Dunia sudah diakhir zaman, umpama matahari yang sedang terbenam. Sudahkah kita bersedia menghadapinya? ATAU kita masih bersuka-suka dan leka dengan kesukaan kita...
Saturday, January 31, 2009
Perjuangan dan pengorbanan
Bagi anak orang kaya yang hidupnya sentiasa dilimpahi kemewahan duit itu tiada nilai pun. Namun bagi si bapa yang kenal erti susah payah mencari harta untuk anak2 amat memahami betapa bernilainya dan berharganya apa yang diusahakan selama ini. Anak org miskin yang hidpnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pula, amat mengerti nilai sebuah kesusahan. Maka apabila ada peluang, dia akan belajar bersungguh2 untuk mengubah nasib diri dan keluarganya kerana dia menghayati erti kesusahan dan tahu menilai sebuah kejayaan. Inilah mereka yang belajar daripada pengalaman.
Seorang ahli perniagaan yang bermula dari peringkat bawah dengan menempuh berbagai-bagai kesusahan akan mempunyai kekuatan dan jatidiri yang mantap dalam menghadapi sebarang cabaran mendatang. Mereka biasa dalam jatuh bangunnya sebuah perniagaan. Jadi mereka tahu apa yg perlu dilakukan apabila menghadapi cabaran dan kejatuhan. Mereka juga lebih bersedia dengan langkah2 pencegahan sewajarnya dalam menghadapi krisis berkenaan.
Begitu jugalah dalam proses menuntut ilmu. Seorang pencari ilmu yang bermula dari bawah dan melalui semua proses dan dugaan dalam menuntut ilmu biasanya akan lebih memahami sesuatu ilmu itu dan lebih mahir menggunakannya dalam kehidupan seharian. Mereka juga tahu menilai dan membawa diri dalam setiap keadaan berdasarkan tempat dan masa yang sesuai dalam menggunakan/menerangkan ilm tersebut. Berbeza daripada org yang mengambil jalan singkat tanpa melalui proses2 sepatutnya. Org yg mendapat ilmu melalui jalan mudah/singkat kadang2 tidak tahu menghargai ketinggian ilmu tersebut. Pepatah ada mengatakan seperti kera mendapat bunga, tidak tahu menggunakan bunga tersebut. Dalam Al-Quran ada menceritakan perihal kaum Nabi Musa yang mendapat berbagai-bagai keistimewaan daripada Allah bahkan sehingga mendapat hidagan daripada Syurga. Namun mereka tetap tidak mahu bersyukur, dan tetap tidak mahu beriman kepada Allah. Sebaliknya meminta lagi suatu yang tidak sepatutnya.
Maka dalam proses menuntut ilmu ini janganlah terlalu mengharapkan keajaiban dan jalan singkat. Sesuatu yang tidak cukup tempoh itu biasanya tak sempurna. Kita boleh lihat contoh pada hari ini ayam daging yang dijual di pasaran hanya diternak sekitar 40 hari sahaja, sudah dijual. Rasanya kurang enak dibandingkan dengan ayam kampung yang melalui proses normal dalam penternakan ayam. Ianya juga mempunyai kesan sampingan yang boleh membahayakan kesihatan manusia.
Bukanlah menidakkan kurnia Allah kepada insan terpilih yang dikurniakan ilmu secara jalan pintas. tetapi tidak ramai insan yang mendapat kurnia Allah sebegini. bagi manusia umumnya perlulah melalui proses biasa. Berguru, belajar, berusaha, berkorban, ujian, dugaan, pengobanan, dan sebagainya. Merendah dirilah kepada Allah dan manusia dengan meletakkan diri ditahap yang rendah, manusia awam agar ilmu mudah dikurnia Allah kepada kita. Ilmu umpama air yang mengalir dari tingkat yang tinggi ke bawah. Dari gunung ke lembah.
Kata org arif, sebenar2 perjuangan adalah yang penghujungnya kita tak dapat apa2. Kita berjuang bukan mengharapkan sesuatu dan bukan untuk memiliki sesuatu. Bahkan kita tak memiliki sesuatu pun. Wallahuaklam.
