Saturday, January 31, 2009

Perjuangan dan pengorbanan

Dalam satu-satu perjuangan jarang sekali tiada pengorbanan. Bahkan tanpa pengorbanan perjuangan itu seolah-olah tiada ertinya lagi. Seseuatu yang terlalu mudah diperolehi sukar untuk hargai. Sebaliknya sesuatu yang diperolehi setelah bersusah payah dan berkorban demi mencapainya jauh lebih dihargai dan sangat bernilai pada diri.

Bagi anak orang kaya yang hidupnya sentiasa dilimpahi kemewahan duit itu tiada nilai pun. Namun bagi si bapa yang kenal erti susah payah mencari harta untuk anak2 amat memahami betapa bernilainya dan berharganya apa yang diusahakan selama ini. Anak org miskin yang hidpnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pula, amat mengerti nilai sebuah kesusahan. Maka apabila ada peluang, dia akan belajar bersungguh2 untuk mengubah nasib diri dan keluarganya kerana dia menghayati erti kesusahan dan tahu menilai sebuah kejayaan. Inilah mereka yang belajar daripada pengalaman.

Seorang ahli perniagaan yang bermula dari peringkat bawah dengan menempuh berbagai-bagai kesusahan akan mempunyai kekuatan dan jatidiri yang mantap dalam menghadapi sebarang cabaran mendatang. Mereka biasa dalam jatuh bangunnya sebuah perniagaan. Jadi mereka tahu apa yg perlu dilakukan apabila menghadapi cabaran dan kejatuhan. Mereka juga lebih bersedia dengan langkah2 pencegahan sewajarnya dalam menghadapi krisis berkenaan.

Begitu jugalah dalam proses menuntut ilmu. Seorang pencari ilmu yang bermula dari bawah dan melalui semua proses dan dugaan dalam menuntut ilmu biasanya akan lebih memahami sesuatu ilmu itu dan lebih mahir menggunakannya dalam kehidupan seharian. Mereka juga tahu menilai dan membawa diri dalam setiap keadaan berdasarkan tempat dan masa yang sesuai dalam menggunakan/menerangkan ilm tersebut. Berbeza daripada org yang mengambil jalan singkat tanpa melalui proses2 sepatutnya. Org yg mendapat ilmu melalui jalan mudah/singkat kadang2 tidak tahu menghargai ketinggian ilmu tersebut. Pepatah ada mengatakan seperti kera mendapat bunga, tidak tahu menggunakan bunga tersebut. Dalam Al-Quran ada menceritakan perihal kaum Nabi Musa yang mendapat berbagai-bagai keistimewaan daripada Allah bahkan sehingga mendapat hidagan daripada Syurga. Namun mereka tetap tidak mahu bersyukur, dan tetap tidak mahu beriman kepada Allah. Sebaliknya meminta lagi suatu yang tidak sepatutnya.

Maka dalam proses menuntut ilmu ini janganlah terlalu mengharapkan keajaiban dan jalan singkat. Sesuatu yang tidak cukup tempoh itu biasanya tak sempurna. Kita boleh lihat contoh pada hari ini ayam daging yang dijual di pasaran hanya diternak sekitar 40 hari sahaja, sudah dijual. Rasanya kurang enak dibandingkan dengan ayam kampung yang melalui proses normal dalam penternakan ayam. Ianya juga mempunyai kesan sampingan yang boleh membahayakan kesihatan manusia.

Bukanlah menidakkan kurnia Allah kepada insan terpilih yang dikurniakan ilmu secara jalan pintas. tetapi tidak ramai insan yang mendapat kurnia Allah sebegini. bagi manusia umumnya perlulah melalui proses biasa. Berguru, belajar, berusaha, berkorban, ujian, dugaan, pengobanan, dan sebagainya. Merendah dirilah kepada Allah dan manusia dengan meletakkan diri ditahap yang rendah, manusia awam agar ilmu mudah dikurnia Allah kepada kita. Ilmu umpama air yang mengalir dari tingkat yang tinggi ke bawah. Dari gunung ke lembah.

Kata org arif, sebenar2 perjuangan adalah yang penghujungnya kita tak dapat apa2. Kita berjuang bukan mengharapkan sesuatu dan bukan untuk memiliki sesuatu. Bahkan kita tak memiliki sesuatu pun. Wallahuaklam.

No comments:

Search Engine

Google
BM4