Monday, May 04, 2009

Tips Untuk Meminta Nasihat

 Tanya pada diri sendiri... adakah aku mempunyai 'penasihat' untuk diriku sendiri?
Jika ada... adakah dia seorang penasihat yang baik?

Jika selama ini kita tiada 'penasihat' yang benar-benar dapat membimbing, menegur, dan menasihati kita apabila kita memerlukan nya segera, kita perlulah mencarinya.

Cari seseorang yang rapat/dekat dengan kita supaya masalah dan buah fikiran boleh dikongsi bersama.

Jika masih tiada... kita perlulah berusaha untuk mencari "permata" tersebut.

1. Jika mahu minta nasihat, mintalah dari orang yang murah hati. Dengannya, kita juga akan jadi seorang yang pemurah, tidak meminta balasan.
2. Jika mahu meminta nasihat, mintalah daripada orang yang berani. Dengannya, ia akan menguatkan azam dan semangat kita.
3. Jika mahu meminta nasihat, jangan minta daripada orang yang rakus, kerana dia akan mendorong kita kepada sifat tamak.
4. Pilihlah penasihat daripada kalangan penasihat kepada kerajaan yang adil.
5. Utamakan penasihat yang cekal dengan kebenaran.
6. Utamakan penasihat yang takut kepada Allah, orang yang baik-baik, zahir dan batin.
7. Carilah penasihat yang berilmu dan bijaksana, supaya kita tidak bergerak atas emosi.

No comments:

Search Engine

Google
BM4