Friday, January 30, 2009
Menyucikan diri
Kadang2 bila berborak2, kerap keluar persoalan, kenapa perkara ini berlaku? Jaranglah saya memberi komen, kerana kebiasaanya komen saya sukar diterima. Namun kadangkala apabila terserempak dgn org yang sesuai ada jugalah buah fikiran yg disampaikan. Biasanya jawapan saya mudah sahaja. "Makanan". Ya, makanan yang kita makan, minum sehari-harian. Itulah penyebab utama. Makanan itulah yang menjadi darah daging kita dan membentuk perangai dan tingkah laku kita. Kalau kita banyak memakan benda2 haram/syubhah maka rosaklah perangai kita. Kerosakan dr peringkat dalaman. Bapa Abu Hurairah apabila ditanya bagaimana mendidik Abu Hurairah sehingga sebegitu bijak, maka dijawapnya "aku mendidiknya 40tahun sebelum kelahiran". Maksudnya bapa Abu Hurairah benar2 menjaga diri terutamanya pemakanan seharian, termasuk juga ibunya, agar 'benih' yang lahir itu bersih.Drp kesah Abu Hurairah dapat kita fahami betapa pentingnya makanan yang halal dan bersih. Makanan akan menjadi darah daging seterusnya menjadi diri kita. Daripada kita inilah yang akan melahirkan benih2 generasi baru. Seandainya kita kotor dengan makanan yang hara/syubhah dsb maka kita akan melahirkan generasi yang 'tidak bersih' kerana mereka mewarisi darah daging yang tdak bersih tadi. Perkara ini akan berterusan sehinggalah ke generasi seterusnya kelak. Sebab ini jugalah digalakkan mencari pasangan drp keturunan yang baik kerana jaminan drp 'darah daging' itu tadi.
Pada zaman sekarang untuk menjamin makanan yang halal amat sukar. Kalau pun ada cop halal jakim masih boleh diragui kesahihannya. Cop itu amat mudah ditiru dan didapatkan melalui cara salah.
Makanan segera, makanan ringan, makanan buatan/masakan bukan Islam adalah menjadi makanan harian bagi kita. Amat sukar melepaskan diri dari godaan makanan2 ini. Golongan yang benar2 menjaga diri mengatakan makanan/minuman hasil bukan Islam adalah haram. Bahkan org Islam yang tidak bersolat pun dikatakan haram. Maka bagaimana?
Zaman sains dan teknologi, dunia serba membangun, begitulah juga dunia pertanian, penternakan, dan pembuatan makanan. Dalam penternakan haiwan banyak kajian dilakukan untuk meningkatkan kualiti dan hasil ternakan. Melaluinya lahirlah baka2 haiwan campuran atau kacukan. Haiwan2 berlainan spesis dikahwinkan untuk melahirkan baka baru yang lebih komersil. Namun yang menjadi masalah bagi umat Islam adalah apabila dikacukkan dengan haiwan yang diharamkan oleh Islam. Contohnya kambing dikacukkan dengan anjing, lembu dikacuk dengan khinzir dsbnya. Kita sebagai pengguna/pembeli takkan dapat mengenal pasti perkara ini tanpa ketelitian dan pengetahuan yang jelas.
Bagaimana mengenal haiwan kacukkan ini? Antara yang dapat disampaikan adalah;
1. Kambing kacukkan anjing akan melahirkan baka kamjing yang bertelinga menyerupai anjing.
2. Lembu kacukan babi melahirkan baka yang montok, 'jambu' dan berbulu lembut spt babi.
kacuk dgn singa... ade ke???
Dikhabarkan cara untuk mengenal yang diceritakan adalah ketika menyembelih haiwan tersebut perhatikan bunyi saat kematian mereka, adakah bunyi kambing/lembu atau binatang yg diharamkan tersebut.
-Para penternak mesti marah dengan tulisan ini. Namun kebenaran tetap perlu disampaikan apabila kena masa dan ketika. Perkara ini telah lama disimpan. Sejak tahun 2005 lagi.-
Ini belum lagi diulas bab sembelihan yang juga pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Selain daripada lembu dan kambing, bidang penternakan ikan juga dicemari dengan pemberian makanan berasal drp babi. Sisa haiwan tersebut terutama perut dsb diberikan kpd ikan-ikan sbg makanan tambahan.
