DIALOG IBN ATHAILLAH – IBN TAYMIYAH
Asy-Syeikh Ibn Athaillah merupakan seorang ahli sufi, ahli hadith, ahli fiqh Mazhab Maliki dan seorang khalifah Tariqat Syazilliyah. Antara karyanya yang termasyhur ialah kitab Hikam.Satu ketika Syeikh Ibn Taymiah telah diampunkan sultan lalu dibebaskan. Sebaik sahaja dibebaskan, beliau dari Iskandariah terus kembali ke Kaherah lalu solat Maghrib di Masjid Al Azhar. Kebetulan yang mengimamkan solat ialah Syeikh Ibn Athaillah. Nampaknya Ibn Taimiah tidak ada masalah untuk berimamkan seorang ahli sufi. Kalau benarlah Ibn Taimiyah membid’ahkan pegangan dan fahaman tariqat, mengapa mudah-mudah saja beliau menjadi makmum kepada Ibn Athaillah?Selesai solat Ibn Athaillah terpandang Ibn Taymiyah di belakangnya lalu menegurnya. Merekapun bersembang bertukar-tukar fikiran. Berikut adalah antara dialog mereka:
IBN ATHAILLAH:
Biasanya aku solat di masjid Imam Hussein dan solat Isya’ di sini, tapi lihatlah bagaimana ketentuan Allah berlaku. Allah mentakdirkan akulah orang pertama yang menyambut engkau (selepas dibebaskan dari penjara dan datang ke mari). Ceritakanlah kepadaku wahai faqih, apakah engkau menyalahkan aku atas apa yang telah terjadi?
IBN TAYMIYAH:
Aku tahu, engkau tidak berniat buruk terhadapku, tapi perbezaan pandangan antara kita tetap ada. Mulai hari ini, dalam masalah apapun aku tidak mempersalahkan dan membebaskan daripada kesalahan, sesiapapun yang melakukan keburukan terhadapku. (Ini menunjukkan betapa tingginya budi Ibn Taymiyah)
IBN ATHAILLAH:
Apa yang engkau tahu tentang aku wahai Syeikh Ibn Taymiyah?
IBN TAYMIYAH:
Aku tahu engkau adalah seorang yang soleh, berpengetahuan luas, dan sentiasa berkata yang benar dan tulus. Aku bersumpah tidak ada orang selain engkau, baik di Mesir mahupun di Syria yang lebih mencintai Allah ataupun mampu meniadakan diri di (hadapan) Allah atau lebih patuh atas perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Namun kita tetap mempunyai pandangan yang berbeza. (Walaupun mereka berbeza pandangan dalam aspek-aspek tertentu, namun Ibn Taymiyah sangat menghormati Ibn Athaillah bahkan mengakui kredibilitinya. Keadaan ini jauh berbeza dengan fahaman dan perilaku sebahagian orang hari ini yang mendakwa peminat Ibn Taymiyah. Semua tulisan dalam kurungan adalah penjelasan Alexanderwathern)Apa yang engkau tahu tentang aku? Apakah engkau atau aku sesat- dalam menolak kebenaran meminta bantuan seseorang untuk memohon pertolongan Allah (dalam kes istighatsah)?
IBN ATHAILLAH:
Tentu saja sahabatku engkau tahu bahwa istighatsah atau memohon pertolongan sama dengan tawasul atau mengambil wasilah (pengantara) dan meminta syafaat, dan sesungguhnya Rasulullah saw adalah seorang yang kita harapkan bantuannya kerana bagindalah pengantara kita dan syafaatnyalah yang kita harapkan.
IBN TAYMIYAH:
Dalam hal ini aku berpegang kepada sunnah Rasul yang ditetapkan dalam syariat. Dalam hadith yang berbunyi: “Aku telah dianugerahkan kekuatan syafaat.” Dalam ayat al Quran juga dinyatakan: "Mudah-mudahan Allah akan menaikkan kamu (wahai Nabi) ke tempat yang terpuji.” (Q.S Al Isra : 79). Yang dimaksud dengan tempat terpuji adalah syafaat. Lebih jauh lagi, saat ibu kepada Khalifah Ali ra meninggal dunia, Rasulullah berdoa kepada Allah di kuburnya: "Ya Allah Yang Maha Hidup dan Tak Pernah Mati, Yang Menghidupkan dan Mematikan, ampuni dosa-dosa ibuku (ibu saudaraku) Fatimah binti Asad, lapangkanlah kubur yang akan dimasukinya dengan syafaatku, utusanMu, dan para nabi sebelumku. Karena Engkaulah Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun". Inilah syafaat yang dimiliki Rasulullah saw. Sementara mencari pertolongan daripada selain Allah, merupakan suatu bentuk kemusyrikan. Rasulullah saw sendiri melarang sepupunya, Abdullah bin Abbas, memohon pertolongan daripada selain Allah.
