Di pondok ini tempat biasa melatih diri semalaman bersendirian. Beruzlah dalam istilah sufi. Bersendirian ditengah-tengah hutan belantara. Tempat jin bertendang.
Namun adakah benar-benar dapat beruzlah? Adakah dikatakan beruzlah sedangkan hati masih mengingati dunia luar. Fikiran masih diganggu ingatan-ingatan dunia luar. Sedangkan dari segi istilah beruzlah adalah bersendirian. Mungkin dari segi zahirnya kita bersendirian. Sedangkan batin kita tidak bebas drp dunia lain. Hati dan fikiran masih mengingati perkara-perkara lain. Kita masih bersama hantu, jin, syaitan yang menjadi penghuni belantara ini. Hati, jiwa, perasaan masih merasakan debaran ketakutan, seram, risau dsbnya. Diri belum benar-benar bersendirian untuk menikmati keindahan dan kenikmatan bersendirian.
Maka bagaimanakah sebenarnya uzlah itu? Dikatakan oleh org yang arif bahawa uzlah itu adalah menyendiri daripada kesibukan duniawi. Diri bersendiri menilik diri, muhasabah diri, menghitung-hitung diri. Biarpun didalam rumah sendiri. Biarpun di tengah-tengah pasar. Namun semuanya tidak sedikitpun masuk ke dalam hati. Diri seolah-olah berada di suatu dunia tak berpenghuni. Diri sentiasa sibuk dengan diri sendiri, berbicara dan bersoal jawap sendiri. Hanya Tuhan menjadi saksi segala tumpuan diserahkan kepada Tuhan. Diri sentiasa mengingati Pencipta tanpa sedetik pun sepi drp mengingatinya. Setiap anggota tunduk patuh mengadapNya sentiasa setiap saat dan ketika.
Ditilik diri ternyata jauh sekali daripada pengertian sebenar dan jauh sekali mencapai uzlah sebenar ini. Segalanya hanyalah mengharapkan kurnia rahmat dan belas kasihanNya semata-mata. Tiada lah daya upaya untukku berbuat taat melainkan dengan Kehendak dan IzinMu semata-mata. La haula wala khuwatailla billah. La tataharaku zuriayatan biiznillah. Alhamdulillah. Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment