada keturunan yang baik. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Jangan dekati tumbuhan hijau di tempat kotor. Lalu bertanyalah kalangan pendengar kepada Rasulullah. Apa dia tumbuhan hijau di tempat kotor wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Perempuan cantik yang membesar di rumah yang penuh kejahatan serta keburukan." (Hadis Riwayat ad-Daruqutni)

(4) Memilih pasangan bukan daripada kerabat terdekat bagi memelihara kecerdikan zuriat dan menghindari penyakit atau kecacatan disebabkan keturunan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Janganlah menikah dengan kaum kerabat kerana anak daripada pernikahan itu akan membesar kurus, lemah tubuh badannya dan tidak cerdik."

Sabda Baginda lagi: "Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah mengahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat."

(5) Bagi lelaki, Islam juga menasihati supaya mengutamakan wanita yang masih dara. Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak), kurang tipu helah (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Baihaqi) (lihat, http://intim.wordpress.com/category/persediaan-pengantin/)

 



Undang-indang Seluruh Dunia

Undang-undang Seluruh Dunia

Published by Admin on Tuesday, June 16, 2009 at 10:24 AM
Undang-undang Seluruh Dunia

THAILAND :

* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :

* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :

* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :

* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :

* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :

* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :

* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat “memprovokasi†rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :

* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :

* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :

* Dilarang menempel plester luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :

* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :

* Dilarang memelihara babi di
Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA :-
-
ARIZONA :

* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

-
ALASKA :

* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

-
ARKANSAS :

* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

-
CALIFORNIA :

* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

-
COLORADO :

* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

-
CONNECTICUT

* Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.

-
FLORIDA :

* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

-
WASHINGTON :

* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA

* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang


Friday, June 19, 2009

Graf Al-Quran

Renungkan: Lihat foto di atas betul-betul dan kaji.
Ini merupakan graf surah-surah dalam al-quran beserta bilangan ayatnya.
Jika diplotkan.Inilah yg terhasil.
Subhanallah.Foto ini saya temui dalam satu website.

Berikut serba sedikit info mengenai isi kandungan Kitab pegangan kita ini.
Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.
Al-Quran sudah lama membuktikan banyak perkara sains ketika manusia baru menemuinya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!!
Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

Moga ada manfaat


Antara Dua Darjat

Kebetulan posting kali ini akan ada kaitan dgn post sahabat saya sang kucing. So bleh rujuk post si kucing tu jugak nnt.


Tuah dan Jebat
Tuah dan Jebat adalah lagenda dunia. Bukan sekadar dunia Melayu bahkan nusantara dan dunia keseluruhannya. Mereka berperanan besar dalam sejarah Melaka yang ketika itu menjadi pelabuhan antarabangsa. Mereka terlibat dengan banyak negara perdagangan ketika itu. Merekalah yang menjadi utusan kerajaan Melaka ke negara-negara jiran seperti Majapahit. Juga ke negara yang lebih jauh dan besar seperti China. Jadi sejarah mereka dengan dunia terutamanya China sbg satu kuasa besar ketika itu ada tercatit. Ini belum lagi cerita disebalik tabir, yang cuba disembunyikan. Maka kat sini biarlah kita ceritakan hanya cerita tertulis supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Kesah termasyhur adalah pertarungan dua beradik Tuah dan Jebat.
Tuah dan Jebat hendak bertarung
Bertarung kerana titah raja
Pertarungan ini melibatkan dua pendirian yang berbeza, seperti kata sahabat saya si kucing.

Tuah sebagai hero mempertahankan kedaulatan Sultan dan menghapuskan pengkianat yang mengancam keselamatan negeri dan raja.

Manakala Jebat pula dilihat sebagai si durjana yang bermaharajalela sesuka hati, menganggu keselamatan negeri.

Pendirian Tuah taat dan setia
Tak mengira apa jua perintah baginda
Tak kira siapa pun dia
Pasti ditentang jika derhaka

Tuah taat dan setia pada Sultan tanpa belah bagi demi menjamin kestabilan negeri. Demi sebuah pendirian takkan orang Melayu menderhaka pada tuannya. Merealisasikan janji yang termaktub ketika Parameswara mula menjadi Raja Melaka. Takkan Melayu menderhaka pada Raja.

Jebat pula taat sahabat
Tak rela Tuah teraniaya
Juga benci pembesar jahat
Maka diamuk semuanya hingga nyawa.

Kasih dan cinta Jebat pada saudaranya Tuah tak berbelah bahagi. Kematian Tuah perlu dibela, keadilan mesti ditegakkan. Itulah pendirian Jebat. Musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan, semuanya mesti dihapuskan. Biarkan diri dituduh pengkianat. Biarpun penjenayah, pembunuh atau apa sahaja gelaran keji. Demi kebenaran Jebat rela.