IBN ATHAILLAH:
Semoga Allah mengurniakan engkau kejayaan, wahai faqih! Maksud daripada teguran Rasulullah saw kepada sepupunya Ibn Abbas, adalah agar dia (Ibn Abbas) mendekatkan diri kepada Allah bukan (dengan jalan) melalui kekerabatannya dengan rasul melainkan dengan ilmu pengetahuan.(Sangat jelas maksud teguran Rasulullah kepada Ibn Abbas tersebut. Nyatalah selama ini Ibn Taimiyah tersalah faham) Sedangkan mengenai pemahaman engkau tentang istighasah sebagai mencari bantuan kepada selain Allah- yang termasuk perbuatan musyrik, aku ingin bertanya kepada engkau:Adakah muslim yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya yang berpendapat -ada selain Allah yang memiliki kekuasaaan atas segala kejadian dan mampu menjalankan apa yang telah ditetapkan-Nya berkenaan dengan dirinya sendiri?
(Jawapannya… tentulah tidak ada. Apa yang berlaku semuanya dengan kekuasaan Allah. Allah berkuasa, makhluk langsung tak ada apa-apa).Adakah mukmin sejati yang meyakini, ada yang dapat memberikan pahala atas kebaikan dan menghukum atas perbuatan buruk, selain daripada Allah? (Jawapannya, tidak ada juga)Di samping itu, seharusnya kita sedar bahawa ada berbagai ekspresi yang tak dapat dimaknai sebatas harfiah belaka. Ini bukan saja dikhuatirkan akan membawa kepada kemusyrikan, tapi juga untuk mencegah kemusyrikan. Sebab, siapapun yang meminta pertolongan Rasul bererti mengharapkan anugerah syafaat yang dimiliknya daripada Allah, sebagaimana jika engkau mengatakan: "Makanan ini memuaskan seleraku". Apakah itu bermaksud makanan itu sendiri yang memuaskan selera engkau? Ataupun Allahlah yang memberikan kepuasan melalui makanan?
(Meminta bantuan kepada seseorang itu tidak semestinya bermaksud kita menduakan Allah, tidak semestinya menjadikan kita syirik. Samalah seperti seorang suami berkata kepada isterinya, “Sayang, tolong gorengkan ayam untuk abang.” Adakah ini bermaksud isterinya yang berkuasa mutlak menjadikan ayam itu digoreng? Tentu tidak. Yang berkuasa mutlak hanyalah Allah, si isteri sebagai pengantara sahaja, sebagai tukang proses sahaja)Sedangkan kenyataan engkau bahwa Allah melarang orang Islam untuk mendatangi seseorang selain daripada Diri-Nya untuk mendapat pertolongan, pernahkah anda melihat seorang muslim memohon pertolongan kepada selain Allah?
Ayat Al Quran yang engkau rujuk (sebenarnya) berkenaan dengan kaum musyrikin, dan mereka yang memohon kepada dewa, dan berpaling daripada Allah (tidak ada kena –mengena pun dengan kes tersebut). Sedangkan satu-satunya jalan bagi kaum muslim yang meminta pertolongan rasul adalah dalam rangka bertawasul atau mengambil pengantara, atas keutamaan (hak) rasul yang diterimanya daripada Allah (bihaqqihi inda Allah) dan tashaffu atau memohon bantuan dengan syafaat yang telah Allah anugerahkan kepada rasul-Nya.
Sementara itu, jika engkau berpendapat bahawa istighasah atau memohon pertolongan itu dilarang syariat karena mengarah kepada kemusyrikan, maka kita seharusnya mengharamkan anggur karena dapat dijadikan (mengarah kepada terhasilnya) minuman keras, dan mengembiri lelaki yang tidak menikah untuk mencegah zina (kerana ia mengarah kepada terhasilnya zina). *Kedua-dua syeikh tertawa atas ulasan terakhir ini.
sambungan dialog ini sila rujuk http://alexwathern.blogspot.com/2007/04/dialog-ibn-athaillah-ibn-taymiyah-1.html
No comments:
Post a Comment