Dalam bidang penanaman sayuran pula agak kecoh dengan penggunaan baja dan kimia keterlaluan yang juga merosakkan manusia. Juga penggunaan baja berasal najis haiwan terlarang tersebut.
Industri makanan segera dan ringan dipelopori bukan Islam sedangkan pengguna teramai adalah org ISlam sendiri. Berbagai kes penipuan membabitkan status halal menjadi sebab untuk kita meragui makanan2 tersebut.
Namun, sekiranya semua hasilan makanan tersebut boleh diragui status halalnya apa yang boleh kita makan? Adakah produk hasilan org2 Islam?
Inilah kenyataannya. Orang2 Islam amat terkebelakang dalam menghasilkan produk halal. Industri halal sendiri bahkan dipelopori oleh bukan Islam.
Sebagai org Islam kita perlu bekerjasama untuk membangunkan perusahaan dan ekonomi org ISlam. Orang Islam harus bersama-sama berusaha mewujudkan industri makanan halal. Sebagai pengusaha perlu bersungguh2 menyediakan produk halal. Pelabur2 perlu membantu menyumbang modal membangunkan industri halal. Yang terpenting adalah kita para pengguna menyokong dengan membeli dari pengusaha Islam dan halal sahaja. Biar pun harganya sedikit mahal. InsyaAllah apabila ekonomi pengusaha Islam makin maju, maka pasaran dapat dikawal seterusnya harga boleh diturunkan supaya berpatutan.
Pada ketika ini ekonomi dikuasai bukan Islam yang kerap bermain harga dan mengaut untung berlebihan. Sebagai pengguna yang bijak kita perlu menggunakan kuasa beli yang ada pada kita. Boikot produk tersebut dan beralih kpd alternatifnya. Atau pilih produk keluaran pengusaha Islam. Beri sokongan penuh kpd pengusaha Islam walau apa cara sekalipun. Bersusah-susah dahulu, bersenang2 kemudian. Kita perlu bermula pada hari ini juga jika ingin ekonomi kembali seimbang dan org Islam juga berperanan dalam perniagaan. Org bukan Islam terutama Cina tak pernah ingin membeli barangan buatan kita. Maka kenapa kita tidak boleh bertindak sama seperti mereka? Saya percaya andai kita sanggup bekerjasama dan sanggup berkorban segalanya mungkin. Seribu langkah bermula dengan langkah pertama. Revolusi bermula dengan evolusi diri sendiri.
Satu peluang untuk melihat org Islam berjaya dan sama2 memiliki kekayaan negara adalah melalui koperasi. Saya melihatnya sebagai suatu cara mengumpul dana dan kekuatan bagi bangsa kita bersaing dalam perniagaan. Baru2 ini saya berjumpa dengan konsep perniagaan Koperasi EG yang diasaskan oleh Tn Hj Mat Hassan, salah seorg pakar ekonomi Melayu yang terulung. Beliaulah yang mengasaskan PNB, PNS, PUNB dsb yang banyak memberi bantuan kpd usahawan bakal usahawan bumiputra. Bersama2 beliau adalah Dato Zainuddin Abdul Rahman, ahli lembaga Pengarah Kopersi Bank Rakyat yang memiliki Bank Rakyat. Dengan pengalaman memajukan kopersai Bank Rakyat sehingga menjadi koperasi yang begitu berjaya, saya percaya beliau mampu melakukan sesuatu untuk koperasi EG. Juga seorang ;agi pakar ekonomi terulung Datuk Saleh Majid. Beliau merupakan bekas CEO BSKL selama 20 tahun. Satu2nya impian beliau semasa dalam BSKL yang tidak tercapai adalah BSKL Islamik. InsyaAllah segalanya akan cuba direalisasikan di Koperasi EG Malaysia Berhad. Di sini kita boleh sama2 mengumpul dana dan sama2 mendapat faedah hasil daripada perniagaan2 koperasi tersebut. Sebagai ahli koperasi kita adalah pemilik bersama dan berhak menentukan hala tuju koperasi berdasarkan jumlah saham yang ada. Untuk maklumat lanjut sila lihat blog ini: Tayangan slaid tentang Koperasi EG: http://koperasi-eg.blogspot.com
(Sekadar perkongsian sahaja-bukan matlamat utama posting ini)
Kesimpulannya, berusahalah kita menyucikan diri bermula dengan aspek lahiriah seperti pemakanan yang halal, sumber rezeki yang halal, elakkan percampuran riba, dsbnya. Seterusnya barulah difikirkan peringkat2 seterusnya. Umat Islam perlu bangun dengan kekuatan rohani dan jasmani. Zahir dan batin. Dunia dan Akhirat. Jadikan ianya seimbang seumpama berdiri lurus dalam solat kita. Tidak ke kiri dan tidak ke kanan. Tidak depan atau belakang. Bukan juga atas dan bawah.
