Thursday, July 07, 2011

Setahun Berlalu

Assalamualaikum semua,

Terlalu lama tak menulis di blog ini. Hampir setahun terbiar. Kesibukan melayari bahtera rumahtangga yang baru bermula tidak mengizinkan saya memikirkan tentang blog ini dan cerita-ceritanya. Kehidupan dan tanggungjawap baru menuntut penumpuan sepenuhnya. Tanggungjawap terhadap keluarga terpaksa diutamakan melebihi yang lain kerana bagi saya, negara dan bangsa yang gemilang bermula daripada rumahtangga dan keluarga yang cemerlang.

Kata orang 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. Bagi saya lebih baik begini kerana semasa susahlah kita belajar dan memahami erti kehidupan sebenarnya. Waktu sukar inilah juga digunakan sebaiknya mendidik isteri dan anak yang bakal lahir agar lebih bersedia dengan masa-masa sukar akan datang bila-bila masa kelak.

Setelah setahun melalui kehidupan yang agak mencabar baru kini terasa sedikit lapang dan senang. Alhamdulillah kerjaya mula menampakkan hasil dan rezeki yang makin banyak mungkin 'rezeki anak' Siti Nur Aisyah yang baru berusia dua bulan. Si comel yang menjadi permata hati ibu dan abah dia.



 Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan baby yang lahir dalam keadaan sihat dan selamat.

Semoga Siti Nur Aisyah membesar dengan sihat dan sempurna dan semoga Siti Nur Aisyah seistimewa 'Tok'nya Siti Aisyah. Wassalam.

2 comments:

iSmaZuRina said...
This comment has been removed by the author.
iSmaZuRina said...

comelnya... subhanAllah.. :)

Search Engine

Google
BM4