Pelajari “Ilmu Mengenal Diri”
Writing by coachamar on Sunday, 10 of February , 2008 at 12:41 pm
Mengenal diri adalah ilmu yang sangat penting di dalam kehidupan manusia seharian. Mengenal diri bukan setakat melihat diri anda di hadapan cermin dan berkata..”inilah aku”. Mengenal diri adalah mengetahui diri anda sendiri baik yang fizikal mahupun diri anda yang ”ghaib”.
Manusia zaman kini makin lupa ilmu ini. Mereka bangga melihat dan menilai dunia fizikal mereka dan melupakan dunia metafizika mereka. Akibatnya, banyak masalah dan cabaran yang kita sedang harungi dan lalui tidak berjaya diatasi dan difahami akibat tidak mengenali diri kita sendiri.
Adakah anda tahu bagaimana anda bertingkahlaku begini? Adalah anda tahu kenapa anda bertabiat begitu?Kenapakah anda kerap kali mengalami kegagalan? Dan pelbagai lagi persoalan yang mampu anda sendiri huraikan jika anda mengenali diri anda yang sebenarnya?
Mengenali diri anda menyebabkan anda mengetahui ilmu minda, ilmu aura, ilmu chakra dan pelbagai lagi rahsia-rahsia diri anda yang akan memudahkan anda mengendalikan perjalanan kehidupan anda setiap hari di dunia ini. DAN yang PENTING, anda semakin menghargai dan mensyukuri anugerah ALLAH SWT kepada kita sebagi mahkluk yang hebat.
Memang manusia kerap lupa tentang kemampuan yang mereka miliki dan tidak mahu memahami potensi diri manusia sendiri. Seperti manusia yang lupa mengenali dan memahami alam dan hukum yang menguasai alam. Malahan manusia sentiasa RAKUS dan BUAS memusnahkan alam hingga alam sendiri yang “mendera” manusia. Kita yang tidak mengenali diri kita sendiri akan “menderita” dihempit kesulitan akibat kurangnya kita tentang diri kita sendiri.
AMAR MAHMOOD
No comments:
Post a Comment