Sekian.
Thursday, January 29, 2009
Uzlah
Namun adakah benar-benar dapat beruzlah? Adakah dikatakan beruzlah sedangkan hati masih mengingati dunia luar. Fikiran masih diganggu ingatan-ingatan dunia luar. Sedangkan dari segi istilah beruzlah adalah bersendirian. Mungkin dari segi zahirnya kita bersendirian. Sedangkan batin kita tidak bebas drp dunia lain. Hati dan fikiran masih mengingati perkara-perkara lain. Kita masih bersama hantu, jin, syaitan yang menjadi penghuni belantara ini. Hati, jiwa, perasaan masih merasakan debaran ketakutan, seram, risau dsbnya. Diri belum benar-benar bersendirian untuk menikmati keindahan dan kenikmatan bersendirian.
Maka bagaimanakah sebenarnya uzlah itu? Dikatakan oleh org yang arif bahawa uzlah itu adalah menyendiri daripada kesibukan duniawi. Diri bersendiri menilik diri, muhasabah diri, menghitung-hitung diri. Biarpun didalam rumah sendiri. Biarpun di tengah-tengah pasar. Namun semuanya tidak sedikitpun masuk ke dalam hati. Diri seolah-olah berada di suatu dunia tak berpenghuni. Diri sentiasa sibuk dengan diri sendiri, berbicara dan bersoal jawap sendiri. Hanya Tuhan menjadi saksi segala tumpuan diserahkan kepada Tuhan. Diri sentiasa mengingati Pencipta tanpa sedetik pun sepi drp mengingatinya. Setiap anggota tunduk patuh mengadapNya sentiasa setiap saat dan ketika.
Ditilik diri ternyata jauh sekali daripada pengertian sebenar dan jauh sekali mencapai uzlah sebenar ini. Segalanya hanyalah mengharapkan kurnia rahmat dan belas kasihanNya semata-mata. Tiada lah daya upaya untukku berbuat taat melainkan dengan Kehendak dan IzinMu semata-mata. La haula wala khuwatailla billah. La tataharaku zuriayatan biiznillah. Alhamdulillah. Wallahuaklam.
Saturday, January 17, 2009
Berjihad???
MEMBENTUK KEKUATAN
Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. (64)
Wahai Nabi, perangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu) dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. (65)
( maksud surah Al Anfal)
WIN WITOUT FIGHTING
". . . attaining one hundred victories in one hundred battles is not the pinnacle of excellence. Subjugating the enemy's army without fighting is the true pinnacle of excellence."
Sun Tzu, The Art of War
Mencari Jawapan Bagi Persoalan
Thursday, January 15, 2009
Tragedi pemikiran Melayu
KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan
mendalam.
Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit. Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.
Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.
Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah.
Itu pengaruh penjajah.
Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.
Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.
Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?
Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik.
Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.
Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.
Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran.
Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.
Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka
akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan.
Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.
Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun.
Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu.
Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.
Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.
Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British.
Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di
sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini.
Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.
Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah.
Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip.
Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita.
Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang.
Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka?
Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an,
walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu.
Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang. Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak
kahwin?
Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga.
Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.
Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapatanak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah.
Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.
Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif.
Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universi ti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi.
Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an.
Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi.
Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu.
Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang
seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak.
Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya
orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.
Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang
Melayu.
Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama.
Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik.
Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun Pas, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.
Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan.
Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.
Tetapi itulah minda Melayu sekarang.
Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang
Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.
