Sunday, October 30, 2011

Catatan Sejarah

Nama saya Srikandi.Bangsa saya ialah Melayu.Asal bangsa saya ialah Nabi Adam a.s,manusia pertama.Agama saya ialah Islam.Rumah kaum kerabat saya ialah dari Pasifik,merentasi Asia Tenggara hingga Madagaskar,pantai timur Afrika.Saya pribumi Asia Tenggara.Saya bukan berasal dari Yunnan,Taiwan,India atau dari mana-mana.Asal-usul saya di sini,Asia Tenggara.
Catatan diatas saya temui dari blog http://mistisfiles.blogspot.com/ yang telah ditutup dan blog http://riwayatmelayu.blogspot.com

Walaupun blog mistisfile adalah salah satu blog yang menjadi list blog di sini tetapi saya amat kurang membaca kandungannya keseluruhannya. Hanya membaca sedikit kandungan atau sekadar sepintas lalu. Saya hanya meluangkan masa membaca apabila mistisfile mengumumkan penutupannya.

Apabila menemui catatan diatas oleh srikandi saya tertarik kerana catatan ini memenuhi dan menepati penemuan saya sendiri. Bahkan disahkan oleh seseorang yang layak baru-baru ini. Namun penemuan saya tidak layak dihidangkan pada pembaca kerana bukan bersifat kajian bahan sejarah dan sains. Tetapi lebih kepada sumber-sember lisan daripada individu tertentu dan bahan-bahan bukti yang tidak mengikut prosedur kajian sejarah.

Maka secara peribadi saya mengesyorkan blog http://riwayatmelayu.blogspot.com pada pembaca sekalian sebelum kemungkinan penutupan oleh penulisnya.

Cuma saya ingin menyatakan bahawa bukan semua yang dikatakan 'Melayu' itu 'Melayu'. Hanya sedikit sahaja sebenarnya adalah 'Melayu'.  Umpama kata "bukan semua Islam itu Mukmin". 

Search Engine

Google
BM4