Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0 - Ulasan Ustaz Raja Ahmad Mukhlis


Tertarik dengan komen dan ulasan Sahabat FB Ustaz Raja Ahmad Mukhlis yang sederhana dan tidak memihak mana-mana.

Berikut komen-komennya;

1. alhamdulillah... sampai rumah... banyak juga kereta-kereta yang turut berhimpun di atas jalan2 sekitar KL hari ini.

2. Mungkin sebahagiannya sedang menuju BERSIH dan sebahagian yang lain terlibat secara tidak langsung, tanpa niat. Kalau majlis ilmu, yang tak ada niat pun dapat keampunan, insya Allah. Mudahan2 al-faqier mendapat keampunan-Nya dengan keberkatan mereka yang ikhlas dalam perjuangan menegakkan Islam di serata dunia.. Amiin...

3. X join secara niat, tetapi terlibat jugalah dengan bahangnya.... memang jalan di sekitar KL ni jem... nak ke mana sahaja di sekitar kl ini pun, pasti akan terlibat dalam "perhimpunan" di atas jalan raya juga. Begitulah ceritanya...

Ahmad Saufwan Sazali oooooo..hehe...ana berbolak balik ttg bersih ni dlm minda ana..kdg2 ana rase yg kate bersih bgus pn ye, xbgus pn ye...tp kire ana xdela hlg klo org nk g bersih....=)

4. BERSIH baguslah... sebahagian daripada iman... tapi, caranya... itu yg diperselisihkan oleh ahli ilmu... Ia akan menyebabkan yang xnak terlibat turut terlibat...

5. Halal itu jelas.. Haram itu jelas.. (tapi x sampai tahap wajiblah...) antara kedua2nya adalah perkara2 yang kesamaran, yang ramai manusia tidak tahu mengenai kedudukannya. Tapi, sebagai sikap wara', lebih baik jauhi. Takut sampai tahap "the end justifies the means". Jika ada pendapat kata boleh dan ada kata tidak boleh, maka, khuruj ani al-khilaf mustahab (keluar daripada perselisihan adalah sunat). Kalau tak pergi, x menyalahi yang kata boleh dan yang kata tak boleh. Wallahu a'lam...

Muhammad Jeffry Muhammad Azman Ummat dlm Dilemma antara maksud hadis menyatakan kebenaran wlapun pahit dan maksud hadis pelarangan keluar dari jamaah dan bersabar atas pemerintah yg zalim.

6. Hatta hadis sampaikn kebenaran dan hadis jihad yang paling baik tidak mutlak dengan segala cara. Lafaz hadis itu adalah "sampaikan perkataan benar di hadapan ('inda atau amam) sultan yang zalim"... 'inda atau amam itu menunjukkan cara menyampaikan kebenaran itu adalah dengan berhadapan atau brsemuka. Mungkin boleh disampaikan oleh ahli parlimen dalam parlimen dan sebagainya, pergi ke pejabat, sampaikan surat yang diposkan ke alamat pejabat pihak yang berkaitan. macam Imam al-Nawawi syarahkan dalam sahih Muslim...

7. Imam al-Nawawi menyebut dalam Syarah Sahih Muslim:

وأما النصيحة لأئمة المسلمين فمعاونتهم على الحق ، وطاعتهم فيه ، وأمرهم به ، وتنبيههم وتذكيرهم برفق ولطف ، وإعلامهم بما غفلوا عنه ولم يبلغهم من حقوق المسلمين ، وترك الخروج عليهم ، وتألف قلوب الناس لطاعتهم

Maksudnya: Adapun nasihat kepada pemimpin umat Islam dan membantu mereka ke arah kebenaran dan mentaati mereka pada yg haq, dan menyuruh mereka dengan perkara yg haq,menegur dan mengingatkan mereka dengan cara yg sopan & lembut, memaklumkn kepada mereka apa yg mereka lalai daripadanya, dan tidak melibhkan mereka daripada hak2 muslimin yg lain, dan tidak memberontak terhadap mereka dan melembutkan hati rakyat untuk terus mntaati mereka"

Ini bukan nas hadis yang mana disebut secara literal tetapi syarah ulama' muktabar kepada hadis.