Wednesday, January 14, 2009
Bisanya kata-kata
Monday, January 12, 2009
Al-Fatihah
1. Ilmu untuk mengenal zat Allah swt.
2. Ilmu untuk mengenal sifat-sifat Allah swt. Mengenai zat Allah swt, kita mengagungkan dan mensucikanNya dari segala sifat kekurangan : Dia tida serupa dengan sesuatu apapun. Adapun mengenal sifat-sifatNya iaitu : Dia Maha Kuasa, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui, Hidup, Mendengar, Melihat dan Berbicara.
3. Dialah Khalik alam semesta dan Penciptanya dan Dialah Yang meninggikan langit dan membentangkan bumi.
4. Menjelaskan tempat kembali manusia seperti : syurga sebagai tempat pahala, neraka sebagai tempat siksa.
5. Menjelaskan Siratal Mustaqim (jalan yang lurus) dengan meninggalkan segala perbuatan yang tercela dan segala perbuatan yang tercela dan segala perangai yang rendah.
6. Menghiasi diri dengan segala perbuatan yang mulia dan segala sifat yang utama.
7. Menjelaskan orang-orang yang telah dianugerahi nikmat atas mereka dan memuji mereka itu.
8. Menerangkan (akibat) orang-orang yang zalim, orang-orang yang melanggar hukum-hukum agama dan orang-orang yang kafir.
9. Menyebutkan perbantahan orang-orang kafir.
10. Menerangkan undang-undang hukum Allah.
Inilah semuanya ilmu-ilmu yang tersebut di dalam Al Quran dan lapan diantaranya telah tercakup di dalam surah Al Fatihah. Demikian pandangan Imam Al Ghazali.
Untuk jelasnya adalah sebagai berikut :
1. Zat Allah swt yang tercantum dalam kalimah : ( Bismillahi) = Dengan nama Allah
2. Sifat-sifat Allah dalam kalimah :
(Arrahmaanirrahimi Malikiyaumiddiini) = Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Yang menguasai hari Pembalasan.
Bahawasanya sifat Rahmah (Pengasih dan Penyayang) dan kekuasaan itu, keduanya menghendaki adanya Qudrat (sifat Maha Kuasa), Iradah (Maha Berkehendak) dan Ilmu (Maha Mengetahui). Itulah diantara sifat-sifat Allah yang tercantum didalam kebanyakan surah didalam Al Quran seperti firmanNya : " Almalikul kudduusussalamul mu'minullmuhaeminul 'aziizul jabbarul mutakabbiru. Yang Ertinya : "Dia Maha Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Menganugerahkan Keamanan Yang Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Agung. Q. S Al-Hasyr : 23
3 Ilmul af'al (ilmu perbuatan Allah) iaitu : ilmu yang telah kami huraikan dahulu yang tercakup dalam firmanNya : Rabbil'alamiina = Yang Memelihara Semesta Alam.
Dan tersirat di dalamnya berbagai macam ilmu dan kami telah jelaskan bahawa alam itu ada dua macam : alam tinggi dan alam rendah ; Pada kedua alam tersebutlah berhubungan berbagai macam ilmu pengetahuan dan teknologi kerana semuanya itu adalah "Af'alullah" (Perbuatan Allah) yang masuk didalam pengaruh rahmat dan pendidikanNya bagi semesta alam. Bahawasanya ilmu pasti dan ilmu pengetahuan alam yang keduanya telah masuk di dalam "Tarbiayatul 'alamin" (Pendidikan semesta alam) keduanya diikuti lagi oleh berbagai ilmu teknik yang diantaranya seperti : alat pengukur waktu (jam dan sebagainya), ilmu tentang mesin penggerak (penarik benda yang berat) seperti : lokomotif dan sebagainya, ilmu penggerudi air dan minyak, ilmu tentang alat-alat persenjataan yang berat seperti : roket meriam dan sebagainya.
