Mengenal Arifbillah
oleh Nur Anwar (http://www.bicarasufi.com/bscweb/muntahi/b2.html)
Quote:
Bukanlah orang 'arif orang yang apabila ia dapat mengisyaratkan (sesuatu dari rahsia Allah) bererti ia menemukan Allah Taala lebih dekat kepadanya dari isyaratnya. Tetapi orang 'arif ialah orang (yang merasa) tidak ada isyarat baginya, kerana tenggelamnya dalam WUJUD Allah dan hilangNya dalam SYUHUD kepada Allah"
(IMAM IBNU ATHAILLAH: AL-HIKAM)
Ada dua perkataan yang penting di sini: Al-Isyaarah dan Al-'Ibaarah.
Al-Isyaarah menurut istilah tasauf ialah "pengungkapan ke atas rahsia-rahsia tauhid secara kinayah yakni bukan dengan kalimat yang terang dan jelas. Sementara Al-'Ibaarah pula bermaksud "pengungkapan sesuatu maksud dengan terang dan jelas".
Al-Isyaarah adalah lebih rumit dari Al-'Ibaarah. Misalnya Allah telah melimpahkan kepada hamba-hambaNya yang yakin dan taat berupa ilmu-ilmu ketuhanan, perasaa-perasaan yang mendekatkan kepadaNya dan rahsia-rahsia yang halus yang timbul dari hakikat tauhid kepadaNya. Maka yang demikian itu agak sulit untuk menggambarkan dengan kata-kata. Tetapi sesama 'arif akan berbicara dengan menggunakan kalimat kinayah yakni perkataan-perkataan yang membayangkan kepada hal-hal tersebut. Sebab itu dalam forum ini kadang-kadang ada yang faham dengan isyarat berkenaan dan ada yang tidak. Itu bergantung kepada inayah dariNya jua. Inilah yang dikatakan Al-Isyaarah.
Bila seorang hamba Allah sudah mulai mendapatkan isyarat-isyarat yang demikian dan cepat faham berarti dia tidak dapat menghilangkan hatinnya dari isyarat-isyarat itu. Bila dengan isyarat-isyarat itu dia merasa dekat dengan Allah berarti dia masih belum lagi tergolong sebagai 'Arif-billah. Sebab dia masih bergantung kepada isyarat itu bukannya kepada Allah sepenuhnya. Bila keadaan ini berlaku bermakna dia masih belum tenggelam dalam terarah kepada Allah.
~~~~~ o O o ~~~~~
Orang begini dalam istilah tasauf masih dalam status "Al-Farqu" belum sampai kepada status "Al-Jam'u".
Dalam bahasa paling mudah ialah faraq...berpisah.. dan AlJam'u ini bahasa paling mudah ialah jamak atau berhimpun, terhimpun...berserta zahir dan batin.
Al-Farqu ialah segala sesuatu yang masih tertambat manusia sedangkan Al-Jam'u ialah segala sesuatu sudah terlepas darinya, tetapi semata-mata datang dari Allah dalam pandangan zahir dan batin. Tegasnya Al-Farqu itu ialah penglihatan kita kepada taat dan ibadat di mana masih diikatkan dan disangkutpautkan pada kita selaku makhluk Allah.
Kerana itu jika kita hanya berhubungan dengan Allah pada lahiriah sahaja disamping kita mendapat pula isyarat-isyarat berupa ilmu ladunni, sabahagian rahsia tauhid dan lain-lain bererti kita masih belum menjadi "Ariff-billah" sebab kita masih memandang segala-galanya. Masih lagi bergantung kepada selain Allah (Ghairullah).
~~~~~ o O o ~~~~~
Ini bermakna seseorang itu masih belum sampai pada tahap "Ariff-billah" jika dia masih tergolong dalam status "Al-farqu" ini.
'Ariff-billah adalah yang sudah sampai status Al-Jam'u. Maksudnya segala isyarat dan limpah kurnia dari Allah itu tidak dipandangnya dan tidak dilihatnya. Sebab tu kita tengok orang itu sangat alim, tapi bagi dia pula adalah sebaliknya,sangat jahil. Ini semua kerana dia telah tenggelam dalam tauhid 'LA". Kemuncak kepada syahadah. Semuanya lenyap pada pandangan zahir dan batinnya.
Pada waktu inilah dia akan merasakan seperti Hadis Qudsi:
"...mendengar dengan pendengaranKu, melihat dengan penglihatanKu dan bertutur dengan pertuturanKU"
Saiyidina Ali pernah ditanya:
"Apakah kita boleh melihat Tuhan kita?.Lalu dijawabnya:
"Bagaimana kita beribadat dan menyembah Tuhan yang tidak kita lihat?".
Kesedaran batin melihat semua wujud Allah.
Penyerahan secara total.
Saidina Ali menceritakan dirinya. Bukan cerita pengalamannya, sikapnya atau fiel dia. Dia itu adalah ibarat.
Sebaliknya Al-Hallaj mengisyaratkan dengan berkata :
"Aku naik haji, maka aku lihat ka'bah, tetapi daku belum melihat Tuhan ka'abah. Kemudian aku naik haji kali kedua, maka aku lihat ka'abah dan Tuhanku. Kemudian aku naik haji kali ketiga, maka aku lihat Tuhan ka'abah, tetapi aku tidak melihat ka'bah."
Tegasnya,
Al-Isyarah ialah orang yang memberi isyarat.
Al-Ibarah ialah orang yang MENJADI ibarat.
Bagaimana boleh sampai ketahap ini? Bersihkan hati selain dariNya. Bila hati bersih DIA akan bersemayam di dalamnya. Masa tu segala arahan adalah datang dariNya sebab dia yang mengawal dan merajai hati. Jadilah segala tindak-tanduk adalah tindak tandukNya. Walaupun pada zahir nampak macam buruk dan bertentangan dengan syariat. Itu yang terjadi kepada Khaidir dan Musa. Sebab tu kadang-kadang kita tidak dapat menduga seseorang. Tidak ada ukuran pada kita.
Nabi bersabda:
"Orang alim mengukir, sedangkan orang 'arif membersihkan".
Bersama-samalah kira merenung diri kita sendiri. Berusaha sebaik mungkin untuk menjadi seorang hambaNya. Tahap paling mulia.
No comments:
Post a Comment