8. Apa yang penting, perselisihan pendapat ini tidak menyebabkan fitnah ilmiah sehingga merendahkan para ulama' yang memberi pandangan dan ijtihad dengan dasar ilmu dan fiqh waqie.

Muhammad Jeffry Muhammad Azman ada pula yg berkata, segala jalan sudah dilakukan,masih tiada perubahan. ini satu2nya cara hendak menasihati pemimpin dlm konteks sistem demokrasi sekarang dimana pemerintah memerlukan sokongan majoriti. Negara Ibarat sebatang tubuh, kepala itu pemerintah, rakyat marhaen kebanyakan simbolik kepada kaki. Sekali sekala kaki perlu pijak utk memberi isyarat sakit kepada kepala walaupun kaki juga terasa sakit.

9. Ya..Kena ingat juga, betapa yang rasa susah dan terbeban hasil daripada apa yang berlaku hari ini juga tidak kurang ramainya. Mereka ini adalah golongan sasaran kerana atas pagar. Kalau terlibat dengan demokrasi, kena ambil kira golongan ini juga.

10. Macam kawan saya (dia bukan UMNO bahkan penyokong perjuangan ISLAM, walaupun bukan ahli PAS):

"Nak semua rakyat undi tp buat sbhgian rakyat marah watpe. Org lain yg xnk trlibat ada byk keje lain nk buat. Tp nk kena hadapi jem skitar kl."

11. BUkan semua setuju dengan cara hari ini walaupun tidak dinafikan, mereka setuju dengan matlamatnya. Kalau golongan ini tidak dihargai, hanya ikut kehendak kelompok tertentu, maknanya masih x faham apa itu demokrasi.

Muhammad Jeffry Muhammad Azman bercampur juga ustaz, ramai juga tokey kedai makan yg murah rezki hari ni... xpi tudialah, asam garam dunia sekarang. Lebih rumit nak jelaskan. kerna samar2. Masyi atullah. apa2 pon saya berdoa rakyat malaysia dan bumi M'sia diberkati sempena Rehlah Dakwah Habib Umar bin Hafiz. ameen...

12. Kalau nak demokrasi, perlu majoriti, bukan sekadar tokey kedai makan dan ahli parti je.

13. Nnti malam nie, semua sedutan2 yg dipotong akan menunjukkan penganjur "tidak bersih" akan ditayangkan dalam arus perdana. Golongan yang x terlibat, x setuju dan x tau apa yg mewakili kelompok yg ramai sekarang akan mula sekurang2nya tertanya2. Apa dah jadi nie? BUkan semua orang layan media alternatif. Kalau x pergi, x terperangkap dalam permainan puak2 zalim yg memang sengaja nak cari buruk.

14. Orang yang setuju adalah rakyat sebagaimana orang yang tak setuju juga adalah rakyat, tanpa melihat sudut para pemimpin yang zalim yang menjadi sasaran, namun mereka x terbeban pun dengan apa yang berlaku hari ini. Siap ada yang melancong luar negara. Kena ingat, polis2 juga ramai yang datang atas matlamat yang baik, untuk buat kerja mereka sebaiknya, sebagaimana matlamat BERSIH, untuk mencapai matlamat mereka. Akhirnya, soal cara yang diperbincangkan dan diperselisihkan.

15. Benar... al-Habib Umar ben Hafiz tidak pernah tidak mengingatkan betapa nikmat aman adalah antara nikmat terbesar yang perlu dipertahankan. Semoga sama2 berdoa dalam majlis2 para ulama' muktabar agar Allah s.w.t. memelihara Malaysia daripada fitnah orang2 yang jahat dan selamatkan daripada kezaliman pihak yang zalim... amiin..

Search Engine

Google
BM4