Tuah dan Jebat saling melengkapi. Keduanya membawa mesej berbeza buat kita generasi selepas mereka. Tuah membawa mesej ketaatan dan jaminan kestabilan. Jebat membawa mesej keadilan dan berani menentang kemungkaran. Kedua-duanya sama penting dan saling melengkapi.


Syeikh Siti Jenar dan Wali Songo
Diceritakan pada zaman Wali Songo bahawa Syeikh Siti Jenar adalah pembawa ajaran sesat. Pembawa aliran wahdatul wujud yang sesat lagi menyesatkan. Ramai pengikut-pengikut telah membuat huru hara. Maka ajaran Syeikh Siti Jenar perlu dibanteras.
Adakah benar ajarannya sesat?
Pada pandangan orang yang menjalani pengajian jalan ketuhanan, sebenarnya Syeikh Siti Jenar benar.
Namun beliau salah dalam tindakannya mengajarkan ilmu itu kepada murid tanpa selindung. Ianya menyebabkan pelbagai huruhara dan masalah dalam masyarakat. Maka beliau mesti dihukum.

Wali Songo yang menjaga hal ehwal agama perlu bertindak berdasarkan syariat. Maka Syeikh Siti Jenar terpaksa dihukum bunuh untuk menghalang ajaran ini berkembang hingga merosakkan masyarakat. Ada satu pendapat mengatakan menyebarkan rahsia ketuhanan pada yang bukan ahlinya adalah kufur. Dan boleh dihukum bunuh. Satu lagi kes yang melibatkan perkara yang sama adalah peristiwa pembunuhan Al-Hallaj yang mengaku Ana al-Haq. Cerita yang hampir sama dan melibatkan pertentangan dua pihak yang berbeza pendirian.


Pendirian terkemudian.
Kini adalah yang terpenting. Masa lalu adalah sejarah dan sebagai pedoman buat kita. Maka apa pendirian kita?

Ramai yang memilih untuk memihak kepada satu pihak. Sama ada Jebat atau Tuah. Syeikh Siti Jenar atau Wali Songo. Keduanya saling menyalahkan dan saling menuding jari.


Antara dua darjat - jalan kiri atau kanan
Inilah sebenarnya maksud tulisan ini. Yang mana satu pilihan kita?
Si A atau Si B, Tuah atau Jebat, Siti Jenar atau Wali songo?

Cerita Jari Tangan
Cerita Tok guru,

Jari telunjuk selalu menunjuk sahaja. Ianya nampak benar dan kuat.
Jari manis begitu cantik dan manis dipandang.


Namun kata Tok Guru pilihlah jari tengah. Diantara dua jari ianyalah yang tertinggi. Cuba lihat sendiri jari tangan anda. Ialah yang paling lurus, paling cantik dan paling baik. Itulah jalan sebenarnya. Itulah jalan yang terbaik. Memiliki kelebihan kedua-dua jari td.

Kisah benar-Antara dua jalan
Setelah selesai dgr tok guru cerita, maka pergilah mereka ke suatu tempat. Mereka tidak kenal jalan. Maka diekori kereta hadapan. Namun tiba-tiba hilang pula kereta yang dihadapan. Diteruskan perjalanan hingga ke suatu bulatan. Jalan kiri atau kanan. Mereka kebuntuan. Maka kata seorang drp mereka, td tok guru kata ikut jalan tengah. Maka kita terus pukul 12. Pemandu pun mengikut saranan temannya. Diteruskan perjalanan. Maka dihujungnya bertemulah mereka dengan tempat yang dituju. Kelewatan hanya 10 minit drp kereta hadapan.

Sekian cerita buat teladan dan sama2 fikirkan.

Sunday, June 14, 2009

Takut, Tuhan dan Tauhid

Assalamulaikum wbt.

Lama tak menulis. Kekeringan idea dan tiada isu yang timbul. Juga sibuk dengan kerjaya dan keluarga.

Hari ni nak cite pasal takut.

Kenapa kita mesti takut pada gelap? pada kesorangan? pada hantu? pada etc...??
Susah nak buang takut ni kalau tidak dilatih dengan bersungguh2.

Takut gelap
Biasanya orang pompuan la yang banyak takut jenis ni. Kalau gelap sikit dah menjerit. Lalu bawah pokok gelap takut. Malam2 pasang semua lampu sampai kena bayar bil letrik beratus. Kesian husband diorg. Patutnya jangan la takut sangat, padan2 la takut tu. Hati2 tu mesti la kena jugak kot2 ada penyamun ke tapi jangan sampai takut yang tak logik. Duduk dalam rumah siap solex dua tiga pon takut lagi ke?