Ilmu tentang gas beracun dsb. Ilmu-ilmu itulah yang menggugah bangsa-bangsa yang masih tidur dan membangunkan bangsa-bangsa Timur (Asia) dari tidur nyenyak mereka. Semuanya ini termasuk di antara keajaiban pendidikan. Demikian juga ilmu pembuatan senjata berat seperti meriam yang dapat menghancurkan orang-orang yang lalai. Ilmu tentang alat pembakar, ilmu tentang alat pembakar, ilmu untuk bangunan perumahan yang kuat; ilmu pembuatan (menggali) terusan (sungai); ilmu tentang juluran dalam bentuk dan letaknya; ilmu gaya gravitasi; ilmu ukur ruang; ilmu kedoktoran dan ilmu pertanian. Kedua ilmu terakhir ini (Kedoktoran dan pertanian) termasuk dalam lingkungan ilmu pengetahuan alam, sedangkan ilmu-ilmu sebelumnya termasuk dalam lingkungan ilmu pasti (matematika) dan semuanya itu terkandung di dalam. Tarbiayatul 'alamin Ertinya : "Pendidikan Alam Semesta"
Ketahuilah bahawa semua industri yang telah ada sekarang mahupun yang akan datang semuanya bersumber dari benda-benda yang telah ada (diciptakan Allah) di dunia ini.
4. Keterangan tentang hari akhirat yang meliputi syurga, neraka, kenikmatan dan kesengsaraan, pahala dan siksa. Al Quran telah membuat segala keterangan mengenai hal tersebut dan semunya itu termasuk di dalam ayat : Maliki yaumiddiini. Ertinya : "Yang memiliki hari pembalasan (hari kemudian)."
5 & 6. Keterangan tentang siratal mustaqim (jalam yang lurus) ini ada dua bahagian :
a. Meninggalkan kesesatan, kefasikan dan berbagai maksiat seperti : bohong, khianat, khianat dan zina.
6. Menghiasi diri dengan dengan segala akhlak yang mulia seperti sifat-sifat mulia, ilmu pengetahuan, tolong-menolong, menyebarkan ilmu dan sebagainya.
7. Keterangan tentang sejarah para Nabi, orang-orang yang sholeh, orang-orang mukmin dan intelektual, semuanya ini termasuk dalam ayat : Allaziina an'amta 'alaihim Ertinya : "Orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat atas mereka".
8. Cerita orang-orang yang telah dimurkai dan orang-orang yang sesat. Di dalam Al Quran banyak tersebut cerita tentang orang-orang yang sesat dan sejarah tingkah laku dan perbuatan mereka yang membawa kepada kehancuran dan kebinasaan. Itulah berbagai ilmu yang terkandung di dalam Al Quran dan telah tersirat di dalam surah Al Fatihah.
wallahualam
Sifat benar punca kemuliaan
Sifat inilah juga menjamin dapat mengembalikan hak kepada yang berhak, memperkukuhkan ikatan antara anggota masyarakat, tidak terkecuali sama ada dia seorang ahli ilmu atau politik, hakim atau ahli perniagaan, selama mereka hidup dalam masyarakat yang saling memerlukan satu sama lain.
Pada hakikatnya, ia satu sifat Allah, sebagaimana difahami melalui ayat suci bermaksud: “Dan siapakah (pula) yang lebih benar perkataannya daripada Allah.” (an-Nisa’:87)
Ia juga adalah sifat keistimewaan yang paling jelas dan wajib ke atas nabi dan rasul.
“Ceritakanlah (hai Muhammad) kisah Ibrahim (yang tersebut) dalam al-Quran. Sesungguhnya ia seorang yang sangat membenarkan lagi seorang nabi.” (Maryam: 41)
Allah menyuruh Mukmin supaya bertakwa kepada-Nya dan bersama orang yang benar dalam jihadnya, keikhlasannya dan pengorbanannya kerana menegakkan kalimah Allah.
Menggabungkan diri bersama orang benar akan menambahkan tenaga keimanan, keyakinan dan hidayah.
“Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar.” (at-Taubah:119)
Sifat benar akan memberikan ketenangan kepada jiwa yang mulia, manakala dusta menjadikan ia resah dan gelisah.
Daripada al-Hasan bin Ali, katanya: Saya hafal sebuah hadis daripada Rasulullah s.a.w (maksudnya): “Tinggalkan apa-apa yang meragukan kepada yang tidak meragukan. Maka sesungguhnya kesan benar itu adalah kedamaian dan dusta itu keraguan.”
Sifat benar adalah punca kepada setiap sifat kemuliaan, manakala dusta adalah punca kepada segala kejahatan dan kerosakan.
Justeru, jauhilah sifat dusta kerana dusta akan membawa kepada kejahatan dan kejahatan akan ke neraka.
Rasulullah s.a.w ada bersabda, maksudnya: “Empat sifat jika semuanya itu ada pada diri engkau, maka tidak perlu berasa kesal atau putus asas atas ketiadaan nikmat dunia, iaitu memelihara amanah, berakhlak mulia, berkata benar dan terpelihara atau bersih makanannya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dari Ibnu Umar)
Sifat seorang Mukmin itu ialah benar. Tidak dapat bersatu antara iman dan dusta. Mungkin seorang Mukmin itu ada bersifat pengecut atau bakhil tetapi tidak mungkin ia bersifat dusta kerana Rasulullah s.a.w ditanya:
“Adakah mungkin seorang Mukmin itu penakut?”
Jawab Rasulullah: Mungkin.
“Adakah mungkin ia bakhil?”
Jawabnya: Mungkin.
“Adakah mungkin ia dusta?”
Jawabnya: Tidak.
Sebenarnya tidak ada suatu sifat yang paling dibenci Rasulullah s.a.w lebih daripada sifat dusta.
Sifat benar mempunyai beberapa jenis, antaranya benar pada lidah, benar pada niat dan iradah, benar pada azam serta benar pada janji dan amal.
Imam al-Ghazali ada memberikan penjelasan mengenai perkara ini, seperti berikut:
1. Benar pada lisan atau benar pada kata-kata, iaitu menyampaikan suatu kenyataan atau berita menepati seperti apa yang sebenarnya, contohnya dalam jual beli.
“Kedua-dua orang yang berjual beli bebas untuk memilih selama mereka tidak berpisah. Jika kedua-duanya benar dan menyatakan (yang benar) maka jual belinya diberkati untuk kedua-duanya. Tetapi jika menyembunyikan dan dusta maka dimusnahkan keberkatan jual belinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
2. Benar pada niat dan iradah, ialah bahawa daya penggerak atau pendorong untuk melakukan sesuatu amal kebajikan itu hanyalah Allah. Benar dengan pengertian ini termasuk dalam pengertian ikhlas. Oleh kerana itu, orang tidak ikhlas dalam amal usahanya adalah dusta seperti ditegaskan hadis dan al-Quran.
3. Benar pada azam dan cita-cita, iaitu azam dan cita-cita untuk mengamalkan sesuatu amal kebaikan. Jiwanya sentiasa penuh dengan azam untuk melakukan kebaikan.
4. Benar dalam melaksanakan keazaman. Menurut Imam al-Ghazali, sifat benar ini lebih hebat berbanding tiga perkara di atas.
5. Benar pada amalan, iaitu berusaha bersungguh-sungguh supaya amalan lahir seseorang itu benar-benar menepati dengan yang tersembunyi di dalam dirinya atau matanya.
Seorang yang solat kerana Allah pada lahirnya hendaklah juga kerana Allah pada batinnya.
Ini kerana amalan yang menepati lahir dengan batin adalah amalan suci yang melambangkan ketulusan beribadat kepada Allah.
6. Sifat benar yang paling tinggi dan paling mulia ialah benar pada maqam dalam agama, seperti sifat benar pada takutkan Allah, benar pada pengharapan kepada Allah, pada zuhud, reda dan tawakal.
Usaha untuk mencapai matlamat tadi adalah amat susah tetapi mulia. Tidak ada batas matlamat kepada maqam terbabit sehingga boleh dicapai ke batas kemuncaknya.
Setiap hamba mempunyai bahagiannya mengikut halnya masing-masing, cuma berbeza dari segi lemah atau kuatnya, manakal sampai ke darjat yang kuat dinamakan benar (sidq).
Darjat benar (sidq) tidak ada batas penghujungnya, bahkan mungkin seseorang itu benar pada sesetengah perkara atau maqam, tetapi tidak pada yang lain. Jika seseorang itu benar pada keseluruhan perkara barulah ia berhak menerima gelaran benar (sidq).