Takut hantu.
Yang ni xtau la nak kata apa. Kalau orang skrg ni mesti tanya hantu tu ada ka? Nak kata ada tak nampak. Nak kata xda ada pulak orang nampak. So camna ya? Tapi balik kpd Rukun iman kena percaya perkara ghaib kan. So kena la percaya sbb mmg Allah ciptakan makhluk2 ghaib ni. Malaikat, jin, setan, iblis semuanya ghaib. Memang tak nampak tapi ada. Sama macam manisnya gula. Ada tapi tak nampak pon manis tu kat mana. Kalau takda manis buleh jadi garam, buleh jadi bahan kimia etc.

Takut Dok sorang2
Hmm. Takut jugak kalau dok atas gunung ke sorang2 ni. Tapi dok kat tgh bandar nak takut apa? Asalkan semua pintu dikunci elok2 okla kan.

Kalau nak diceritakan macam2 lagi takut yang ada. Takut ayam, itik, takut sakit, takut miskin, takut jatuh, takut gagal, takut kena buang keuje, takut lapar, takut mati, takut kene tangkap... etc.

Kesimpulannya, takut hanya akan hilang apabila datangnya berani. Maka letihlah diri supaya memiliki sifat berni ni. Bak kata almarhum guru "berani sifat insan, garang sifat haiwan". Sorang mukmin mestilah berani dan boleh bertanggungjawap ke atas diri sendiri.


Tuhan
macam2 takut pon ada. tapi satu lagi nak cerita pasal Tuhan. Walau pon macam2 sebab menakutkan kita, tapi kita kena tau Tuhan tu ada. Ada tuhan tu kekal abadi selama2nya tanpa binasa dan tanpa cacat cela. Jadi kita nak takut apa kat hantu, gelap, penyamun, perompak ke semua tu? Takut xcukup makan, takut xdapat kawen, takut miskin,etc... Kan Tuhan ada. Berusahalah kita dengan sedaya upaya kita penghujungnya bertawakallah kepadaNya. Allah tu sentiasa ada bersama kita setiap saat setiap ketika. Ada sorang Tok guru aku ajaq aku, kalau orang nak buat aniaya ke kianat ke bgtau dia aku ada penjaga, Penjaga ni sangat hebat, lebih hebat drp semua penjaga. Baru sebut nama pon semua dah tak berani kata apa. Agak2 korang sape ye?? cuba teka... Kalau nak tau sape tanya Tok guru aku tu... alamat blog dia ada kat blog list tu... Prof Kucing...(dia tak mengaku tok guru aku, tapi aku penah dgr org kata sapa ajaq walaupon sepatah ayat dah jadi guru... so aku kira dia guru aku jugak la..)

So ingatlah ye... Tuhan tu sentiasa ada. Dia tak pernah tidur walau seketika pon. selalu sebut Allah bersamaku, Allah melihatku dan Allah mendengarku. Insyaallah...


Tauhid
Ni ada kaitan dengan tuhan dan takut td. Kalimah tauhid La ilaha illa Allah. Tiada yang lain melainkan Allah.

Ada tok guru cerita, LailahaillaAllah tu jangan kata Tiada Tuhan melainkan Allah. Sebab kalau kata takda Tuhan maka jatuh KAFIR. Aku pon tak reti tapi tu lah kata Tok guru.


Jadi kalimahnya bermaksud tiada yang ada atau tiada yang lain melainkan Allah. So ada ke hantu, duit, rumah, harta ke semua tu? ada? Mestilah ada kan. Tapi adanya tu tak kekal macam adanya Allah. Adanya benda2 tu bersifat sementara dan tidak memberi bekas. Adanya Allah atau disebut wujudNya itu bersifat Kekal/
Baqa dan sediakala wujudnya Ia . Sedangkan adanya benda2 lain/makhluk itu bersifat sementara atau mumkinul wujud atau muhaddas iaitu baharu semuanya tu. Segala yang baharu tidak memberi kesan/tidak memberi bekas.

Oleh itu, tak perlulah kita takut pada ke semua kewujudan yang bersifat baharu itu. Kerana pada hakikat yang sebenar yang benar2 wujud Hanya Allah semata2.

Hmmm... Cukup la kut takat ni. sekadar menghilangkan sedikit takut tu. Kalau nak lebih kena berguru la. Mengaji Sifat 20 sampai paham. Pas abis sifat 20 bg paham pulak Sifat 7. Dah paham baru paham kat mana Yang Satu tu. Insyaallah.

Search Engine

Google
BM4